Penulisan ini
bukan bertujuan untuk mempromosi, menyanjungi ‘Western
People’ atau budaya barat melainkan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan mengambil
iktibar untuk kehidupan yang mendatang.
Dalam dunia
muzik, genre Rock, Balada, Pop mahupun Rap bukan suatu yang asing lagi.
Biasanya, genre berbentuk Rap atau Hip-Hop digilai oleh golongan berkulit
hitam. Begitu juga artis yang akan dibincangkan dalam artikel kali ini.
Jahseh Dwayne Ricardo Onfroy atau ‘XXXtentacion’ merupakan seorang penyanyi Rap yang memang terkenal di United States of America sekitar tahun 2013 hingga 2017. Rapper ini lahir pada 27 Januari 1998 dan berasal dari Plantation Florida, United States. Mula dikenali melalui Soundcloud pada tahun 2013 menerusi muzik yang dicipta berunsurkan Rap, Rock, Emo dan Grunge yang sangat dekat dengan anak muda ketika itu. Berikutan daripada kejayaannya sebagai rapper, penyanyi dan penulis lirik, akhirnya rapper ini menerbitkan beberapa buah album seperti ‘Look At me’ dan ‘Sad!’. Di juga turut mendapat beberapa buah anugerah seperti American Music Awards, BET Hip-Hop Awards dan Billboard Music Awards.
Rajah 1: Penerimaan anugerah X
Penyanyi ini pernah dimasukkan ke penjara Juvana Houstan, Texas kerana beberapa kesalahan bawah umur. Setelah rapper ini keluar, barulah dia memulakan careernya sebagai dalam industri kerana bakatnya yang menyerlah. Tapi malangya, dia dikaitkan dengan bermacam-macam masalah sosial seperti merompak, ugutan bunuh dan mendera teman wanitanya malah melakukan ‘sexually abuse’ sehingga mengandung. Kesannya, dia mati dalam sebuah tragedi ‘fatally shot’ pada 18 June 2018 dalam satu rompakan kedai motorsikal Deerfield Beach, Florida.
Apa yang menarik sepanjang penglibatan rapper ini dalam dunia muzik, kebanyakkan lirik lagu yang diciptanya berkisarkan tentang kehidupan dan realiti hidupnya yang sebenar khususnya golongan kulit hitam. Dia memperjuangkan konsep keadilan disebabkan golongan kulit hitam sering didiskriminasi di United States of America dan ianya terbukti di seluruh dunia. Bahkan baru-baru ini, seorang lelaki berkulit hitam George Floyd dibunuh oleh pegawai polis Amerika walaupun beliau telah mengatakan ‘I cannot breath’ dalam sebuah peristiwa di mana mangsa dikatakan membeli menggunakan duit palsu. Banyak lagi scene-scene yang menunjukkan memang wujud penindasan terhadap kaum berkulit hitam di seantero dunia.
‘Black
Live Matter’ menjadi isu yang trending di seluruh dia pada masa itu sehingga kematian rapper ini turut menjadi isu yang
sedikit hangat. Hanya mungkin kerana dia merupakan bekas pesalah maka kes ini
kurang mendapat liputan media, mungkin juga kerana dia seorang yang berkulit
hitam. Diskriminasi ini lah yang menyempitkan fikiran manusia, jangan lah
sesekali kita menggunakan alasan apa yang buruk di mata itu lah yang buruk.
Yang baik di mata sudah pasti baik. BELUM TENTU gais! Oleh itu, berhati-hati
lah dalam melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk perbuatan, lisan hatta dalam
hati sekalipun. Penulis sangat minat dengan lagunya yang bertajuk ‘NUMB’ XXXTentacion-Numb tapi
bukan yang versi Linkin Park ya
Retrieved
from: https://detroit.cbslocal.com/2018/06/19/no-motive-arrests-in-fatal-shooting-of-rapper-xxxtentacion/
Retrieved
from: https://www.reddit.com/r/LetsTalkMusic/comments/hyrsro/neoliberalism_and_stagnation_in_music/
Retrieved
from: https://kcou.fm/xxxtentacion-and-rappers-like-him-are-hip-hops-largest-obstacle/
Retrieved
from: https://en.wikipedia.org/wiki/XXXTentacion
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya