Wang syiling jatuh di
hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu,
tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya
segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung
semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu
terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri kanan
dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus
mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,
lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia
mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku
!" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,
logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan
separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya
mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil
lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana
itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan
pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga
habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak
ke atas.
Lantas, ketuanya itu
mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil
itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu .
Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya
batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak
kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan
pesanan.
Sahabat sekalian, Allah
sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira
banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar
kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan
kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya
terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan
pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu
dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman
yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita
teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha
Pencipta kita 🙂
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya