SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2026!
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts

Thursday, 31 December 2020

Bagaimana sikap masyarakat menanggapi norma baharu?

Views

Tahun 2020 menyaksikan sangat banyak benda yang dunia alami. Kesan pandemic Covid 19 ini sememangnya mewujudkan norma baharu dalam interaksi manusia. Banyak sektor yang terjejas, dari ekonominya hinggalah ke aspek sosialnya. Perkara yang penulis ingin kongsikan di sini adalah berkaitan dengan sikap kita dalam menanggapi norma baharu ini khusus dalam sektor pendidikan.

Semua sedia maklum bahwa norma baharu menyebabkan pembelajaran pelajar sepenuhnya dalam talian. Oleh itu, banyak masa mereka diluangkan di rumah. Banyak masa belajar, masa terluang dengan keluar juga banyak sebab boleh berkumpul dengan adik beradik dan sebagainya. Namun apa yang membimbangkan adalah apakah kesan norma baru ini khususnya bagi pelajar terhadap tanggungjawab mereka sebagai anak di rumah? Bukankah masa ini lah mereka sepatutnya belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua?

Apa yang penulis nampak sebaliknya, pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Mengedit gambar, video, menonton tv dan mendengar lagu. Pendek kata, ada pelajar yang memegang smartphone dari pagi hingga ke Magrib. Habis cas, pegang sambil hp mereka bercas. Ini terbukti dengan status story yang dikongsikan di sosmed! Para guru mungkin tidak menyadarinya kerana mereka sudah menyetting kepada private. Ini lah yang sangat membimbangkan. Mana taknya, ibubapa juga terlalu berharap mereka yang memegang hp kononya belajar. Sebaliknya, mereka melayari internet dengan membuka website2 yang tidak senonoh.

Sehubungan dengan itu, penulis juga dapat mengesan ada pelajar yang sepenuh masa belajar dari pagi hingga lah ke petang sampai malam. Hanya sekadar berhenti untuk mandi, makan dan solat tanpa ada interaksi dengan masyarakat. Bukan kah ini melahirkan sikap seperti kera sumbang? Tidak salah belajar tapi biar smart bukan hard! Biasanya pelajar yang dikategori elit yang selalu begini. Belajar dah betul tapi kena lah ada jadual. Orang perempuan, ini lah masa mereka membantu ibu mereka dengan mengemas rumah, membasuh baju, menjemur kain, memasak dan sebagainya. Ambil lah masa bantu orang tua, jangan terlalu bersikap pentingkan diri.

Belajar menjadi pelajar yang boleh bekerja sebagai anak. Ini tidak, asyik belajar dari pagi sampailah ke malam non-stop. Ada pula yang asyik membaca al quran, siap bertaranum lagi dengan suara yang kuat sampai dengar ke jiran sebelah. Mengaji, bertilawah semua itu bagus, baik dapat pahala tapi ingat juga tanggungjawab sebagai anak. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Tidak relevan juga belajar hard kalau kita tidak sadar matlamat sebenar kita belajar. Kalau hajat nak dapat kerja bagus, memang sudah tidak relevan zaman sekarang. Belajarlah sambil-sambil minum air. Meskipun, kita tidak mampu mencapai gred yang terbaik sekurang-kurangnya kita tidak stress, malu atau kecewa pada masa akan datang. Kini, kerjaya tidak sepenuhnya bergantung kepada keputusan semata-mata.

So, penulis berharap para guru dapat memberi nasihat kepada para pelajar agar belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua. Pastikan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan hanya fokus belajar! Belajar! Tapi tidak bersukan. Ingat! Kerja dengan Perkhidmatan Awam mereka sangat mementingkan kecergasan bukan semata kecerdasan. Otak pandai pun kalau selau sakit tak juga boleh datang kerja kan. Kalau sakit mesti kerja pun jadi tidak effisien walaupun IQ tinggi!. Oleh itu, anak-anak semua, penulis berharap korang pastikan apa yang korang buat adalah relevan dengan kehidupan masa akan datang. Buang mindset, “nak belajar tinggi supaya kerja bagus”. Pendekatan ini sangat-sangat tidak relevan pada era ini. Sekian terima kasih. Hehe

Sunday, 4 October 2020

Peperiksaan PKP C19

Views

Gambar 1: Bulatan Masa, UUM

Kemunculan pandemik C19 menyebabkan seluruh dunia lumpuh khususnya dalam bidang ekonomi. Di Malaysia, sektor pendidikan juga terkena tempiasnya kerana pada awal PKP seluruh sekolah ditutup. Semua P & P dijalankan secara atas talian. Banyak rungutan para ibubapa. Penulis yakin dan percaya, pasti akan muncul suara-suara sumbang berkaitan keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan sebagainya. Prestasi anak-anak yang cemerlang sebelum ini dijangka akan terjejas bahkan mungkin merudum jauh daripada sasaran. Begitulah sikap ibu bapa dan penguasaan anak-anak dalam pelajaran yang tidak memahami akan hakikat kebaikan pembelajaran secara atas talian. Para pelajar tidak sadar akan pasaran kerja di luar sana yang semakin mencabar. Industri Revolusi 4.0 kini menjadikan pasaran di luar sana memerlukan kemahiran teknologi untuk melakukan pekerjaan. Semoga anak-anak kita mendapat masa depan yang cerah. Aminn

-18/02/1442- Isnin 11.15am

Friday, 17 July 2020

Bahagia melihat mereka

Views
Bismillah hirrahman nirrahim..
Segala puji dan puja hanya kepada Allah Jalla Jalaluh dan selawat serta salam kepada Baginda Nabi Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat baginda.

Malam ni, aku senang dan lapang dada untuk menulis entry yang bagi sesetengah orang boleh memotivasikan diri mereka agar mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Esok tanggal 15 Julai 2020, kebanyakkan sekolah sudah beroperasi sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seminggu bahkan lebih, para guru dan kakitangan sekolah sudah bersiap sedia melakukan dan melaksanakan semua bentuk SOP yang diperlukan. Tidak lupa juga simulasi SOP yang bakal dilalui oleh para pelajar. Ibu bapa turut diberi taklimat berkaitan dengan tindakan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan bagi kedua-dua belah pihak.

Sekilas terlihat para guru melakukan tunjuk cara SOP di sekolah lama ku, aku terlihat guru-guru baru, muda yang aku kira sebaya dengan aku. Aku senyum melihat mereka kerana mereka guru, mereka umuranku, mereka pernah belajar seperti ku dan pernah berharap untuk mendapatkan kerja yang bagus setelah keluar dari Universiti kelak. Namun, Allah itu maha adil. Ramai kawan-kawan ku yang sudah bekerjaya, berkereta sendiri, berumah tangga dan mempunya perniagaan sendiri. Semua itu rezeki. Aku? Aku masih di sini, dengan tidak bekerja, jomblo, hutang masih. Namun, aku tetap berusaha mencari kerja. Cara orang mencari kerja berbeza, ada yang secara walk in dan ada yang menggunakan sosmed sepenuhnya. Masing-masing ada sebab tersendiri dan aku memilih untuk mencari kerja sepenuhnya menggunakan medsos. Itu lah pilihan ku, namun majority belum faham akan hakikat sebenar. Aku nasihatkan kepada haters supaya memahami keadaan seorang dengan meletakkan situasi sendiri sebagai lapangan adalah salah dan tidak jelas.

Bahagianya melihat mereka senyum, bergurau senda gelak ketawa susah senang bersama mengharungi profesien yang diidamkan dari dulu. Penampilan yang menarik, keselesaan yang sederhana dengan ilmu yang berpanjangan malah pahala yang sentiada mengalir. Insyaallah. Tapi itulah mereka, bukan AKU. Aku gembira, apalagi mereka yang dulu lama menanti keputusan temuduga dan akhirnya esok merupakan detik bersejarah bagi mereka. Sungguh itu merupakan sebuah nikmat yang tidak dapat didustakan oleh seorang insan. Suka aku nasihatkan kepada anak-anak buahku, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang akan menuju kepada makna yang sama seperti tujuan aku menulis nukilan ini. Ibu-bapa jangan terlalu berharap, mentaliti ‘belajar sungguh-sungguh supaya dapat kerja bagus nanti’ sudah tidak relevan lagi sekarang. Biarlah belajar kerana Allah Ta’ala.

Dunia sudah berubah, kalaupun ingin melanjutkan pengajian kelak biarlah memilih program atau kos yang pasarannya luas namun jangan sesekali mengatakan kepada sesiapa sahaja bahawa kos itu ini tidak ada peluang kerjaya. Rezeki Allah dah tentukan, rezeki bukan saja berbentuk pekerjaan yang baik (kerajaan). Sentiasa lah berusaha dan bersyukur dengan apa yang dikecapi. Insyaallah, semuanya tidak akan sia-sia pasti ada ganjaran daripada Allah di atas usaha yang kita lakukan. Saya doakan semoga mereka yang akan melanjutkan pengajian walau di mana saja akan mendapat kerja tetap pada masa akan datang. Allah murahkan rezeki, ingat Allah, ingat orang tua. Hargai segala pengorbanan mereka. Insyaallah.

Thursday, 9 July 2020

Siapa Wahabiyy?

Views

27 SYAWAL 1441 HIJRAH / 20:25

Bismillah hirrahman nirrahim .. Segala puji bagi Allah Jalla Jalaluhu dan selawat serta salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga serta kibaru sahabah Baginda.

Entry kali ini, aku kisahkan perjalanan hidupku mengenal siapa mereka sebenarnya. Siapa mereka yang aku maksudkan adalah mereka yang so called dengan Pak Wahab, Salafi, Jihadiy. Al kisahnya bermula ketika aku di tahun 2 semasa mengaji di Sintok. Biasanya, aku akan pergi ke cafe pada waktu petang seusai kelas dan selalunya aku lepak dengan akak yang jual kuih di cafeteria tuh. Tapi pada ketika itu, aku bertabiat makan sorang di meja. Time aku makan tu, aku terlihat pula ada budak baru, muka baru yang makan di cafe tu. Macam biasa, aku kalau nampak orang baru sana memang aku tegur lah selama aku yakin dia pelajar. Hehehe. Lama juga aku dok perhati sebab orangnya berjanggut agak tebal dan rambut tebal huhu

Habis aku makan, aku pergi lah di meja dia. Sambil bawa pinggan aku, aku tak bagi tinggal ya bekas aku makan guys! Haha. Kalau di cafe tu memang yang kenal muka aku, nama mungkin bukan semua student tp kalau muka memang semua kenal, apa taknya kalau tiap hari ada di cafe tu. Semua biasa dengan aku, macamla drg panggil aku, Man laksa, Mat Sabah dan Malim. Yang mailm tu sebab gempa bumi di Ranau dulu tu. Berabis aku kana tanya semua pasal bencana tu sampai aku pun kena panggil Malim, yela kan masa tu viral pasal sorang Malim gunung yang terkorban sebab selamatkan pendaki tu. Huhhhu. Oppss! Sorii, panjang pula melalutnya haha. Okay, balik p cerita asalnya yaa.. Sampai aku di meja student tu, aku sapa la, first salam, tanya nama, asal mana, ambik kos apa dan stay di mana. Maksudnya DPP (Dewan Penginapan Pelajar), macam asramalah gitu. Nama dia aku tak ingat sudah, tapi rasanya aku friend dengan dia di facebook tapi nantilah aku cari huhu. Kalau mukanya memang aku ingat. Dia sebenarnya orang Indonesia tapi membesar di Saudi Arabia kemudian sambung study di Malaysia. Dri muka pun memang muka Melayu, aku ndak hairan juga masa tu.

Sembang punya sembang, sampailah ke isu Sambutan Maulid Nabi. Kebetulan masa tu ada sambutan Maulid Nabi, ala biasalah kita orang Melayu kan mesti ada perarakan bawa sepanduk sambil berselawat, berdzikir dan berzanji di jalanan. Sudah menjadi kebiasan Nusantara buat macam tu bukan Malaysia saja. Aku tanya lah dia, dia tak join ka pegi berarak sama. Sekali dia cakap, sambutan Maulid Nabi tu tiada dalam Islam, dan bukan budaya Islam. Itu budaya orang Nasrani. Aku pun terkedu dan terkesima. Apa taknya, aku pun baru lagi di Kedah dah dilemparkan dengan satu pandangan yang janggal aku dengar huhu. Masa tu, aku pikir, budak ni ada masalah kot. Fikiran sempit. Tapi tak cukup dengan tu, dia bagi dalil Hadith Nabi Saw. Baca pun mcm air saja, aku masih ingat hadith tu pasal bidd’ah tapi yela masa tu aku bukan tahu sangat pun dan tak ambil tahu sangat. Ya Allah! Jahilnya aku. Ampuni lah dosa-dosaku ya Allah.

Sempat juga masa tu aku berdebat dengan dia, aku cakap Maulid Nabi tu bid’ah hasanah. Aku mati-mati pertahankan bida’ah hasanah tu tapi dia pertahankan dengan dalil dan nas al Quran. Memang serius masa tu, last-last aku mengalah sebab dia tetamu sedang aku warganegara Malaysia, aku kena lah raih tetamu mmg dah’uruf begitu kan.Sakit juga lah hati masa tu tapi apakan dia, dia lama hidup di Negara Arab, cakap Arab pun macam air. Aku apa ada. Aduhaiii .. akan bersambunggg

 


Friday, 15 May 2020

Rezeki Allah Jalla Jalaluhu itu luas

Views

Indahnya kenangan tatkala dahulu kau hanya berjalan kaki namun kini kau sudah punya kerjaya tersendiri, kenderaan tersendiri dan kau berhasil membuat orang tua mu bahagia. Permulaannya kita sama namun hanya rezeki belum menyebelahi. Kini, malu jika terserempak dengan mu. Aku sama seperti dulu dan kau sudah menggapai semua impian yang kau dambakan. Moga ada pelajaran yang bisa dikutip daripada dunia yang tersisa ini.

-AT-

Friday, 31 January 2020

Pengaruh ibu bapa kepada masa depan pelajar

Views

Ada kewajaran bagi ibubapa yang bergembira dengan bantuan atau dana daripada kerajaan untuk para pelajar. Sebagai contoh biasiswa, wang awal persekolahan dan bantuan dana inspirasiku. Sebenarnya, bukan semua orang ada rezeki untuk mendapat sumber kewangan daripada pihak kerajaan kerana dengan wang tersebutlah dapat meringankan bebanan mereka. Walaubagaimanapun, masa yang terus berlalu memberi pengalaman berkaitan dengan masa depan dan pelajar. Ilmu memang sangat penting kepada manusia tetapi harus selari dengan perancangan masa depan anak-anak. Ketika anak-anak masih bersekolah para ibu bapa dan penjaga sangat sibuk bercerita tentang bantuan kewangan daripada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulis melihat ibu bapa perlu meliha lebih jauh, bukan bantuan semata para penjaga inginkan tetapi ketersediaan peluang pekerjaan kerana ramai pelajar yang cemerlang akhirnya terpaksa menganggur. Ini kerana, syarat utama biasiswa ketika sekolah menengah adalah prestasi pelajaran pelajar, jika keputusan cemerlang maka biasiswa akan diteruskan untuk masa akan datang.

Ini merupakan budaya dan amalan yang agak janggal kerana ketika zaman penulis dulu, syarat biasiswa berdasarkan taraf hidup keluarga pelajar. Manakala prestasi pelajaran anak-anak merupakan syarat yang kedua kerana ia bukan lah tujuan utama pemberian biasiswa tersebut. Jika di peringkat IPT, biasiswa kaedah ini boleh dikatakan relevan kerana mereka ada standard tersendiri sebagai contoh bagi peminjam PTPTN jika graduan mendapat Ijazah kelas pertama maka pinjaman tersebut tidak perlu dibayar. Ini merupakan bukti komitmen pelajar dalam belajar bersungguh-sungguh tapi jika dilihat lebih jauh kaedah ini belum cukup sempurna. Ramai juga graduan kelas pertama belum mendapat pekerjaan kerana keterbatasan pasaran kerja khususnya di Malaysia. Sekarang dunia sudah menuju Revolusi 4.0 di mana semua pekerjaan melibatkan tenaga buruh mahir tidak hanya akademik semata-mata. Berdasarkan pengalaman penulis, kerjaya yang tetap relevan dari segi pasaran kerja hingga kini adalah guru, jururawat, teknologi, engineering dan komunikasi. Namun, penulis bukanlah bermaksud memutuskan bahawa selain profesion di atas tidak ada peluang kerja. Tidak semua orang punya gaji tapi Allah swt sudah tetapkan semua makhluk pasti punya rezeki.

Penulis berharap, ibu bapa lebih bijak ketika berbicara kerana perbandingan ketika zaman remaja mereka dengan anak-anak mereka sangat jauh berbeza. Tidak perlu meremehkan graduan yang bekerja sebagai pelayan restaurant, security dan sebagainya dengan membandingkan diri mereka. Dulu keperluan tidak seperti keperluan sekarang, zaman berubah, dunia berubah semuanya saling memerlukan. Jika dulu air sungai boleh diminum, sekarang tidak. Kenapa? Dulu air sungai jernih sekarang keruh, tak perlu sembang perkara yang sudah tidak relevan ketika ini. Isu sebeginilah yang menunjukkan kebodohan dan ketergesaan para ibu bapa dalam memberi semangat kepada anak-anak mereka. Trend terkini, dilihat ibubapa berpendapat bahawa tiada keperluan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, hanya sekadar SPM sudah mencukupi kerana pasaran kerja di Malaysia sangat terhad. Namun, perlu diingatkan masa hadapan perubahan akan lebih signifikan oleh itu anak-anak perlu pendidikan yang lebih jauh kerana banyak ilmu yang perlu dikuasai. Lebih-lebih lagi zaman ini merupakan dunia akhir zaman. Adalah lebih baik diperkuatkan ilmu akhirat kerana jika dunia yang dicari pasti akhirat amat sukar untuk digapai. Biar rugi di dunia, jangan sampai merana di akhirat destinasi yang terakhir bagi umat manusia. Semoga kita semua berada di landasan yang benar. Wallahu’alam.

Wednesday, 22 January 2020

Antara remaja dan angan-angan

Views
Dalam beribu-ribu kenangan, zaman remaja merupakan zaman yang terindah dalam kehidupan manusia. Remaja kalau mengikut standard pemahaman anak-anak muda jaman now ialah kanak-anak yang dikesan telah jauh daripada realiti kehidupan tanpa gajet. Dunia semakin maju sekarang, anak-anak pun makin maju, maju dari segi apa? Apalagi, permainan, gajet, ideologi, bahasa tapi sayang majoriti akhlak dan perlakuan sangat memalukan. Ini yang mengusarkan para ibu bapa anak jaman now. Tapi yang bidanya lagi, ibu bapa ikut-ikutan gaya anak-anak jaman now. Apa yang paling sadis, ibu bapa sekarang sangat mementingkan wang, kerjaya dan nama dalam kalangan anak-anak mereka. Bukannya pendidikan tapi maksudnya di sini bukan pendidikan akademik semata tapi pendidikan akhlak dan perangai. Percuma anak straight A’s tapi akhlak ntah ke mana. Itu lah yang dibangga-banggakan oleh orang tua anak jaman now. So, orang tua jaman now pun kena ambil tahulah isu semasa yang berkaitan dengan remaja, khususnya dalam aspek pekerjaan.

Bila dikaitkan dengan angan-angan,memang sangat menarik sebab dulu-dulu anak-anak memang pandai juga berangan-angan tapi angan-angan durang santai saja. Contohnya,angan-angan mau pergi Bandar besar, naik kapal terbang, pegi pantai, Yelah budak-budak kampung, angan-angan pun nampak kampung tapi sangat objektif. Tapi sayangnya, anak-anak jaman now, angan-angan durang lain pula. Contoh dalam bidang akademik, mau jadi yang terbaik dalam pelajaran. Mau belajar kunun bagus-bagus pastu dapat kerja bagus boleh bantu keluarga. Hello! Korang ingat ini zaman Tan Sri P. Ramle ka. Ini zaman revolusi industri lah geng! Zaman dunia nak sampai kemuncak yang sangat dalam teknologi canggih. Macam pos skg pun ada cadangan guna drone sudah hantar barang. Kerja bahagian khidmat pelanggan pun bakal dinyahkan daripada kehidupan ini. Then, anak-anak yang pandai dalam banyak subjek tu nak kerja apa. Buat bisnes? Boleh saja janji tahan hati, kalau hati mcm tisu, sikit-sikit koyak. Kita sarankan, jangan lah teruskan saja berkhidmat kepada masyarakat kampung.

Maknanya, dunia skg menuju kepada kehidupan bersistem yang dikawal oleh sistem itu sendiri. Apa kaitan dengan angan-angan anak sekarang? Yaa memang ada kaitan sebab persaingan skg semakin tinggi khususnya dalam bidang pekerjaan. Sekarang dunia sudah menuju ke arah tenaga kerja mahir bukan sekadar hafal buku. Kalau hafal Al Quran dan Hadis okay lah. Itu pun kena ada guru apabila belajar agama bukannya belajar dengan Syeikh Google dan Youtube. Ingat! Zaman ni zaman fitnah, zaman nak kiamat dah. Anak-anak jaman now jangan terlalu berangan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik berbekalkan ilmu dunia semata. Bahkan, dijangkakan tahun 2020 masalah depresi akan meningkat, perkata ini sangat berbahaya sebenarnya. Belajar untuk hidup untuk menjadi hamba yang patuh kepadanya. Benar. Bukan semua orang ada gaji tapi Allah dah tetapkan semua makhluk yang ada di muka bumi pasti punya rezeki. So, jangan lah bersedih. Wallahu’alam.

Tuesday, 15 October 2019

Terasa macam ada yang kurang

Views


Bismillah..

Baiklah, hari ni baru ada masa nak menaip hehe. Maklum lah sibuk dengan kerja, nak tau kerja apa? Yelah macam biasa, kerja sepenuh masa mencari kerja. Korang faham tak? Hehe.. Yang tak faham, buat-buat faham je lah. Hmm! Cerita dia macam ni, hari tu kan tanggal berapa ntah aku pun tak ingat, nanti aku ingat aku bagitau jelah dengan korang. Time tu kan, aku baru siap memprint di kedai print dekat kedai papan di Beaufort tuh. Nama kedai tu, aku lupa walaupun boleh dikatakan tiap minggu mesti ada jak benda nak print kat sana, sampai staf kedai tu semua kenal dengan aku. Asal Nampak muka aku mesti nak fotostate sijil, tak pun memprint haha.. Begitulah, keadaan diri ni yang masih belum ada rezeki mendapat pekerjaan namun tetap tidak mengalah. Orang kata, zaman study lah zaman paling indah dalam hidup tapi apabila dah kerja bermulalah kehidupan sebenar! Yes! Aku setuju tapi sebenarnya tempoh kita mencari kerja ni pun sebenarnya kenangan yang manis. Sebagi contoh, berbulan tiada panggilan interview. Sekali dapat, dia punya excited lain macam. By the way, hanya yang pernah merasainya saja boleh memahami akan perasaan itu. Kalau yang habis jak graduated, terus dapat kerja excited dia kot jalan lain pulak.

Okaylah, sambung. Melalut lah pula haha. Masa tu, aku p kedai tu sebab nak print sijil dengan resume sebab nak buat permohonan kerja yang perlu dihantar secara pos dan persediaan temuduga aku hari ni 15 Oktober 2019. Temuduga Jabatan Keretapi Negeri Sabah sebagai Pembantu Awam Gred H11 di Gem Hotel, Beaufort. Time tu actually, aku dah siap semua print tapi bila nak balik tuh aku jalan jak terus p parking padahal helmet aku dok tinggai di atas meja kedai print tu. Memang tak ingat langsung, mungkin sebab fokus sangat nak mohon kerja. Naik-naik jak motor, terus jalan. Bila jalan tu aku rasa macam something wrong. Macam ada yang kurang, masa jalan tu, sempat juga aku tengok-tengok orang. Aku nampak lah cewek dok bermotor senyum kat aku. Wahh! Aku pikir, mantul juga ni ada cewe senyum sama ku tapi tak tau kenapa. Bila aku tengok kat cermin motor, Mak ai! Helmet taraa daa! Huhu.. Sudah patah balik, nasib lah tak jauh. Kalau pun jauh, memang aku patah balik juga even ada roadblock haha. Bukan aku xda helmet tapi helmet tertinggal jak bah.

First time lah aku lupa helmet, ada jugak dulu tuh helmet pakai tapi lupa nak tie! Memang bahaya doh! Sampai rumah baru perasaan. Bahaya! Okay lah pastu kan aku p kedai tu balik ambil helmet tu, pastu aku jalan jumpa lagi cewek yang senyum tu, so aku tau dia senyum sebab apa. Sebenarnya, dia senyum tadi sebab aku xda pakai helmet rupanya. Bukan sebab aku mantul bukan kaleng-kaleng orangnya. Rasa berterima kasih juga dekat cewek tu sebab Allah bagi hint kat aku melalui cewek tu then aku tengok cermin. Kalau bab bang JPJ tu memang dah serik dah sebab tempoh hari kena saman kan hahaha. So, kepada sahabat-sahabat rider atau runner di luar sana, sebelum jalan pastikan kepala berhelmet dan tali tu dah ikat ya. Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa, kalau ada orang ingatkan alhamdullillah. Itu lah perlu double check, bila mana kita dalam kelam kabut, memang kadang-kadang kita terlupa. Kepada masyarakat di luar sana juga, kalau nampak tegur-tegurlah yaa. Bahaya sangat! Kalau kereta okay juga sebab kalau motor contohnya, tali tak ikat kalau terjatuh kepala terhempas. Memang calar lah, confirm! Tapi kalau terhempasnya kuat pastu terlanggar kenderaan lain lagi. Palis-palis! Jauh-jauh! Bahaya tau!

Tuesday, 1 October 2019

Kehidupan: Sebuah rujukan Insan

Views
NO
SURAH
CHAPTER
VERSE
1
AL HIJR (PURITY OF HOLY QURAN)
15
9

AL FURQAN
25
61

                                                          ALE ‘IMRAN
3
64

AR RA’D (EVERY AGE WE SENT QITAB)
13
38
5
AL BAQARAH (THOSE WROTE THE WORD)
2
79

ALE ‘IMRAN (MARYAM)
3
42

AN NISSAK
4
22-24

AL ISRAA’ (HAQ @BATIL)
17
81

AL BAQARAH
2
255
10
AL MA’IDAH (HUKUMAN MENCURI)
5
38

NUR (AURAT)
24
30-31

AL AHZAB (AURAT)
33
59

AL MULK (LIFE IS A TEST)
67
2
15
AL AN BIYAAK (BIOLOGY)
21
30

AN NAAZ’AAT (THE EARTH FORM)
79
30

AL FURQAN (MOON & STARS)
25
61

AL AN BIYAAK (THE ROTATION OF SUN)
21
33



AZ ZUMAR
AR RUM
AL HIJR
AL MUKMINUUN
AN NUR
AN NABA’
AL A’RAAF
AR RA’D
AL FURQAN
YAASIN
FAATHIR
AL JAATSIYAH
QAAF
AL WAAQI’AH
ATH THAARIQ


39
30
15
23
24
78
7
13
25
36
35
45
50
56
86

21
24&48
22
18
43
14
57
17
48-49
34
9
5
9-10
67-70
11



20

AN NABA’
AL AN BIYAAK
AL FURQAN (AIR TAWAR & MASIN)

78
21
25

7-8
30
53


AR RA’D (BOTANI)
13
3

TAAHAA
20
53

AL AN’AM (ZOOLOGY)
6
38

AN NAHL (MADU LEBAH)
16
68-69

AL ANKABUUT:BEE (THE LIFESTYLE OF SPIDER)
AN NAML:ANT (THE LIFESTYLE OF ANT)
AN NAJM:STAR (GENETIC)
29
27
53
41
17-18
45-46

AL QIYAAMAH:KIAMAT (GENETIC)
75
37-39

AL ‘ALAQ:SEGUMPAL DARAH (EMBRIOLOGY)
96
2

AL MUKMINUUN (STAGES OF EMBRIOLOGY)
23
12-14

AL QIYAAMAH (THE COLLECTION OF HUMAN BEING BONES)
75
3-4

ALE ‘IMRAN (JANGAN BERPECAH BELAH)
3
103

ALE ‘IMRAN (RELIGIOUS DISCUSSION)
3
64

ALE ‘IMRAN (ONLY ISLAM ACCEPTED BY ALLAH)
3
19

FAATHIR (SEMUA KAUM DIUTUS NABI)
35
24

AR RA’D
13
7

AN NISSAK (THE PROOF THAT ISA WAS NOT DIE)
4
157

AL AN BIYA’ (KEADILAN HARI PERHITUNGAN)
21
47

AL AN BIYA’ (IBRAHIM DISELAMATKAN DALAM API)
21
69

AL AN BIYA’ (MUHAMMAD RAHMAT SELURUH ALAM)
21
107

AL HAJJ (DASYATNYA QIAMAT)
22
1-2

AL MA’DAH (ARAK,JUDI,BERHALA HARAM)
5
90

AL SAFF (ABOUT JESUS)
61
6

ALE’IMRAN (ABOUT JESUS)
3
49

ALE’IMRAN (HELPED BY THE ANGEL)
3
125

AL ANFAL (HELPED IN A BATTLE OF BADAR)
8
8-9

AN NISSAK (ALLAH IS NEVER UNJUST)
4
40

AL GASYIYAH (ONLY ALLAH CAN GIVE HIDAYAH)
88
21-22

AL INSYIRAH (AFFLICTION FOLLOWED BY PLEASURE
94
5-6

AL BAQARAH (QIBLAT)
2
144

AL BAQARAH (NO FORCE IN RELIGION:ISLAM)
2
256

AL GASYIYAH (WE ONLY DELIVER THE MESSAGE)
88
21

AL BAQARAH (QISAS)
2
178

AL MA’DAH (DEATH PENALTY)
5
32

AN NISSAK (MARRIAGE)
4
3

FUSSILAT (ALLAH WILL SHOW THE SIGNS)
41
53

AL HUJURAT (CHECK INFO BEFORE SPREAD IT)
49
6

AL HUJURAT (MUSLIM ARE BRETHREN)
49
10

AS SAFF (JESUS SENT FOR ISRAEL ONLY)
61
6

AL MA’IDAH (ALCHOHOL IS HARAM)
5
90

IBRAHIM (QURAN FOR THE WHOLE HUMANITY)
14
1&52

AL BAQARAH (QURAN SENT TO THE WHOLE PEOPLE)
2
185

AZ ZUMAR (QURAN IS FOR ALL HUMANITY)
39
41

AS SABA’ (MUHAMMAD WAS SENT FOR THE WHOLE HUMANITY)
34
28

AL MA’DAH (ABOUT THE TRINITY)
5
171

AL BAQARAH (NO COMPULSION IN EMBRACE ISLAM)
2
256

ASY-SYUURA (ALLAH IS NOTHING LIKE HIM)
42
11

AN-NISAA' (THE BIGGEST SIN IS SYIRIK)
4
48

MUHAMMAD
47
38

AL’ASR (ABOUT THE TIME)
103
1-3

AL FATAH
48
28

AL KAHFI (YANG ADA DI BUMI CUMA PERHIASAN SEBAGAI UJIAN)
18
7

AL AN’AM (DO NOT BE DIVIDE)
6
159
NO
BOOK
CHAPTER
VERSE



GOSPEL OF JOHN


14
10
5
16
8
28
29
30
12-14
32






GOSPEL OF MATHEW

12
5
15
5
13
5
10
15

28
17-20
25
38
57
17
5-6
24


GOSPLE OF LUKE
11
20

BOOK OF ACTS
2
22

BOOK OF DEUTERONOMY (AURAT)
BOOK OF DEUTRONOMY (DON’T EAT PORK)
22
14
5
8

BOOK OF PROVERBS (DON’T DRINK ALCHOHOL)
20
1

BOOK OF LEVITICUS (DON’T EAT PORK)
11
7-8

BOOK OF ISAIAH (DON’T EAT PORK)
65
2-5

BOOK OF EZEKIEL (ORIGINAL SIN)
18
20

BOOK OF MARK (OUR GOD IS ONLY ONE)
12
29

                           GOSPEL OF LUKE (JESUS WAS CIRCUMCISED)   
2
21

BOOK OF EPHESIANS (NOT TO BE DRUNK)
5
18




TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com