Hi guys!
Apa khabar? Hari ni nak cerita pasal nak ambil lesen. Kepada korg semua bahagian Pedalaman Bawah Sabah yang nak ambil lesen bolehlah pegi dekat Pusat Latihan Memandu Pedalaman Bawah Sdn Bhd. Staffnya kebanyakkan cewek guys! Tapi sayang masa aku pegi tu time Si Kobit so kena pakai mask la jawabnya. Yang bestnya, sampai-sampai jak sana terus disapa oleh staffnya suruh masuk. Siap bawa jalan pegi main office. Sungguh tinggi hospitality drg tau. Dari awal jak dah tau servicenya memang baik. Begitulah hidup. Adab kita dengan tetamu tu lebih aula (utama). So, sini aku share lah sikitnya kos/harga keseluruhan terkini dari 15 April 2019 untuk beberapa jenis lesen utama.
Gambar 1: Senarai harga terkini Pusat Latihan Memandu Pedalaman Bawah Sdn Bhd
Sori ya guys! Ni aku
snap jak, xda softcopy. Kalau ada boleh korang download untuk lebih mudah kan?
Sampai-sampai sana bagi jak terus. Lebih-lebih lagi time Covid-19 ni. Bayaran
tu boleh bayar masa antar borang pendaftaran tu atau masa ceramah nanti. Dia
bagi pilihan. Main office drg yang bangunan awal tu ya. Yang warna kelabu kalau
tak silap. Tadi nda sempat snap. Nanti lah aku update post ni, aku upload okay
..
Gambar 2: Borang Permohonan Pendaftaran Untuk Mengikuti Kursus Kelas KPP01
So, untuk korang yang
sekitar Beaufort, Menumbok, Kuala Penyu, Lumadan. Boleh lah daftar kat sini.
Kalau di Sipitang ada juga tu tapi lupa pula aku namanya. Alahhh! Korang gugel
jak bah hehe. BTW, latest yang aku tau untuk ambik ujian computer masih di
Sipitang ya guys! Insyaallah akan datang adalah di P.L.M.P.B Sdn Bhd.
Untuk Maklumat
lanjut:
No. Tel: 087 881 939 / 881 929 / 221 540 Email: plmpb_beaufort@yahoo.com
Gambar-gambar sekitar P.L.M.P.B Sdn Bhd daripada pelbagai sumber di Internet.
Hi guys, tanggal ni
aku sudah masuk KPP01 iaitu Ceramah selama 6 jam. Lama juga ya guys! Huhu
Penceramah dia lelaki masa aku tu, biasa jak santai bah. Dalam bilik tu kami
dalam 15 orang saja sebab social distancing kan. Seingat aku, cewek ada 2 orang
jak dalam group aku tu. BTW, kalau korang masuk bilik kuliah PLMB tu jangan
lupa buka kasut tau sebab ada carpet sana. Kami semua silap, semua kena suruh
buka letak dekat luar. Hehe. Kami mula jam 10 am, kalau ikut jam 9. Lama juga
lah menunggu sebab penceramah tu ada hal yang tak dapat dielakkan sebab tu dia
datang lambat. Kalau ikutkan, ada 2 orang penceramah untuk KPP01 tapi masa tu
dia seorang saja untuk sesi Pagi dan Petang. Makan minum tidak disediakan ya
guys! Hehe tapi sebelah bangunan tu ada jak cafe boleh makan sana. Murah,
makanan pun biasa saja.
So, sekarang aku
tengah tunggu booking Ujian Komputer pulak tapi ujiannya dibuat di RileksCom Sipitang
ya, penceramah tu cakap, drg dah minta supaya pihak Rilek buat di Daerah
Beaufort tapi sampai sekarang masih tanda tanya. Walaubagaimanapun, mereka
tetap berusaha mohon juga. Tapi tak apalah, Sipitang ndak jauh sangat pun
daripada KK. Hahaha. Okay guys, doakan aku lulus ar. Nanti dah lepas ujian, aku
share ya. Aku harap korang semua pun akan lulus juga lah ya.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya