SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2026!
Showing posts with label Kajian Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Kajian Ilmiah. Show all posts

Saturday, 20 June 2020

Sifat 20 dari Yunani?

Views

Ustaz Hafiz Za’farani

DAKWAAN sifat 20 dari falsafah Yunani adalah dakwaan palsu dan jahat daripada golongan penentang manhaj pengajian sifat 20. Dakwaan ini dapat dibantahkan dengan hujah berikut:

Pertama: Sesiapa saja yang mempelajari sifat 20 pasti mengetahui setiap sifat bersandarkan kepada dalil naqli (al-Quran dan Hadis). Tiada suatu sifat direka-reka berasaskan fikiran semata-mata. Sebagai contoh, sifat Mukhalafatuhu taala lilhawadith (bersalahan Allah taala dengan segala yang makhluk), sifat ini bersandarkan kepada dalil surah Asy-Syura ayat 11 yang bermaksud "Tiada seperti-Nya sesuatu pun." Begitu juga sifat Wahdaniah yang bersumberkan firman Allah pada surah Al-Ikhlas ayat 1. Semua sifat 20 mempunyai sandaran daripada dalil naqli yang jelas dan terang.

Kedua: Tiada satu sifat pun dihuraikan berlandaskan kaedah dan penghujahan daripada ahli falsafah Yunani. Bahkan ahli falsafah Yunani sebahagiannya cenderung kepada penafian agama dan melepaskan diri daripada terikat dengan mana-mana agama seperti Eficure dan pengikutnya. Sedangkan perbincangan sifat 20 memberi penekanan kepada kesempurnaan sifat Tuhan sekalian alam.

Ketiga: Tokoh falsafah Islam bukan terdiri daripada ulama Asyairah yang menyusun sifat 20. Antara ahli falsafah Islam ialah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Tokoh ini banyak membahas, menterjemah dan menerapkan falsafah Yunani kuno dalam kitab-kitab mereka. Mereka mempunyai asas perbincangan tersendiri yang berbeza dengan penghujjahan sifat 20. Mereka juga tidak membahaskan sifat 20 dalam kitab mereka atau memasukkan anasir falsafah Yunani kuno dalam sifat 20.

Ini menunjukkan golongan ahli falsafah Islam yang terkesan dengan falsafah Yunani adalah berbeza dengan golongan ulama akidah yang membahaskan sifat 20. Bahkan tidak sedikit pandangan ahli falsafah Islam dikritik oleh ulama Asyairah seperti Imam Al-Ghazali yang mengkritik keras ahli falsafah dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah.

Keempat: Dalil naqli yang menjadi sumber kepada Asyairah ialah al-Quran dan Sunah. Bahkan As-Sunah yang menjadi dalil juga mempunyai syarat yang ketat seperti hadis yang qat'ie thubut (diyakini penyabitannya) dan qat'ie dilalah (diyakini kefahamannya).

Oleh itu, hadis Ahad (tidak mencapai qat'ie thubut) tidak diterima sebagai sumber kepada pokok akidah. Ini menunjukkan pengajian sifat 20 amat menekankan aspek ketelusan dalil yang diguna pakai. Berbeza dengan golongan penentang sifat 20 yang menjadikan hadis ahad, hadis mudhtarib, hadis dhaif dan qaul dhaif sebagai asas akidah mereka.

Kelima: Ulama Asyairah ramai daripada kalangan ahli hadis besar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Jauzi, Imam As-Sanusi, Imam Asy-Suyuthi, Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan lain-lain. Jika benar dakwaan sifat 20 daripada falsafah Yunani maka sudah tentu ahli hadis ini tidak akan menerimanya sebagai pegangan akidah mereka.

Keenam: Jika ada sedikit persamaan antara sifat 20 dan falsafah Yunani maka ia tidak menggambarkan sifat 20 diasaskan daripada falsafah Yunani. Hal ini kerana akidah dan falsafah berkongsi sifat sama iaitu membentuk kepercayaan dan keyakinan. Bahkan kita akan dapati pengajian akidah di sesetengah universiti dinamakan dengan Ijazah Usuluddin dan Falsafah. Atas dasar ini persamaan yang ada tidak menunjukkan sifat 20 dicedok daripada falsafah Yunani. Bahkan sifat 20 mempunyai asas dan kaedah yang jauh berbeza dengan falsafah Yunani.

Ketujuh: Pengajian sifat 20 memperjuangkan monoteisme (kepercayaan Tuhan tunggal). Hal ini berbeza dengan agama di Yunani yang berasaskan politeisme (kepercayaan banyak tuhan) iaitu dikenali sebagai 12 Dewa Olympus seperti Zeus, Poseidon, Apollo dan lain-lain. Bagaimana orang yang mempunyai akal sihat boleh mendakwa sifat 20 diambil daripada falsafah Yunani?

Berdasarkan keseluruhan hujah, kita akan dapati dakwaan sifat 20 diambil daripada falsafah Yunani Greek adalah tidak benar. Tuduhan ini muncul sekadar memburukkan silibus pengajian sifat 20 di mata orang awam. Sedangkan tuduhan mereka tidak berasas sama sekali. Semoga kita dilindungi daripada tuduhan sedemikian.

Penulis Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 9:48 AM


Tuesday, 1 October 2019

Biografi Ibn Kathsir

Views
1 301 M – 1 372 M: Ismail bin Umar bin Katsir bin Dhau’i bin Katsir bin Dhau’i bin Dar’i bin al-Qurasyi asy-Syafi’i al-Bushrawi ad-Dimasyqi. Busra, Suriah dan dimakamkan di Damaskus, Syiria.

Pujian Para Ulama Mengenai Ibnu Katsir

1. Al-Hafizh al-Kabir Abul Hajjaj Yusuf bin az-Zaki Abdurrahman bin Yusuf al-Mizzi.
Ibnu Katsir memfokuskan diri untuk mempelajari ilmu hadits kepada al-Mizzi. Al-Mizzi adalah guru yang paling berpengaruh dalam kehidupan Ibnu Katsir. Di samping sebagai guru, al-Mizzi juga sebagai mertua Ibnu Katsir, karena beliau mempersunting putri al-Mizzi yang bernama Ammatu Rahim Zainab.

2. Syaikhul Islam Ahmad bin Abdil Halim bin Abil Qasim bin Taimiyah al-Harrani.
Ibnu Katsir juga menimba ilmu sekian lamanya dengan mempelajari banyak ilmu kepada Ibnu Taimiyah. Ibnu Taimiyah pun banyak memberikan pengaruh dalam kehidupan Ibnu Katsir. Ibnu Katsir menyebutkan tentang biografi Ibnu Taimiyah dalam kitab al Bidayah wa an Nihayah, “Antara aku dan beliau terjalin kecintaan dan persahabatan dari kecil.” 
Sangat dekatnya persahabatan dengan Ibnu Taimiyah, Ibnu Katsir pun ikut mendapatkan cubaan sebagaimana yang dialami oleh Ibnu Taimiyah. Dari sini ada sebuah pelajaran berharga bagi kita semua bahwa perbedaan madzhab bukanlah sebagai alasan untuk bersikap fanatik. Sebab, sikap fanatik akan menghalangi seseorang dalam belajar atau mengajarkan ilmu satu sama lain. Ibnu Katsir adalah seorang tokoh ulama syafi’iyyah (madzhab syafi’i) dan Ibnu Taimiyah adalah tokoh ulama hanabilah (madzhab Hanbali).

3. Al-Hafizh al-Kabir Syamsuddin Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Utsman adz-Dzahabi.
Beliau pakar dalam ilmu sejarah dan ilmu hadits. Ibnu Katsir menyebutkan tentang biografi adz-Dzahabi dalam kitab al Bidayah wa an Nihayah, “Beliau adalah tokoh penutup para ulama ahli hadits dan para penghafal hadits.”

Guru-gurunya

1.       Syaikh Burhanuddin Ibrahim bin Abdirrahman al-Fazari yang terkenal dengan nama Ibnul Farkah (wafat 729 H)
2.       Di Damsyik Syria, beliau belajar dengan Isa bin al-Muth’im
3.       Ahmad bin Abi Thalib, terkenal dengan nama Ibnu Syahnah (walat 730H)
4.       Ibnul Hajjar yang (wafat 730 H)
5.       Baha-uddin al-Qasim bin Muzhaffar Ibnu Asakir, ahli hadis negeri Syam yang wafat pada tahun 723 H,
6.       Ibnu asy-Syirazi,
7.       Ishaq bin Yahya al-Amidi Afifuddin –ulama Zhahiriyah (wafat 725 H)
8.       Muhammad lbnu Zar rad, menyertai Syaikh Jamaluddin Yusuf bin az-Zaki al’Mizzi (wafat 742H), beliau mendapat banyak faedah dan menimba ilmu darinya dan akhirnya beliau menikahi puterinya
9.       Syaikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad bin Abdil Halim bin Abdis Salam bin Taimiyyah (wafat 728 H)
10.   Sebagaimana beliau menimba ilmu dari Syaikh al-Hafizh, seorang ahli tarikh (sejarah), Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman bin Qayimaz adz-Dzahabi (wafat pada tahun 748 H)
11.   Dan ulama Mesir yang memberi beliau ijazah adalah Abu Musa al-Qarafi
12.   Abul Fath ad-Dabbusi
13.   Ali bin Umar as-Sawani

Karya-Karyanya

1.       Tafsir al-Qur'anul Azhim
2.       Bidayah wa Nihayah
3.       Fushul fi Ikhtshari Sirati Rasul
4.       Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلَّم
5.       Ikhtishar Ulumul Hadits
6.       at-Takmil fi Ma'rifati Tsiqat wa Dhu'afa' wal Majahil
7.       Jami'ul Masanid wa Sunan al-Hadi li Aqwami Sunan
8.       Ittihaful Mathalib bi Ma'rifati Ahadits Mukhtashar Ibnul Hajib
9.       Irsyadul Faqih ila Ma'rifati Adillati Tanbih
10.   al-Ijtihad fi Thalabil Jihad
11.   Syarh Shahih Bukhari
12.   Kitabul Ahkam
13.   Syarh Qith'atu Tanbih lil Imam Abi Ishaq asy-Syair- azi
14.   Musnad Syaikhain Abu Bakr wa Umar
15.   Musnad Umar bima Ruwiya anhu minal Hadits wal Aatsar
16.   Kitabul Muqaddimat
17.   Mukhtashar Kitab al Madkhal lil Baihaqi
18.   Thabaqah Syafi'iyyah wa Manaqib asy-Syafi'i

Ilmu Hadits

1.       Jami al-Masanid wa as-Sunan (Kitab Penghimpun Musnad dan Sunan) sebanyak delapan jilid, berisi nama-nama sahabat yang banyak meriwayatkan hadis;
2.       Al-Kutub as-Sittah (Kitab-kitab Hadis yang Enam) yakni suatu karya hadis
3.       At-Takmilah fi Mar’ifat as-Sigat wa ad-Dhua’fa wa al-Mujahal (Pelengkap dalam Mengetahui Perawi-perawi yang Dipercaya, Lemah dan Kurang Dikenal)
4.       Al-Mukhtasar (Ringkasan) merupakan ringkasan dari Muqaddimmah-nya Ibn Salah
5.       Adillah at-Tanbih li Ulum al-Hadits (Buku tentang ilmu hadis) atau lebih dikenal dengan nama Al-Ba’its al-Hadits.

Ilmu sejarah

1.       Al-Bidayah wa an Nihayah (Permulaan dan Akhir) atau nama lainnya Tarikh ibnu Katsir sebanyak 14 jilid
2.       Al-Fusul fi Sirah ar-Rasul (Uraian Mengenai Sejarah Rasul)
3.       Tabaqat asy-Syafi’iyah (Peringkat-peringkat Ulama Mazhab Syafii)

Monday, 30 September 2019

Kutubus Sittah: Biografi ringkas para Imam

Views
810 M – 870 M: Imam Bukhari
            : Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari (13 Syawal 194H – 1 Syawal 256H)
            : Bukhara (Uzbekistan), Iran. Dimakamkan di Samarkand, Uzbekistan.
Karya: Sahih Bukhari, Al Adab Al Mufrad, Al Tarikh Al Kabir, Al Tarikh Al Saghir, Al Tarikh Al Ausat, Al Tafsir Al Kabir, Kitab Al Wahdan, Kitab Al Mabsut, Kitab Al Habah, Kitab Al Kuni, Kitab Al Fawa’id.

817 M – 888 M: Imam Abu Daud
            : Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (202 H – 276 H)
            : Sijistan, Iran.Dimakamkan di Basrah, Iraq.
Karya: Sunan Abu Daud, At Tarikh, Al quran al Qarim

821 M – 875 M: Imam Muslim
            : Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi (206 H – 261 H)
            : Nishapur, Khurasan Iran. Dimakamkan di Nasarabad, Nishapur Iran.
Karya: Sahih Muslim

824 M – 887 M: Imam Ibnu Majah
: Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini (207 H – 275 H)
        : Qazvin, Iran. Dimakamkan di tempat kelahiran Beliau.
Karya: Sunan Ibnu Majah.

829 M – 915 M: Imam Nasaie
            : Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasa'i (215 H – 303 H)
            : Kota Nasa’i, Khurasan Iran. Dimakamkan di Baitulmaqdis, Palestin.
Karya: Sunan Nasa’i, Sunan Al Kubra, Sunan Al Sughra, Al khashais, Fadhail al shahabah, Al Manasik.     

Wednesday, 25 September 2019

New age movement

Views

New Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik eleman-eleman dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Felling are Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen negatif di sekeliling.

Antara ritual dan kaedah agama yang digemari New Age Movement ini dengan memetik amalan keagamaan seperti Yoga, Chakra, Kundalini, Tantra, Reiki, Qigong, Hypnotherapy, Transformational Breathing, Transcedental Meditation, Huna, Fourth Way, Macrobiotic, konsep tenaga positif dan negatif dan seumpamanya telah diadun dengan kaedah sains palsu dan juga diberi istilah yang lain untuk membuktikan ritual itu adalah praktikal dan bukan bersifat doktrin semata.

Yoga dan Chakra adalah antara konsep yang utama yang diperkenalkan di dalam New Age. Cuma yang membezakan adalah mereka memberi istilah ‘islamik’ dari terma agama untuk mengaburi ramai pihak. Yoga sememangnya jelas ia adalah eleman yang diajar di dalam agama Hindu, dan di dalam Hinduisme yoga dikenali sebagai Nadi. Ia adalah amalan yang berasal dari agama Hindu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan umat Islam dari terlibat dengan sebarang unsur melibatkan Yoga.

Dalil tentang konsep yoga dan chakra ini ada disebut di dalam kitab suci Hindu iaitu Upanishad:
“Dalam jantung ada atman ini. Dari sini ada serratus satu nadi. Setiap nadi ini terbahagi dalam seratus saluran yang lebih kecil. Dari setiap saluran kecil ini terbahagi lagi menjadi 72 000 saluran cabang. Di dalam saluran-saluran inilah vyana bergerak. Sekarang bergerak ke atas melalui salah satu saluran ini, nafas ke atas (udana) sebagai akibat dari perbuatan baik akan menuju dunia yang baik, sebagai akibat perbuatan buruk akan menuju ke dunia yang buruk dan sebagai akibat dari kedua-duanya, kepada dunia manusia” (Prasna Upanishad 3: 6-7)

Inilah ayat berkaitan dengan Yoga dan Chakra. Ia adalah jelas merupakan konsep agama Hindu. Amalan ini belum pernah terbukti dari sudut saintifik samada ia memberi kebaikan kecuali hanya melalui testimoni dari orang yang mengamalkannya. Doktrin Yoga dan Chakra ini menjadi penting bagi New Age kerana ia membantu mereka untuk mengaitkan ‘kuasa dalaman’ dan ‘potensi dalam diri’ untuk ‘memotivasikan’ bagi menguatkan diri seseorang.

Apa Masalah New Age & Muslim?

Antara sikap yang terbentuk kepada pengamal ‘Islamik New Age’ ini adalah mereka akan cenderung untuk melogikkan perkara mukjizat dengan amalan yang dibawa oleh New Age. Contoh terdekat adalah, di dalam New Age menekankan bahawa setiap manusia menghasilkan aura positif dan negatif. Untuk mendapat aura positif itu perlu menjalani beberapa syarat antaranya sentiasa berkata perkataan yang positif dan tidak mengucapkan perkataan yang menunjukkan kita lemah.

Lalu New Age akan memberi ‘bukti’ dengan sains palsu tentang kajian Masaru Emoto tentang molekul air akan berubah menjadi cantik apabila diucapkan perkataan positif, manakala molekul air akan berubah menjadi buruk apabila diucapkan perkataan negatif. Walhal kajian ini belum pernah dibuktikan sah! William A. Tiller di dalam What The Bleep Do We Know? mengulas bahawa kajian Emoto itu tidak berasas.[1] Malah ramai ahli sains lain turut mengkritik beliau seperti William Reville, Tyler Volk, Harriet A. Hall, Stephen Kiesling dan ramai lagi.

Lalu dengan ‘bukti saintifik’ dari Emoto ini digunakan mereka untuk mengajar kita bahawa jangan sesekali kita mengucapkan perkataan sesuatu yang negatif dan yang melemahkan. Hasil dari prinsip ini ia membentuk penafian pengikut New Age terhadap doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti doa:

“La Haula wa La Quwwata illa billah”

(Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)

Bagi New Age, perkataan ini adalah termasuk melemahkan diri kerana ia bentuk aura negatif yang perlu dihindari dari diucapkan. Bagi mereka setiap manusia menjadi kuat disebabkan kuasa dalaman dalam diri mereka dan dipengaruhi oleh perkataan dan mind set mereka sendiri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ memperkenalkan Feeling Are Prayer. Mereka akan menetapkan beberapa syarat untuk memprolehi ‘nikmat’ dalam berdoa antaranya jangan sesekali berdoa ketika ada perasaan takut. Ini kerana dengan perasaan takut itu menguasai maka ia akan berlaku seperti apa yang dirasakan. Walhal ini jelas bercanggah dengan doa para nabi di dalam al Quran:

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud:47)

Jika diikuti kaedah Feeling Are Prayer ini, adakah mereka ingin menafikan cara berdoa di dalam al Quran ini? Sebab di dalam doa-doa ini jelas mengandungi kebimbangan dan mengandungi keinsafan diri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ ini mula melogikkan mukjizat nabi dengan konsep Living In Abundance. Lalu dia memetik sirah nabi ketika sebelum perang Khandak, nabi dijemput oleh Jabir untuk makan di rumahnya. Setelah itu nabi menjemput sahabat yang lain dengan ramainya dan akhirnya lauk yang sedikit itu mencukupi semua orang. Lalu ‘Islamik New Age’ mengatakan itu adalah kuasa Living In Abundance seakan-akan menafikan ia adalah salah satu mukjizat nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

Masih banyak lagi kesan yang buruk kepada iman hasil dari dakyah New Age Movement. Ia berdasarkan modul dan kaedah apa yang mereka bawa. Jika kaedah Reiki maka kesannya berlainan dengan contoh-contoh di atas. Bagi orang awam, saya akui mereka sukar untuk mengesan di mana bahaya dan silapnya kaedah New Age tambahan pula apabila ia dibalut dengan terma Islamik. Ia memerlukan orang memahami apa itu dasar esoterik, spiritual, tantra yang ada di dalam eleman agama-agama lain.

Saturday, 31 August 2019

Majlis tahlil & Kenduri arwah

Views


SEJARAH LAHIRNYA TAHLIL DALAM UPACARA KEMATIAN

Perintis, pelopor dan pembuka pertama penyiaran serta pengembangan Islam di Pulau Jawa adalah para ulama yang berjumlah Sembilan yang popular dengan sebuatan Wali Songo. Atas perjuangan mereka, berhasil mendirikan sebuah kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa yang berpusat di Demak, Jawa Tengah. Para ulama yang sembilan dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam di tanah Jawa yang majoriti penduduknya beragama Hindu dan Buddha mendapat kesulitan dalam membuang adat istiadat upacara keagamaan lama bagi mereka yang telah masuk Islam. Para ulama yang sembilan (Wali Songo) dalam menangguangi masalah adat istiadat lama bagi mereka yang telah masuk Islam terbagi menjadi dua aliran yaitu ALIRAN GIRI dan ALIRAN TUBAN.

ALIRAN GIRI adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Raden Paku (Sunan Giri) dengan para pendukung Raden Rahmat (Sunan Ampel), Syarifuddin (Sunan Drajat) dan lain-lain. Aliran ini dalam masalah ibadah sama sekali tidak mengenal kompromi dengan ajaran Buddha, Hindu, keyakinan animisme dan dinamisme. Orang yang dengan suka rela masuk Islam menerusi aliran ini, harus membuang jauh-jauh segala adat istiadat lama yang bertentangan dengan syari'at Islam tanpa reserve. Karena murninya aliran dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam maka aliran ini disebut ISLAM PUTIH. Adapun ALIRAN TUBAN adalah suatu aliran yang dipimpin oleh R.M. Syahid (Sunan Kalijaga) yang didukung oleh Sunan Bonang, Sunan Muria, Sunan Kudus dan Sunan Gunung Djati.

Ziarah kubur, hikmah, manfaat dan tuntunannya
Aliran ini sangat sederhana, mereka membiarkan pengikutnya yang mengerjakan adat istiadat upacara keagamaan lama yang sudah menjadi darah daging dan sukar dibuang yang penting mereka mahu memeluk Islam. Agar mereka tidak terlalu jauh menyimpang dari syari'at Islam maka para wali aliran Tuban berusaha agar adat istiadat Buddha, Hindu, animisme dan dinamisme diwarnai keislaman. Karena sederhananya aliran ini maka pengikutnya jauh lebih banyak dibandingkan dengan pengikut aliran Giri yang "radikal". Aliran ini sangat disorot oleh aliran Giri karena dituduh mencampuradukan syari'at Islam dengan agama lain. Maka aliran ini dilabel sebagai aliran Islam abangan. Dengan ajaran agama Hindu yang terdapat dalam Kitab Brahmana. Sebuah kitab yang isinya mengatur tatacara pelaksanaan qurban, sajian-sajian untuk menyembah dewa-dewa dan upacara menghormati roh-roh untuk menghormati orang yang telah mati (nenek moyang) ada aturan yang disebut Yajna Besar dan Yajna Kecil. Yajna Besar dibagi menjadi dua bagian iaitu Hafiryayajna dan Somayjna. Somayjna adalah upacara khusus untuk orang-orang tertentu sementara Hafiryayajna untuk semua orang. Hafiryayajna terbagi menjadi empat bahagian iaitu Aghnidheya, Pinda Pitre Yajna, Catur masya, dan Aghrain. Amalan yang sangat berat dibuang sampai sekarang bagi orang yang sudah masuk Islam adalah upacara Pinda Pitre Yajna iaitu suatu upacara menghormati roh-roh orang yang sudah mati.

Dalam upacara Pinda Pitre Yajna, mereka berkeyakinan bahwa manusia setelah mati sebelum memasuki karman, yakni menjelma lahir kembali ke dunia ada yang menjadi dewa, manusia, binatang, batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain seperti perbuatannya selama hidup dari 1-7 hari roh tersebut masih berada dilingkungan rumah keluarganya. Pada hari ke 40, 100, 1000 dari kematiannya, roh tersebut datang lagi ke rumah keluarganya. Maka daripada itu, pada hari-hari tersebut harus diadakan upacara saji-sajian dan bacaan mantera-mantera serta nyanyian suci untuk memohon kepada dewa-dewa agar rohnya si fulan menjalani karma menjadi manusia yang baik, jangan menjadi yang lainnya. Pelaksanaan upacara tersebut diawali dengan aghnideya, iaitu menyalakan api suci (membakar kemenyan) untuk kontak dengan para dewa dan roh si fulan yang dituju. Selanjutnya diteruskan dengan menghidangkan saji-sajian berupa makanan, minuman dan lain-lain untuk dipersembahkan ke para dewa, kemudian dilanjutkan dengan bacaan mantra-mantra dan nyanyian-nyanyian suci oleh para pendeta agar permohonannya dikabulkan.

Musyawarah Para Wali
Pada masa para wali dibawah pimpinan Sunan Ampel, pernah diadakan musyawarah antara para wali untuk memecahkan adat istiadat lama bagi orang yang telah masuk Islam. Dalam musyawarah tersebut Sunan Kali Jaga selaku Ketua aliran Tuban mengusulkan kepada majlis musyawarah agar adat istiadat lama yang sukar dibuang termasuk upacara Pinda Pitre Yajna diwarnai unsur keislaman. Usaha tersebut menjadi masalah yang serius pada waktu itu sebab para ulama (wali) tahu bahwa upacara kematian adat lama sangat menyimpang dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Mendengar usulan Sunan Kali Jaga yang penuh berwibawa itu, Sunan Ampel selaku penghulu para wali menjadi ketua musyawarah mengajukan pertanyaan, "Apakah tidak dikhuatirkan dikemudian hari bahwa adat istiadat lama itu nanti akan dianggap sebagai ajaran Islam sehingga kalau demikian nanti apakah hal ini tidak akan menjadikan bid'ah"?. Pertanyaan Sunan Ampel tersebut kemudian dijawab oleh Sunan Kudus sebagai berikut, "Saya sangat setuju dengan pendapat Sunan Kali Jaga".
Sekalipun Sunan Ampel, Sunan Giri dan Sunan Drajat sangat tidak menyetujui tetapi majoriti anggota musyawarah menyetujui usulan Sunan Kali Jaga maka hal tersebut terjadi seperti yang dirancang. 

Mulai saat itulah secara rasmi berdasarkan hasil musyawarah, upacara dalam agama Hindu yang bernama Pinda Pitre Yajna dilestarikan oleh orang-orang Islam aliran Tuban yang kemudian dikenal dengan nama nelung dino, mitung dina, matang puluh, nyatus dan nyewu. Kesan daripada strategi aliran Tuban maka bukan saja upacara seperti itu yang berkembang subur tetapi keyakinan animisme dan dinamisme serta upacara-upacara adat lain ikut berkembang subur. Maka tidaklah hairan muridnya Sunan Kali Jaga sendiri yang bernama Syekh Siti Jenar merasa mendapat peluang yang sangat luas untuk mensinkritismekan ajaran Hindu dalam Islam. Dari hasil olahannya, maka lahir suatu ajaran aliran kepercayaan yang berbau Islam. Dan tumbuhlah apa yang disebut "MANUNGALING KAULA GUSTI" yang artinya Tuhan menyatu dengan tubuhku. Maka tatacara untuk mendekatkan diri kepada Allah lewat solat, puasa, zakat, haji dan lain sebagainya tidak usah dilakukan.

Sekalipun Syekh Siti Jenar berhasil dibunuh tetapi murid-muridnya yang cukup banyak sudah menyebar di pelbagai tempat. Oleh itu, kepercayaan seperti itu hidup subur sampai sekarang. Keadaan umat Islam setelah para wali meninggal dunia semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya. Para Ulama aliran Giri yang terus mempengaruhi para raja Islam dan masyarakat pada umumnya untuk menegakkan syari'at Islam yang murni. Namun, tindakan tersebut mendapat kecaman dan ancaman daripada para raja Islam pada waktu itu kerna raja-raja Islam majoriti menganut aliran Tuban. Sehingga pusat pemerintahan kerajaan di Demak berusaha dipindahkan ke Pajang agar terlepas dari pengaruh para ulama aliran Giri. Pada masa kerajaan Islam di Jawa di bawah pimpinan raja Amangkurat I, para ulama yang berusaha mempengaruhi keraton dan masyarakat, mereka ditangkapi dan dibunuh/dibrondong di lapangan  Surakarta sebanyak 7 000 orang ulama. Melihat tindakan yang sewenang-wenang terhadap ulama aliran Giri itu maka Trunojoyo, Santri Giri berusaha menyusun kekuatan untuk menyerang AmangkuratI. 

Pada masa kerajaan dipegang oleh Amangkurat II sebagai pengganti ayahnya, ia membela, dendam terhadap Truno Joyo yang menyerang pemerintahan ayahnya. Dia bekerjasama dengan VOC menyerang Giri Kedaton dan semua upala serta santri aliran Giri dibunuh habis-habisan bahkan semua keturunan Sunan Giri. Dengan demikian lenyaplah sudah ulama-ulama penegak Islam yang konsekwen. Ulama-ulama yang boleh hidup ketika itu adalah ulama-ulama yang lunak (sederhana) yang ingin menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang ada. Oleh hal yang demikian bertambah suburlah adat-istiadat lama yang melekat pada orang-orang Islam terutama upacara adat Pinde Pitre Yajna dalam upacara kematian. Keadaan yang demikian terus berjalan berabad-abad tanpa ada seorang ulamapun yang muncul untuk mengikis habis adat-istiadat lama yang melekat pada Islam terutama Pinda Pitre Yajna. Baru pada tahun 1912 M, muncul seorang ulama di Yogyakarta bernama K.H. Ahmad Dahlan yang berusaha sekuat kemampuannya untuk mengembalikan Islam daripada sumbernya iaitu Al Qur'an dan As Sunnah kerana beliau telah memandang bahwa Islam dalam masyarakat Indonesia telah banyak dicampuri berbagai ajaran yang tidak berasal dari Al Qur'an dan Al Hadits. 

Munculnya K.H. Ahmad Dahlan bukan saja berusaha mengikis habis segala adat istiadat Budha, Hindu, animisme, dinamisme yang melekat pada Islam tetapi juga menyebarkan fikiran-fikiran pembaharuan dalam Islam agar umat Islam menjadi umat yang maju seperti umat-umat lain. Namun, kemunculan beliau tersebut disambut negatif oleh sebagian ulama itu sendiri yang ternyata tidak setuju untuk membuang beberapa adat istiadat Budha dan Hindu yang telah diwarnai keislaman yang telah dilestarikan oleh ulama-ulama aliran Tuban dahulu seperti upacara Pinda Pitre Yajna yang diisi nafas Islam, yang terkenal dengan nama upacara nelung dina, mitung dina, matang dina, nyatus dan nyewu. Pada tahun 1926 para ulama Indonesia bangkit dengan didirikannya organisasi yang diberi nama "Nahdhatul Ulama" yang disingkat NU. Pada muktamarnya di Makasar NU mengeluarkan suatu keputusan yang antara lain, "Setiap acara yang bersifat keagamaan harus diawali dengan bacaan tahlil yang caranya seperti yang dikenal dalam masyarakat". Keputusan ini nampaknya benar-benar dilaksanakan oleh orang NU sehingga semua acara yang bersifat keagamaan diawali dengan bacaan tahlil, termasuk acara kematian. Mulai saat itulah secara lambat laun upacara Pinda Pitre Yajna yang diwarnai keislaman berubah nama menjadi tahlilan sampai sekarang. Sesuai dengan sejarah lahirnya tahlilan dalam upacara kematian maka istilah tahlilan dalam upacara kematian hanya dikenal di Jawa saja. Di pulau-pulau lain seluruh Indonesia tidak ada acara ini. Seandainya ada pun hanya sebagai rembesan dari pulau Jawa saja. Di negara-negara lain seperti Arab, Mesir dan negara-negara lainnnya diseluruh dunia sama sekali tidak mengenal upacara tahlilan dalam kematian ini.

Dengan sudah mengetahui sejarah lahirnya tahlilan dalam upacara kematian yang terurai diatas, maka kita tidak akan lagi mengatakan bahwa upacara kematian adalah ajaran Islam, bahkan kita akan boleh mengatakan bahwa orang yang tidak mau membuang amalan tersebut bermaksud melestarikan salah satu ajaran agama Hindu. Orang-orang Hindu sama sekali tidak mau melestarikan ajaran Islam bahkan tidak mau belajar ajaran Islam sedikitpun. Tetapi kenapa kita sebagai Muslim pula yang beria-ia membenarkan keyakinan terhadap ajaran mereka? Tak cukupkah bagi kita Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang jelas terang berada di landasan yang benar. Kenapa harus ditambah-tambah? Mereka beranggapan ajaran Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam masih kurang sempurna. Penulis berharap setelah kita tahu sejarah wujudnya amalan tahlil, kita mendapat hidayah untuk menerima kebenaran yang hakiki dan mudah-mudahan akan menjadi Muslim yang tegak di atas ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Sumber daripada internet yang telah diringkaskan oleh Penulis.

Thursday, 20 October 2016

Senario Bencana Alam: Kesan berpanjangan? Resolusi diperlukan?

Views

 asalamualaikum dan salam sejahtera ..


Ilustrasi 1: Gambaran Ombak Tsunami

Konfigurasi bentuk muka bumi Malaysia yang strategik dan jauh daripada bencana alam merupakan kebaikan yang dipunyai oleh Malaysia. Kedudukan Malaysia yang bukan berada dalam kawasan lingkaran api Pasifik seperti Indonesia kerana itu lah Malaysia kurang terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tsunami dan letusan gunung berapi. Jika di luar negara seperti United States of America, bencana alam seperti taufan, Puting beliung dan gempa bumi merupakan kejadian yang biasa dialami oleh rakyat Amerika. Jika bencana yang berkaitan dengan banjir, ia merupakan perkara yang biasa, sebagai contohnya, banjir di Amerika pernah belaku lebih kurang sebanyak 3 kali banjir besar yang memusnahkan lebih 700 ribu lebih buah rumah dan kerugian harta benda yang dianggar berjumlah $400 USD.
   Di Amerika, banjir yang terbaru berlaku pada 24 Jun 2016 yang lalu apabila kawasan West Virginia, AS ditenggelami air yang menyebabkan kematian seramai 20 orang sementara memusnahkan lebih 500 buah rumah dan memutuskan bekalan air bersih dan elektrik. Selain negara Amerika, negara-negara di Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun juga terdedah dengan benca-bencana alam seperti gempa bumi di dasar laut yang akhirnya mengakibatkan berlakunya tsunami. Dalam siri beberapa kejadian bencana alam, negara Jepun telah mengalami lebih kurang 10 peristiwa bencana alam yang terdiri daripada letupan gunung Uzen, 1792, gempa bumi Great Kantō, 1923, gempa bumi Tonankai, 1944, Sea of Japan, 1983, gempa bumi Hokkaidō, 1993, gempa bumi di Miyagibumi dan Nankaidō pada tahun 2005.


Gambar 2: Japan Volcanic Observation and Information Center

Di Amerika, banjir yang terbaru berlaku pada 24 Jun 2016 yang lalu apabila kawasan West Virginia, AS ditenggelami air yang menyebabkan kematian seramai 20 orang sementara memusnahkan lebih 500 buah rumah dan memutuskan bekalan air bersih dan elektrik. Selain negara Amerika, negara-negara di Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun juga terdedah dengan benca-bencana alam seperti gempa bumi di dasar laut yang akhirnya mengakibatkan berlakunya tsunami. Dalam siri beberapa kejadian bencana alam, negara Jepun telah mengalami lebih kurang 10 peristiwa bencana alam yang terdiri daripada letupan gunung Uzen, 1792, gempa bumi Great Kantō, 1923, gempa bumi Tonankai, 1944, Sea of Japan, 1983, gempa bumi Hokkaidō, 1993, gempa bumi di Miyagibumi dan Nankaidō pada tahun 2005.


Gambar 3: Tsunami di Jepun, 2011
Sehubungan dengan itu, bencana alam yang terbaru melanda Manila, Filipina merupakan ribut taufan yang dikenali sebagi Taufan Sarika. Dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya seorang maut sementara tiga orang nelayan dilaporkan hilang dan kesan daripada taufan tersebut turut menyebabkan kerosakkan kabel elektrik dan telefon musnah. Selain daripada itu, taufan tersebut juga mengakibatkan lebih kurang 246 000 penduduk kehilangan punca pendapatan dan sumber bekalan air dan elektrik. Menurut kenyataan Peramal Cuaca Kerajaan, taufan tersebut merupakan yang terburuk dan terkuat setakat tempoh yang terdekat. Taufan Sarika tersebut berkelajuan 180 kilometer sejam yang melintasi pulau tersebut berserta angin kuat serta hujan lebat. Di samping itu, taufan tersebut juga telah memusnahkan rumah kayu dan mengakibatkan pokok tumbang serta menangglkan bumbung rumah. 


Gambar 5: Lokasi Taufan Sarika

Sehubungan dengan itu, lantaran Taufan Sarika membadai Pulau Luzon, Filipina ianya turut disusuli dengan taufan Haima yang berada di 643.7 kilometer di barat daya Guam dan dijangka membawa angin kencang dengan kelajuan 241 kilometer sejam atau lebih. Bukan sekadar terhenti di Filipina, pada 18 Oktober sekitar pukul 4.08 pm, Jabatan Meteorologi Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) telah mengeluarkan kenyataan bahawa taufan Sarika turut dikesan pada Latitud 19.3 Utara; Longitud 109.7 Timur, pada jam 02:00 petang, 18 Oktober 2016, kira-kira 1,578 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan pergerakan ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kmsj. Walaubagaimanapun, pada pandangan saya berdasarkan potensi kedudukan Sabah yang terletak jauh dari Kepulauan Filipina, meskipun taufan tersebut dikesan kadar kelajuannya sudah pasti akan berkurang. Oleh itu, ianya tidak lah terlalu membimbangkan namun langkah-langkah berjaga harus diambil kira.
Dalam beberapa siri kesan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia ianya memberi kesan yang amat ketara dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Sebagai contoh kesan Tsunami Acheh pada 26 Disember 2004 yang memberi kesan yang paling tragis dalam sejarah tsunami di dunia. Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) menyatakan tsunami di Aceh sebagai bencana kemanusiaan terbesar yang pernah terjadi. Kawasan terparah yang dilanda tsunami adalah Aceh, Khao Lak di Thailand dan sebahagian Sri Lanka dan India. Tsunami Acheh berlaku pada pukul 7.59 pm yang berskala 9.1 ke 9.3 skala Richter telah menggoncang dasar laut di barat daya Sumatra, sekitar 20 sampai 25 kilometer lepas pantai. Hanya dalam beberapa jam saja, gelombang tsunami dari gempa itu mencapai daratan Afrika.
Tsunami yang berpusat di Lautan Hindi mengakibatkan kematian seramai 230 000 orang yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Acheh merupakan angka terbesar kematian dalam kejadian tersebut dengan jumlah kira-kira 170,000 orang, diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang) manakala kematian di negara-negara lain di bawah 100 orang. Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126 juta hilang tempat tinggal. Selain daripada kesan kematian, kawasan yang terlibat dengan bencana alam turut terkesan dengan kemusanahan tempat tinggal, ekonomi terjejas dan juga boleh mengakibatkan kesan trauma terhadap mangsa. Di samping itu, kewujudan pelbagai penyakit berjangkit juga boleh berlaku. Oleh hal yang demikian sebagai langkah berjaga-berjaga pihak yang berwajib dalam mengawal kesan bencana alam ini sebaiknya memberi perhatian lebih.
Walaupun bencana alam merupakan kejadian di luar jangkauan manusia namun langkah berjaga merupakan usaha yang terbaik agar kesan sampingan turut berkurangan. Pada pandangan saya, antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mewujudkan satu sistem amaran awal apabila bencana alam apabila wujud tanda-tanda awal akan berlakunya bencana alam. Sistem ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis peranti seperti telefon bimbit, penggunaan siren dan pengumuman menerusi media masa seperti televisyen, internet, radio dan sebagainya. Keberkesanan sistem ini membolehkan penduduk bersiap-siaga jika berlaku sebarang kecemasan walau di mana sahaja mereka berada. Para pelancong khususnya boleh melarikan diri dari kawasan yang dilabel sebagai kawasan yang merbahaya terutamanya di kawasan luar bandar.
Sesungguhnya, sistem ini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan jumlah kematian jika berlaku sebarang bencana alam terutamanya tsunami dan rebut taufan kerana kedua-dua bencana ini berlaku dalam kadar masa yang pantas. Selain itu, masyarakat juga seharusnya diberi penekanan dan pendedahan berterusan berkaitan dengan pelbagai latihan kecemasan. Sementara itu, golongan muda pula sebaiknya diberikan teknik menyelamatkan diri ketika menghadapi bencana alam seperti banjir atau ribut taufan supaya mereka tau tindakan yang betul untuk dilaksanakan. Pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi juga disarankan supaya boleh menguasai dalam semua kursus kokurikulum yang berkaitan dengan teknik menghadapi detik-detik kecemasan supaya tidak kekok apabila berdepan dengan situasi getir.
Dari sudut yang lain, bencana alam boleh diatasi dengan menjaga keseimbangan ekosistem alam semula jadi. Kawasan hutan dan bukit tidak seharusnya dimusnahkan sewenang-wenangnya kerana jika kawasan seperti ini tidak dipelihara kesannya akan mengakibatkan berlakunya banjir dan tanah runtuh selain kehancuran ekosistem alam sekitar. Pasukan khas menangani bencana alam boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi isu bencana alam ini. Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya, pasukan khas ini boleh dihantar untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa bencana alam dengan pantas. Dalam pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil untuk mengurangkan risiko kejadian bencana alam. Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan berteknologi tinggi supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan tempat tinggal sementara bagi rakyat, bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia menghadapi bencana alam.
Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku. Akhirnya, Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus menjalankan peranan bagi mengatasi masalah bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat kampung agar sedar dengan keadaan alam sekitar kita yang mungkin akan mengalami bencana. Selain itu, kempen ini turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam. Sebagai contoh, sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat bagi menjamin keselamatan diri.
Sebagai kesimpulannya, bencana alam merupakan proses berlakunya ketidakseimbangan dan gangguan terhadap sistem geomorfologi, hidrologi dan atmosfera. Walaupun bencana alam merupakan aktiviti di luar jangkaan kita namun sebagai langkah berjaga-jaga kita seharusnya senantiasa berusaha mengurangkan kesannya. Dalam erti kata lain, peranan kerajaan, badan berwajib di peringkat global dan penglibatan individu dan masyarakat merupakan tunjang utama dalam memberi resolusi yang lebih berkesan dalam menangani isu bencana alam. Oleh itu, memandangkan kesan bencana alam ini memberi impak yang sangat mendalam maka resolusi proaktif, efisen dan efektif sangat diperlukan agar kesan negatif dapat dikurangkan.

Maklumat lanjut,sila layari laman web berikut:
http://www.bharian.com.my/node/202496
http://duniaberita.top/berita/berita-banjir-di-amerika-terbaru/
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mengingati-tsunami-2004-1.39240
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-terkorban-taufan-sarika-landa-                    utara-filipina-1.395923
http://www.newsth.com/ruptik/27902/berita-hari-ini-busan-korea-selatan-dihantam-     
topan-dahsyat-chaba-dan-tsunami-4-orang-tewas-prayforbusan-jadi-trending-topik-             dunia/
















TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com