New
Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik
eleman-eleman dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan
eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program
motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Felling are
Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen
negatif di sekeliling.
Antara
ritual dan kaedah agama yang digemari New Age Movement ini dengan memetik
amalan keagamaan seperti Yoga, Chakra, Kundalini, Tantra, Reiki, Qigong,
Hypnotherapy, Transformational Breathing, Transcedental Meditation, Huna,
Fourth Way, Macrobiotic, konsep tenaga positif dan negatif dan seumpamanya
telah diadun dengan kaedah sains palsu dan juga diberi istilah yang lain untuk
membuktikan ritual itu adalah praktikal dan bukan bersifat doktrin semata.
Dalil
tentang konsep yoga dan chakra ini ada disebut di dalam kitab suci Hindu iaitu
Upanishad:
“Dalam
jantung ada atman ini. Dari sini ada serratus satu nadi. Setiap nadi ini
terbahagi dalam seratus saluran yang lebih kecil. Dari setiap saluran kecil ini
terbahagi lagi menjadi 72 000 saluran cabang. Di dalam saluran-saluran inilah
vyana bergerak. Sekarang bergerak ke atas melalui salah satu saluran ini, nafas
ke atas (udana) sebagai akibat dari perbuatan baik akan menuju dunia yang baik,
sebagai akibat perbuatan buruk akan menuju ke dunia yang buruk dan sebagai
akibat dari kedua-duanya, kepada dunia manusia” (Prasna Upanishad 3: 6-7)
Inilah
ayat berkaitan dengan Yoga dan Chakra. Ia adalah jelas merupakan konsep agama
Hindu. Amalan ini belum pernah terbukti dari sudut saintifik samada ia memberi
kebaikan kecuali hanya melalui testimoni dari orang yang mengamalkannya. Doktrin
Yoga dan Chakra ini menjadi penting bagi New Age kerana ia membantu mereka
untuk mengaitkan ‘kuasa dalaman’ dan ‘potensi dalam diri’ untuk ‘memotivasikan’
bagi menguatkan diri seseorang.
Apa
Masalah New Age & Muslim?
Antara
sikap yang terbentuk kepada pengamal ‘Islamik New Age’ ini adalah mereka akan
cenderung untuk melogikkan perkara mukjizat dengan amalan yang dibawa oleh New
Age. Contoh
terdekat adalah, di dalam New Age menekankan bahawa setiap manusia menghasilkan
aura positif dan negatif. Untuk mendapat aura positif itu perlu menjalani
beberapa syarat antaranya sentiasa berkata perkataan yang positif dan tidak
mengucapkan perkataan yang menunjukkan kita lemah.
Lalu
New Age akan memberi ‘bukti’ dengan sains palsu tentang kajian Masaru Emoto
tentang molekul air akan berubah menjadi cantik apabila diucapkan perkataan
positif, manakala molekul air akan berubah menjadi buruk apabila diucapkan
perkataan negatif. Walhal kajian ini belum pernah dibuktikan sah! William A.
Tiller di dalam What The Bleep Do We Know? mengulas bahawa kajian Emoto itu
tidak berasas.[1] Malah ramai ahli sains lain turut mengkritik beliau seperti
William Reville, Tyler Volk, Harriet A. Hall, Stephen Kiesling dan ramai lagi.
Lalu
dengan ‘bukti saintifik’ dari Emoto ini digunakan mereka untuk mengajar kita
bahawa jangan sesekali kita mengucapkan perkataan sesuatu yang negatif dan yang
melemahkan. Hasil dari prinsip ini ia membentuk penafian pengikut New Age terhadap
doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti doa:
“La Haula wa La Quwwata illa billah”
(Tiada
Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)
Bagi
New Age, perkataan ini adalah termasuk melemahkan diri kerana ia bentuk aura
negatif yang perlu dihindari dari diucapkan. Bagi mereka setiap manusia menjadi
kuat disebabkan kuasa dalaman dalam diri mereka dan dipengaruhi oleh perkataan
dan mind set mereka sendiri.
Begitu
juga apabila ‘Islamik New Age’ memperkenalkan Feeling Are Prayer. Mereka akan
menetapkan beberapa syarat untuk memprolehi ‘nikmat’ dalam berdoa antaranya
jangan sesekali berdoa ketika ada perasaan takut. Ini kerana dengan perasaan
takut itu menguasai maka ia akan berlaku seperti apa yang dirasakan. Walhal ini
jelas bercanggah dengan doa para nabi di dalam al Quran:
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan
jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya
pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari
memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan
Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas
kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud:47)
Jika
diikuti kaedah Feeling Are Prayer ini, adakah mereka ingin menafikan cara
berdoa di dalam al Quran ini? Sebab di dalam doa-doa ini jelas mengandungi
kebimbangan dan mengandungi keinsafan diri.
Begitu
juga apabila ‘Islamik New Age’ ini mula melogikkan mukjizat nabi dengan konsep
Living In Abundance. Lalu dia memetik sirah nabi ketika sebelum perang Khandak,
nabi dijemput oleh Jabir untuk makan di rumahnya. Setelah itu nabi menjemput
sahabat yang lain dengan ramainya dan akhirnya lauk yang sedikit itu mencukupi
semua orang. Lalu ‘Islamik New Age’ mengatakan itu adalah kuasa Living In
Abundance seakan-akan menafikan ia adalah salah satu mukjizat nabi Muhammad
SAW.
Kesimpulan
Masih
banyak lagi kesan yang buruk kepada iman hasil dari dakyah New Age Movement. Ia
berdasarkan modul dan kaedah apa yang mereka bawa. Jika kaedah Reiki maka
kesannya berlainan dengan contoh-contoh di atas. Bagi orang awam, saya akui
mereka sukar untuk mengesan di mana bahaya dan silapnya kaedah New Age tambahan
pula apabila ia dibalut dengan terma Islamik. Ia memerlukan orang memahami apa
itu dasar esoterik, spiritual, tantra yang ada di dalam eleman agama-agama
lain.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya