SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Thursday, 9 January 2020

Kematian Jeneral Tertinggi Elit Iran Qasim Suleiman

Views
KEMATIAN PANGLIMA TERTINGGI ELIT IRAN JENERAL QASIM SULEIMAN VS KEGEMBIRAN RAKYAT SURIAH-PALESTIN

Ketika ini, dunia hangat memperkatakan tentang kematian Jeneral Qasim Suleiman. Ada yang menzahirkan kegembiraan atas kematiannya sementara tidak kurang juga yang bersedih akan kematiannya.

Bagi Muslim (Sunni), analisis haruslah berdasarkan fakta dan statistik dalam kerangka sumber yang utama (authentic) iaitu Al Quran dan Hadith (Sunnah) Nabi saw. Di Malaysia, ada segelintir rakyat termasuk pemimpin parti politik tertentu yang bersedih atas kematian Jeneral Qasim Suleiman yang mati dalam serangan bom baru-baru ini. Bagi rakyat Suriah dan Palestin, wajar bagi mereka bergembira akan kematian Jeneral tersebut kerana dia merupakan dalang yang bertanggungjawab membantu rejim Bashar Al Assad dalam menzalimi rakyat Suriah. Rakyat Suriah lebih tahu akan keadaan konflik sebenar di sana kerana mereka berada dalam situasi tersebut sedang kita sekadar berteori konspirasi, kurang praktikalnya. Iran dijangka ‘take revenge’ kepada US berikutan hal tersebut then kita akan tahu di mana posisi Iran sebenarnya yang kononnya harapan negara Islam.

Masyarakat antarabangsa ada yang menyokong US manakala ada juga yang menyokong Iran. Tak mengapalah, itu pandangan masing-masing berdasarkan kepentingan politik, ekonomi dan sebagainya. Namun, sebagai Muslim dan negara Islam, negara perlu mengutamakan agama Islam berbanding politik kerana percaturan ini melibatkan kuasa besar dunia. Secara peribadi, saya mengecam akan perkara ini tetapi tidak menyokong mana-mana pihak sama ada US mahupun Iran kerana kedua-dua negara ini merupakan musuh Islam yang jelas. Iran merupakan negara Syiah, bagi kita Sunni harus faham akan perkara ini. Kita perlu menyokong saudara kita yang dizalimi dan ditindas khususnya Suriah dan Palestin walau atas aspek apa sekalipun. Di peringkat negara Malaysia, sebagai langkah pencegahan ada wajarnya didokumentasikan dalam perlembagaan bahawasanya hanya Agama Islam (Ahlussunnahwaljamaah) saja yang dibenarkan diamalkan dan disebarkan. Jika di Iran, negara tersebut menetapkan Syiah sebagai agama rasmi mereka sejak Revolusi Iran 1979 oleh Khomeini.

Iran kononnya satu negara Islam yang berani sound US tapi sebaliknya 2 negara ini merupakan sekutu utama sedang dunia tidak menyadarinya. Kalau betul Iran ingin membela Islam, bila masa Iran membantu Suriah dan Palestin. Bahkan kedua-dua negara ini Suriah dan Palestin dikelilingi oleh negara Arab tapi semua pun diam x kata apa-apa sebab nak jaga periuk nasi masing-masing. OIC,GCC semua tiada fungsi. Meeting saja melulu, tindakan tiada sebab ada ‘abg besar’ sedang memerhati mereka. Lawan sikit, habis. Tengoklah apa jadi dulu tahun 2017, Qatar diboikot oleh 5 buah negara2 Islam sendiri semuanya atas arahan ‘abg besar’. Kenapa Qatar  yang kena? Sebab rekod Qatar baik dalam mewarnai politik Palestin dan Suriah. Ada media dunia heboh, CNN BBC? Tak perlu sembanglah sebab media depa punya. KL SUMMIT 2019?? Malas nak ulas lagipun takut nak ulas. Nanti masuk cerita pelik-pelik pula. Doa semoga ketegangan di Timur Tengah akan kembali redah.

Al Jazerah satu-satunya media yang telus dalam membongkar segala dakyah US dan sekutu (Muslim Countries) melalui proksi-proksinya, so tidak dinafikan Qatar menjadi mangsa labelan ‘terrorist’. Last2, Turki juga bantu Qatar. Goyanglah Saudi, Turki-US mana berkawan, on paper okaylah. Haha.. Ini cerita dulu lah. Back to the point, bagi saya isu US-IRAN ini merupakan sandiwara (kambing hitam) US saja sebab US akan pilihanraya tidak lama lagi. Jika peperangan berlaku, maka kesan paling mengerikan adalah kenaikan harga minyak. Kalau harga minyak meningkat, semua barang akan meningkat maka meragamlah rakyat. Nah,di situlah retorik politik (drama) bermula. Akhir kalam, kita doakan saudara kita yang dizalimi di Suriah-Palestin dan di seluruh dunia tabah, diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Marilah kita renungi bersama-sama firman Allah SWT QS: An-Nisa: Ayat 93). Wallahualam. -AT-

"Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya."

Sekadar pandangan peribadi, silakan berbeza dan meraihkan perbezaan. 


1 comment:

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com