SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Tuesday, 9 June 2020

Bedah lirik lagu SAYAP ILUSI (Wings)

Views
Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

“Penulis menjelaskan bahawasanya kita akan semakin dekat kepada Sang Pencipta yakni Allah swt apabila kita selalu bermuhasabah diri akan kesilapan yang dilakukan”

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu

"Penulis tidak rela jika Dia (Allah swt) disekutukan dan demi mempertahankan keesaan Allah beliau rela mati dan hancur seperti debu yang berterbangan"

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

"Tatkala kita sudah kenal akan cinta yang hakiki, tidak perlu kita ambil tahu akan kepalsuan cinta di dunia yang fana ini. Kerana itu, Penulis dihukum dengan kedustaan kerana perhitungannya adalah berdasarkan dunia semata”.

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

"Kita akan dianggap gila, asing, aneh dan pelik kerana cinta yang murni suci kepada Sang Pencipta oleh masyarakat. Biarkanlah kerana yang menenangkan jiwa insan itu adalah keikhlasan hati yang telah berpaut kepada Allah swt".

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya

"Seandainya kita sudah mengenali cinta yang sebenar, jangan diragukan lagi dan ditanyakan lagi. Sebaliknya, perbaiki amalan kita kerana itulah bekal apabila kita pulang nanti".

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

Lagu: Awie & Lirik: S. Amin Shahab -Sayap Ilusi-

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com