Kebelakangan ini, isu konfilik di Timur Tengah khususnya di Suriah dan Palestin semakin hangat diperkatakan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
2 pandangan Utama:
Penulis nyatakan awal-awal di sini, Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan
bahawa Ideologi Syiah adalah
menyeleweng dan bercanggah dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
1)
Golongan yang menolak Syiah (Akidah)
2)
Golongan yang menerima Syiah (Politik)
Bagi golongan
pertama, mereka tidak ingin bergabung dengan Iran sebab mereka merupakan syiah
yang telah menghancurkan negara Islam seperti Iraq, Libya dan Mesir. Jika mereka
menyokong bermakna, mereka telah mengkhianati saudara Islam yang dibantai oleh
Syiah Nusayriah-Alawiyah di Suriah dan Iraq. Mereka juga berhujah bahawa usaha damai
Sunni-Syiah merupakan jalan yang tiada penghujung kerana sumber rujukan mereka
bukan daripada sumber rujukan Ahli Sunnah Waljamaah. Bahkan, kelompok ini juga
menyatakan bahawa usaha ini merupakan prinsip ‘taqiyyah’ yang dimainkan oleh
orang syiah untuk menjatuhkan masyarakat Islam sunni. Perlu diingatkan bahawa
Sejarah membuktikan Syiah merupakan fahaman/agama yang dicipta oleh Abdullah
bin Saba’ seorang yang Yahudi.
Golongan
kedua menyatakan bahawa semua negara Islam perlu menyokong Iran bagi menentang
Israel kerana Iran sebuah negara yang besar. Iran saja yang berani sound
Amerika dan Israel. Lain-lain negara Islam tidak. Atau, mungkin saja tidak
berani kerana terpaksa ikut telunjuk abg besar dalam pengolakan politik
antarabangsa. Revolusi Iran 1979 yang dicetuskan oleh Khomeini merupakan sebuah
cetusan api kebangkitan Islam yang sangat memberikan impak kepada dunia Islam
ketika itu. Bahkan Amerika juga terkejut beruk mendengar Khomeini berhasil
menggulingkan kerajaan diktator Syah Redza Pahlavi yang memerintah sejak 1925.
Tapi
bagaimana dengan Saudi Arabia? Kenapa bukan Saudi yang jadi leader dalam Isu
ni?
Baiklah.
Saudi boleh dikatakan layak jadi ketua tapi masalahnya Saudi mempunyai
perjanjian dengan Amerika dan terhutang budi dengan Amerika sejak tertubuhnya
negara Saudi oleh Ibnu Saud dan Abdullah Abdul Wahhab. So, tak hairan lah kalau
Saudi pun menyokong Israel dalam pendudukan Israel di Tanah Palestin. Pada Jun
2017, Saudi antara 5 negara yang melabelkan Qatar sebagai pengganasa. Sementara
pada tahun 2010 (Arab Spring), Mesir pula menyatakan bahawa pergerakan Ikhwanul
Muslimin di Mesir sebagai ancaman keganasan.
Tatkala
Palestin ditindas oleh Israel. Di mana negara-negara Islam? Kenapa perlu kita
memohon orang luar untuk membantu kita? Bukankah Allah berfirman:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah:
“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya
jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka
Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (QS. Al-Baqarah:
120)
Baru-baru
ini, seorang tokoh ulama daripada PAS menyatakan pendirian bahawa negara-negara
Islam perlu bersatu dengan Republik Iran untuk melawan Amerika-Israel. Isu ini
menjadi polimek dalam kalangan rakyat Malaysia kerana fatwa kebangsaan telah
mengharamkan fahaman syiah disebarkan di Malaysia dalam apa juga bentuk.
Maknanya, perkara ini akan membuka ruang kepada penganut syiah Malaysia untuk
membangkitkan semangat syiah di Malaysia. Keadaan ini yang dibimbangkan oleh
para akademik, alim ulama dan rakyat Malaysia khususnya. -bersambung-
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya