SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 17 July 2020

Bahagia melihat mereka

Views
Bismillah hirrahman nirrahim..
Segala puji dan puja hanya kepada Allah Jalla Jalaluh dan selawat serta salam kepada Baginda Nabi Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat baginda.

Malam ni, aku senang dan lapang dada untuk menulis entry yang bagi sesetengah orang boleh memotivasikan diri mereka agar mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Esok tanggal 15 Julai 2020, kebanyakkan sekolah sudah beroperasi sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seminggu bahkan lebih, para guru dan kakitangan sekolah sudah bersiap sedia melakukan dan melaksanakan semua bentuk SOP yang diperlukan. Tidak lupa juga simulasi SOP yang bakal dilalui oleh para pelajar. Ibu bapa turut diberi taklimat berkaitan dengan tindakan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan bagi kedua-dua belah pihak.

Sekilas terlihat para guru melakukan tunjuk cara SOP di sekolah lama ku, aku terlihat guru-guru baru, muda yang aku kira sebaya dengan aku. Aku senyum melihat mereka kerana mereka guru, mereka umuranku, mereka pernah belajar seperti ku dan pernah berharap untuk mendapatkan kerja yang bagus setelah keluar dari Universiti kelak. Namun, Allah itu maha adil. Ramai kawan-kawan ku yang sudah bekerjaya, berkereta sendiri, berumah tangga dan mempunya perniagaan sendiri. Semua itu rezeki. Aku? Aku masih di sini, dengan tidak bekerja, jomblo, hutang masih. Namun, aku tetap berusaha mencari kerja. Cara orang mencari kerja berbeza, ada yang secara walk in dan ada yang menggunakan sosmed sepenuhnya. Masing-masing ada sebab tersendiri dan aku memilih untuk mencari kerja sepenuhnya menggunakan medsos. Itu lah pilihan ku, namun majority belum faham akan hakikat sebenar. Aku nasihatkan kepada haters supaya memahami keadaan seorang dengan meletakkan situasi sendiri sebagai lapangan adalah salah dan tidak jelas.

Bahagianya melihat mereka senyum, bergurau senda gelak ketawa susah senang bersama mengharungi profesien yang diidamkan dari dulu. Penampilan yang menarik, keselesaan yang sederhana dengan ilmu yang berpanjangan malah pahala yang sentiada mengalir. Insyaallah. Tapi itulah mereka, bukan AKU. Aku gembira, apalagi mereka yang dulu lama menanti keputusan temuduga dan akhirnya esok merupakan detik bersejarah bagi mereka. Sungguh itu merupakan sebuah nikmat yang tidak dapat didustakan oleh seorang insan. Suka aku nasihatkan kepada anak-anak buahku, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang akan menuju kepada makna yang sama seperti tujuan aku menulis nukilan ini. Ibu-bapa jangan terlalu berharap, mentaliti ‘belajar sungguh-sungguh supaya dapat kerja bagus nanti’ sudah tidak relevan lagi sekarang. Biarlah belajar kerana Allah Ta’ala.

Dunia sudah berubah, kalaupun ingin melanjutkan pengajian kelak biarlah memilih program atau kos yang pasarannya luas namun jangan sesekali mengatakan kepada sesiapa sahaja bahawa kos itu ini tidak ada peluang kerjaya. Rezeki Allah dah tentukan, rezeki bukan saja berbentuk pekerjaan yang baik (kerajaan). Sentiasa lah berusaha dan bersyukur dengan apa yang dikecapi. Insyaallah, semuanya tidak akan sia-sia pasti ada ganjaran daripada Allah di atas usaha yang kita lakukan. Saya doakan semoga mereka yang akan melanjutkan pengajian walau di mana saja akan mendapat kerja tetap pada masa akan datang. Allah murahkan rezeki, ingat Allah, ingat orang tua. Hargai segala pengorbanan mereka. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com