2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat
Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di
lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan
remind..
FASA
1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA
2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA
3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA
4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA
5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA
6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh
1.
Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh
PKP
2.
PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar
Ramadan, tiada terawih di masjid.
3.
Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel
seperti tahun-tahun sebelumnya.
4.
Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri,
tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
5.
Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera
akibat mercun.
6.
Harga minyak jatuh sehingga
RM1.25/liter
7.
Semua pejabat di seluruh Malaysia
diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja
dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
8.
Semua sekolah ditutup dan pendidikan
dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group
what'sapp.
9.
Penjarakkan sosial sentiasa
diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
10.
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai
- lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan.
Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
11.
Restoran dan kedai-kedai makan
ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat
cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
12.
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan
berada di dalam kedai.
13.
Kedai bukan keperluan asas dan
perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
14.
Keseluruhan acara dan musim sukan di
seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
15.
Konsert, perlancongan, festival, acara
hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini
sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
16.
Majlis perkahwinan dan pelbagai
sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
17.
Tiada lagi jemaah di masjid dan
rumah-rumah ibadat ditutup.
18.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang
atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang
atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
19.
Taman permainan kanak-kanak ditutup.
20.
Kekurangan stok penutup muka, gaun,
21.
dan sarung tangan untuk kegunaan
pekerja barisan hadapan.
22.
Kekurangan alat bantuan pernafasan
23.
bagi pesakit kritikal.
24.
Berlakunya pembelian panik sehingga
kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih
tangan
25.
Rak-rak di kedai menjadi kosong.
26.
Kilang-kilang pembuatan, kilang
penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan
membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
27.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan
jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
28.
Tiket kapal terbang murah, namun kita
tidak boleh keluar melancong.
29.
Sidang media dari Kementerian
Kesihatan di keudarakan setiap hari.
30.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh
dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
31.
Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi
tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
32.
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung
tangan apabila keluar.
33.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi
takut untuk keluar rumah.
34.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut
untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" itulah
yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini
bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu
penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 Kenapa saya copy paste status ini? Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan
ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai
nyawa ini dan orang yang kita sayang.Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi
antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain Kita semua adalah satu ! akan jd kenangan abadi selamanya...
CNP
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya