SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Tuesday, 17 September 2019

Pantang larang orang Malaysia

Views


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan dan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Pantang larang

§  Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling
   :Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

§  Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
   :Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh dan boleh membahayakan
    kandungan.

§  Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
   :Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan.

§  Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
   :Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan
    untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.

§  Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
   :Bagi menjaga kenteteraman keluarga terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

§  Jangan bergendang dalam rumah nanti harta habis dicuri oleh orang.
    :Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah
     yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan
     pecah.

§  Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
   :Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

§  Jangan menjahit pada waktu senja nanti mata engkau akan buta
   :Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
    mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan.

§  Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi akan menangis.
   :Ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

§  Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
   :Untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

§  Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang kerana dikhuatiri anak yang
  bakal lahir mengalami kecacatan.
   :Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

§  Jangan makan berlunjur.
   :Sebabnya zaman dulu2 makan bersila, nasi dan lauk di tengah-tengah, kalau semua berlunjur nak ambil nasi
    dengan lauk kan dah susah.

§  Tak baik duduk di muka pintu, nanti tiada orang nak masuk minang.
   :Bertujuan supaya tidak menghalang orang keluar masuk.

§  Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
   :Sebenarnya sebab zaman dulu pakai pelita, mana nampak,takut tersepit isi kuku dah meraung malam nanti.

§  Tak baik makan guna pisau (biasanya lepas potong buah mangga kah pelam kah) takut nanti sumbing.
   :Tujuannya supaya nanti bibir tak luka terkena pisau.

§  Lepas makan letak air di pinggan, mudahan rezeki datang.
   :Ini bertujuan supaya nanti senang nak basuh pingan.

§  Tumbuk lada di waktu malam akan ada makhluk halus datang.
   :Sebab bising, orang nak tidur.

§  Jangan tunjuk pelangi, nanti tangan kudung.
   :Bila asik tunjuk pelangi nanti khayal kayuh basikal masuk parit.

§  Jangan makan sambil mendagu, nanti belajar tak msuk otak.
   :Agar makan senang nak kunyah.

§  Bila ribut petir tutup cermin (biasa cermin muka) dengan kain.
   :Petir akan sambar objek yang kilat dan besi.

§  Jangan sebut gajah, harimau atau nama haiwan ganas dalam hutan nanti dia muncul.
   :Kena panggil gajah tu orang kuat dan harimau tu pak belang.

§  Jangan lalu depan orang tengah solat, nanti dia ambil berkat kita.
   :Supaya kita tak ganggu fokus dia ketika solat.

PANTANG LARANG KAUM MELAYU

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.
Antara pantang larang kaum Melayu semasa seseorang perempuan itu hamil adalah:

1)       Tidak mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2)       Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3)       Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4)       Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5)       Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6)       Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7)       Tidak minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8)       Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9)       Jangan melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10)   Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11)   Jangan makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12)   Dilarang tidur waktu tengah hari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
13)   Dilarang potong haiwan nanti anak lahir tak cukup anggota.
14)   Jangan bunuh haiwan nanti anak bakal meninggal macam keadaan haiwan itu mati.
15)   Dilarang keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
16)   Dilarang mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
17)   Tidak duduk di tangga nanti bersalin susah.
18)   Dilarang siang ikan nanti anak sumbing.
19)   Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.

PANTANG LARANG KAUM CINA

1)       Jangan makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2)       Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusukan bayi.
3)       Jangan makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4)       Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
5)       Tidak makan makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim, tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6)       Jangan mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7)       Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
8)       Jangan tepuk bahu ibu, ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9)       Dilarang menyidai baju. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10)   Jangan menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

PANTANG LARANG KAUM INDIA

Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang ibu yang hamil.

1)       Tidak keluar rumah berseorangan pada waktu malam.
2)       Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3)       Jangan melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih haiwan dan sebagainya.
4)       Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India berpantang selama 60 hari dan pada hari pertama berpantang, saudara mara, kawan-kawan atau jiran tidak digalakkan datang melawat kerana dikhuatiri Si Bayi akan terganggu.




1 comment:

  1. the music scared me in the late night, but thanks for the information.

    ReplyDelete

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com