Tahun 2020 menyaksikan sangat banyak benda yang
dunia alami. Kesan pandemic Covid 19 ini sememangnya mewujudkan norma baharu
dalam interaksi manusia. Banyak sektor yang terjejas, dari ekonominya hinggalah
ke aspek sosialnya. Perkara yang penulis ingin kongsikan di sini adalah
berkaitan dengan sikap kita dalam menanggapi norma baharu ini khusus dalam
sektor pendidikan.
Semua sedia maklum bahwa norma baharu menyebabkan
pembelajaran pelajar sepenuhnya dalam talian. Oleh itu, banyak masa mereka diluangkan
di rumah. Banyak masa belajar, masa terluang dengan keluar juga banyak sebab
boleh berkumpul dengan adik beradik dan sebagainya. Namun apa yang
membimbangkan adalah apakah kesan norma baru ini khususnya bagi pelajar
terhadap tanggungjawab mereka sebagai anak di rumah? Bukankah masa ini lah
mereka sepatutnya belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua?
Apa yang penulis nampak sebaliknya, pelajar banyak
menghabiskan masa dengan melayari internet. Mengedit gambar, video, menonton tv
dan mendengar lagu. Pendek kata, ada pelajar yang memegang smartphone dari pagi
hingga ke Magrib. Habis cas, pegang sambil hp mereka bercas. Ini terbukti
dengan status story yang dikongsikan di sosmed! Para guru mungkin tidak
menyadarinya kerana mereka sudah menyetting kepada private. Ini lah yang sangat
membimbangkan. Mana taknya, ibubapa juga terlalu berharap mereka yang memegang
hp kononya belajar. Sebaliknya, mereka melayari internet dengan membuka
website2 yang tidak senonoh.
Sehubungan dengan itu, penulis juga dapat mengesan
ada pelajar yang sepenuh masa belajar dari pagi hingga lah ke petang sampai
malam. Hanya sekadar berhenti untuk mandi, makan dan solat tanpa ada interaksi
dengan masyarakat. Bukan kah ini melahirkan sikap seperti kera sumbang? Tidak
salah belajar tapi biar smart bukan hard! Biasanya pelajar yang dikategori elit
yang selalu begini. Belajar dah betul tapi kena lah ada jadual. Orang
perempuan, ini lah masa mereka membantu ibu mereka dengan mengemas rumah,
membasuh baju, menjemur kain, memasak dan sebagainya. Ambil lah masa bantu
orang tua, jangan terlalu bersikap pentingkan diri.
Belajar menjadi pelajar yang boleh bekerja sebagai
anak. Ini tidak, asyik belajar dari pagi sampailah ke malam non-stop. Ada pula
yang asyik membaca al quran, siap bertaranum lagi dengan suara yang kuat sampai
dengar ke jiran sebelah. Mengaji, bertilawah semua itu bagus, baik dapat pahala
tapi ingat juga tanggungjawab sebagai anak. Lebih-lebih lagi anak perempuan.
Tidak relevan juga belajar hard kalau kita tidak sadar matlamat sebenar kita
belajar. Kalau hajat nak dapat kerja bagus, memang sudah tidak relevan zaman
sekarang. Belajarlah sambil-sambil minum air. Meskipun, kita tidak mampu
mencapai gred yang terbaik sekurang-kurangnya kita tidak stress, malu atau
kecewa pada masa akan datang. Kini, kerjaya tidak sepenuhnya bergantung kepada
keputusan semata-mata.
So, penulis berharap para guru dapat memberi nasihat kepada para pelajar agar belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua. Pastikan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan hanya fokus belajar! Belajar! Tapi tidak bersukan. Ingat! Kerja dengan Perkhidmatan Awam mereka sangat mementingkan kecergasan bukan semata kecerdasan. Otak pandai pun kalau selau sakit tak juga boleh datang kerja kan. Kalau sakit mesti kerja pun jadi tidak effisien walaupun IQ tinggi!. Oleh itu, anak-anak semua, penulis berharap korang pastikan apa yang korang buat adalah relevan dengan kehidupan masa akan datang. Buang mindset, “nak belajar tinggi supaya kerja bagus”. Pendekatan ini sangat-sangat tidak relevan pada era ini. Sekian terima kasih. Hehe
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya