Apa yang ada,jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap..
Nikmat yang dikecap..
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu,timbul rasa jemu..
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia......
ibarat air laut diminum hanya menambah haus..
Nafsu..
bagaikan fatamorgana
di padang pasir
panas yang membahang
disangka air..
Dunia dan nafsu..
Bagai bayang-bayang Dilihat ada ditangkap hilang...
Tuhan, leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak kumampu
mengumpul dua cinta..
Hanya Cinta Mu..
yang kuharap ketika ini..
yang kuharap tumbuh
dibajai dengan sikap ku..
dunia tenggelam dengan kekejamanku....