SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 20 September 2019

Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan

Views

v  Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
v  Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
v  Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
v  Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
v  Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.
v  Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
v  Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
v  Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
v  Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
v  Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
v  Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
v  Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan
v  Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
v  Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
v  Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
v  Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.

     Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
v  Amalkan ayat Manzil.
v  Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
v  Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
v  Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
v  Basuh pinggan makan selepas makan malam.
v  Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
v  Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
v  Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
v  Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
v  Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
v  Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
v  Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
v  Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
v  Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
v  Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
v  Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
v  Mandi garam pagi dan petang.
v  Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
v  Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
v  Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
v  Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib
v  Amalan zikir asma ul husna.
v  Makan kurma 1 hari 1 biji
v  Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
v  Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
v  Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
v  Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.
v  Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun pada waktu malam.
v  Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
v  Gunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu sebagai pendinding diri
v  Tawakal pada Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com