SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Tuesday, 3 September 2019

Senarai ulama dunia

Views



Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman,
M.A (Jayyid Jiddan), Univ Al-Yarmouk, Jordan
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dengan amanahnya dan pujian buat ahli Bayt Nabi SAW yang suci dan mulia serta para sahabat baginda SAW yang terpilih dan diredhai Allah juga para pejuang Islam yang menuruti jejak langkah Rasul SAW.
Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas (kurun ke 19-20). Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh. Ia bertujuan memperkenalkan kepada para pembaca nama para ulama muktabar zaman ini bagi memudahkan rehlah ilmu kita semua.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa senarai tokoh-tokoh yang disebut ini disusun atas dasar beberapa contoh kumpulan ulama terpilih (menurut penulis) dan bukan terhad jumlahnya seperti dalam senarai. Dan bukan juga merangkumi kesemua nama ulama yang wujud. Ia dibuat atas kaedah Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr.
Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an)
1)    Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa Am Wafat 1974 M.
2)     Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an.
3)     Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir Ulama besar Mesir bidang fiqh am dan dakwah Wafat 1998 m.
4)     Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an.
5)     Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m.
6)     Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m.
7)   Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni syiah.
8)     Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat.
9)     Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M.
10)   Syeikh Abul Ala Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M.
11)   Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat.
12) Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M.
13)   Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh
14)  Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa Am. Ex Mufti Am Saudi, Ex   Majma Fiqh Sedunia Wafat.
15)  Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi   Moden 2000 M.
16)   Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir, Nizom al-Mal.
17)   Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh.
18)  Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Sibaie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ.   Dimasqh. Pendakwah.Pemimpin Ikhwan.
19)   Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi, Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m.
20)   Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m.
21)  Syeikh Tohir Muhammad Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid,  Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M.
22)   Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17.
23)   Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M.
24)   Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19.
25)   Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18.
26)   Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasawwuf , Falsafah.
27)   Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an.
28)   Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah), Pakar Perubatan Islam. Wafat 2016.

Manakala yang masih hidup di antara yang teralim dan pakar serta menonjol

di dunia Akademik dan Dakwah
1)   Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir) sekarang di Qatar BA UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 ) Pakar Fatwa Am. Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar. Ex- Ahli Majma Fiqh Sedunia. Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926.
2)    Syeikh Prof. Dr Said Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang  Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2. Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929.
3)     Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, tahun 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932.
4)       Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE.
5)    Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan, sekarang Qatar Pakar bidang Fiqh Muamalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar sekarang.
6)    Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Maad dll.
7)      Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969).
8)      Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970).
9)      Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat.
10)   Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia.
11)   Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh.
12)  Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia
13)   Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia sekarang.
14)   Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah
15)   Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh.
16)   Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran.
17)   Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.
18)   Syeikh Prof. Dr. Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa Am.
19)   Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh & Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an.
20)   Syeikh Prof Dr Fadl Hasan Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar tahun 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk.
21)   Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir tahun 84, Pakar Tafsir, Sirah dan Ulum Quran.
22)   Syeikh Ibrahim al-Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah.
23)   Syeikh Prof. Dr Muhd Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar   Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk.
24)   Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional.
25)   Prof. Dr Kurshid Ahmad sekarang UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.
26)   Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.
27)   Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield, UK . Pakar Ekonomi Islam.
28)   Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex - Univ Madinah. Ulum Quran.
29)   Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, sekarang di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa Am.
30)   Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma Fiqh, Pakar Muamalat .
31)   Prof. Dr Ali Ahmad Salus Mesir Qatar (sekarang) Ahli Majma Fiqh, Pakar Muamalat.
32)   Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma Fiqh.
33)   Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh, Pakar Muamalat.
34)   Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dengan First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mutah, Jordan.
35)   As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.
36)   Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan sekarang. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.
37)   Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Muamalat, Aqidah, Tafsir. Fatwa Am.terkenal di Jordan.

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com