Dalam
beribu-ribu kenangan, zaman remaja merupakan zaman yang terindah dalam
kehidupan manusia. Remaja kalau mengikut standard pemahaman anak-anak muda
jaman now ialah kanak-anak yang dikesan telah jauh daripada realiti kehidupan
tanpa gajet. Dunia semakin maju sekarang, anak-anak pun makin maju, maju dari
segi apa? Apalagi, permainan, gajet, ideologi, bahasa tapi sayang majoriti
akhlak dan perlakuan sangat memalukan. Ini yang mengusarkan para ibu bapa anak
jaman now. Tapi yang bidanya lagi, ibu bapa ikut-ikutan gaya anak-anak jaman
now. Apa yang paling sadis, ibu bapa sekarang sangat mementingkan wang, kerjaya
dan nama dalam kalangan anak-anak mereka. Bukannya pendidikan tapi maksudnya di
sini bukan pendidikan akademik semata tapi pendidikan akhlak dan perangai.
Percuma anak straight A’s tapi akhlak ntah ke mana. Itu lah yang
dibangga-banggakan oleh orang tua anak jaman now. So, orang tua jaman now pun
kena ambil tahulah isu semasa yang berkaitan dengan remaja, khususnya dalam
aspek pekerjaan.
Bila dikaitkan
dengan angan-angan,memang sangat menarik sebab dulu-dulu anak-anak memang
pandai juga berangan-angan tapi angan-angan durang santai saja.
Contohnya,angan-angan mau pergi Bandar besar, naik kapal terbang, pegi pantai,
Yelah budak-budak kampung, angan-angan pun nampak kampung tapi sangat objektif.
Tapi sayangnya, anak-anak jaman now, angan-angan durang lain pula. Contoh dalam
bidang akademik, mau jadi yang terbaik dalam pelajaran. Mau belajar kunun
bagus-bagus pastu dapat kerja bagus boleh bantu keluarga. Hello! Korang ingat
ini zaman Tan Sri P. Ramle ka. Ini zaman revolusi industri lah geng! Zaman
dunia nak sampai kemuncak yang sangat dalam teknologi canggih. Macam pos skg
pun ada cadangan guna drone sudah hantar barang. Kerja bahagian khidmat pelanggan
pun bakal dinyahkan daripada kehidupan ini. Then, anak-anak yang pandai dalam
banyak subjek tu nak kerja apa. Buat bisnes? Boleh saja janji tahan hati, kalau
hati mcm tisu, sikit-sikit koyak. Kita sarankan, jangan lah teruskan saja
berkhidmat kepada masyarakat kampung.
Maknanya,
dunia skg menuju kepada kehidupan bersistem yang dikawal oleh sistem itu
sendiri. Apa kaitan dengan angan-angan anak sekarang? Yaa memang ada kaitan
sebab persaingan skg semakin tinggi khususnya dalam bidang pekerjaan. Sekarang
dunia sudah menuju ke arah tenaga kerja mahir bukan sekadar hafal buku. Kalau
hafal Al Quran dan Hadis okay lah. Itu pun kena ada guru apabila belajar agama
bukannya belajar dengan Syeikh Google dan Youtube. Ingat! Zaman ni zaman
fitnah, zaman nak kiamat dah. Anak-anak jaman now jangan terlalu berangan untuk
mendapat kehidupan yang lebih baik berbekalkan ilmu dunia semata. Bahkan,
dijangkakan tahun 2020 masalah depresi akan meningkat, perkata ini sangat
berbahaya sebenarnya. Belajar untuk hidup untuk menjadi hamba yang patuh
kepadanya. Benar. Bukan semua orang ada gaji tapi Allah dah tetapkan semua
makhluk yang ada di muka bumi pasti punya rezeki. So, jangan lah bersedih. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya