Ada
kewajaran bagi ibubapa yang bergembira dengan bantuan atau dana daripada
kerajaan untuk para pelajar. Sebagai contoh biasiswa, wang awal persekolahan
dan bantuan dana inspirasiku. Sebenarnya, bukan semua orang ada rezeki untuk
mendapat sumber kewangan daripada pihak kerajaan kerana dengan wang tersebutlah
dapat meringankan bebanan mereka. Walaubagaimanapun, masa yang terus berlalu
memberi pengalaman berkaitan dengan masa depan dan pelajar. Ilmu memang sangat
penting kepada manusia tetapi harus selari dengan perancangan masa depan
anak-anak. Ketika anak-anak masih bersekolah para ibu bapa dan penjaga sangat
sibuk bercerita tentang bantuan kewangan daripada kerajaan khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulis melihat ibu bapa perlu meliha lebih
jauh, bukan bantuan semata para penjaga inginkan tetapi ketersediaan peluang
pekerjaan kerana ramai pelajar yang cemerlang akhirnya terpaksa menganggur. Ini
kerana, syarat utama biasiswa ketika sekolah menengah adalah prestasi pelajaran
pelajar, jika keputusan cemerlang maka biasiswa akan diteruskan untuk masa akan
datang.
Ini
merupakan budaya dan amalan yang agak janggal kerana ketika zaman penulis dulu,
syarat biasiswa berdasarkan taraf hidup keluarga pelajar. Manakala prestasi
pelajaran anak-anak merupakan syarat yang kedua kerana ia bukan lah tujuan
utama pemberian biasiswa tersebut. Jika di peringkat IPT, biasiswa kaedah ini
boleh dikatakan relevan kerana mereka ada standard tersendiri sebagai contoh
bagi peminjam PTPTN jika graduan mendapat Ijazah kelas pertama maka pinjaman
tersebut tidak perlu dibayar. Ini merupakan bukti komitmen pelajar dalam
belajar bersungguh-sungguh tapi jika dilihat lebih jauh kaedah ini belum cukup
sempurna. Ramai juga graduan kelas pertama belum mendapat pekerjaan kerana keterbatasan
pasaran kerja khususnya di Malaysia. Sekarang dunia sudah menuju Revolusi 4.0
di mana semua pekerjaan melibatkan tenaga buruh mahir tidak hanya akademik
semata-mata. Berdasarkan pengalaman penulis, kerjaya yang tetap relevan dari
segi pasaran kerja hingga kini adalah guru, jururawat, teknologi, engineering dan
komunikasi. Namun, penulis bukanlah bermaksud memutuskan bahawa selain profesion
di atas tidak ada peluang kerja. Tidak semua orang punya gaji tapi Allah swt
sudah tetapkan semua makhluk pasti punya rezeki.
Penulis
berharap, ibu bapa lebih bijak ketika berbicara kerana perbandingan ketika
zaman remaja mereka dengan anak-anak mereka sangat jauh berbeza. Tidak perlu
meremehkan graduan yang bekerja sebagai pelayan restaurant, security dan sebagainya dengan
membandingkan diri mereka. Dulu keperluan tidak seperti keperluan sekarang,
zaman berubah, dunia berubah semuanya saling memerlukan. Jika dulu air sungai
boleh diminum, sekarang tidak. Kenapa? Dulu air sungai jernih sekarang keruh,
tak perlu sembang perkara yang sudah tidak relevan ketika ini. Isu sebeginilah
yang menunjukkan kebodohan dan ketergesaan para ibu bapa dalam memberi semangat
kepada anak-anak mereka. Trend terkini, dilihat ibubapa berpendapat bahawa
tiada keperluan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, hanya sekadar SPM
sudah mencukupi kerana pasaran kerja di Malaysia sangat terhad. Namun, perlu
diingatkan masa hadapan perubahan akan lebih signifikan oleh itu anak-anak
perlu pendidikan yang lebih jauh kerana banyak ilmu yang perlu dikuasai.
Lebih-lebih lagi zaman ini merupakan dunia akhir zaman. Adalah lebih baik
diperkuatkan ilmu akhirat kerana jika dunia yang dicari pasti akhirat amat
sukar untuk digapai. Biar rugi di dunia, jangan sampai merana di akhirat
destinasi yang terakhir bagi umat manusia. Semoga kita semua berada di landasan
yang benar. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya