asalamualaikum dan salam sejahtera..
Isu keganasan di Malaysia bukanlah satu senario yang baru diperkatakan bahkan jika ditelusuri isu keganasan ini pada peringkat global ia merupakan ancaman yang amat jelas kepada negara-negara di Timur Tengah dan ketika ini merebak ke seluruh negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dalam tempoh beberapa dekat yang lalu,Malaysia telah mendapat ancaman daripada beberapa kumpulan pengganas antarabangsa seperti aL Maunah, Daesh, Is dan sebagainya. Namun demikian,jika kita amati isu keganasan di Malaysia bukanlah satu perkara yang terlalu dianggap mencapai pada tahap kritikal kerana kita percaya Negara Malaysia masih berada pada tahap yang selamat dari segi keselamatan dan pertahanan negara.
Kebelakangan ini Malaysia sering dikaitkan dengan ancaman kumpulan Pengganas bermula dengan isu pencerobohan pengganas Sulu di Kg Tanduo Lahad Datu,Sabah pada 11 Febuari 2013 hingga 24 Mac 2013 dan sesudah itu diikuti dengan isu penculikan oleh kumpulan pengganas dari Filipina iaitu Abu Sayyaff pada 28 September 2016. Mereka menculik dan merampas kesemua barangan nelayan ketika berada di perairan Pulau Gaya dan Tungku Lahad Datu,Sabah. Dalam beberapa siri penculikan oleh pelampau Islam Filipina,ada sesetengah mangsa disembelih dan diancam malah dibiarkan lapar semasa dalam tahanan. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kumpulan-bersenjata-culik-pemilik-kapal-pukat-tunda-rompak-dua-kapal-nelayan-di-sabah-117900. Pada pandangan saya,isu penculikan yang berlaku majoritinya bermotifkan wang tebusan dari Majikan dan pihak kerajaan. Namun demikian,apa yang menarik perhatian saya ialah kebanyakkan pengganas menggunakan Islam sebagai hujah untuk mereka melakukan keganasan. Mereka berjihad,menggunakan wang tebusan untuk membangunkan syiar Islam sedangkan hakikatnya mereka tidak kurang dari binatang yang bertopengkan Islam sebagai agama Islam.
Gambar 1: Militan Abu Sayyaf
Jika pada peringkat antarabangsa,konflik yang berlaku adalah sedikit berbeza dengan keganasan yang berlaku di peringkat dalam negara kerana pada tahap yang melibatkan negara-negara berkuasa veto seperti USA,China dan Russia isu keganasan sememangnya menjadikan agama sebagai platform. Jika kita selidiki perjalanan bagaimana Iraq dihancurkan ole ejen Amerika pada ketika itu ramai rakyat Iraq yang menolak pentadbiran Saddam Hussien. Namun,setelah Amerika ambil alih pentadbiran,meletakkan sistem barat dan ketenteraan yang ketat malah rakyat Iraq lebih benci kepada Amerika lebih dari Saddam Hussien dan bertambah parah lagi apabila aliran syiah di negara itu semakin berkembang. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah pada peringkat global,media antarabangsa seperti BBC,CNN and World Street Journal memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah tentang umat Islam di seluruh dunia.
Ingatkah lagi kalian Peristiwa 9/11? Bagaimana World Trade Centre di Manhatan,New York runtuh dan musnah akibat masalah sistem penerbangan yang ditukar menjadi "autopilot" kemudian melanggar bangunan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa. Nah,pada saat itu lah media terutamanya BBC dan CNN memainkan peranan yang penting,mereka melabelkan kejadian itu dilakukan oleh militan Al Qaeda yang diketuai oleh Osama ben Laden. Susulan kejadian itu,segala konflik keganasan yang berlaku pasti akan dikaitkan dengan Islam. Media-media ini menguar-uarkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan menggunakan istilah Jihad dalam menghancurkan Yahudi Zionist. Padahal,kejadian itu dirancang rapi oleh orang dalam dan Osama yang dikatakan bertanggungjawab dalam kejadian itu sebenarnya merupakan ejen perisikan Amerika (CIA) yang diserupakan dengan wajah mirip Osama Ben Laden. Motif utamanya adalah untuk memperburukkan-burukkan Islam di mata dunia supaya membenci Islam dan pada ketika itu lah mereka (Yahudi) akan berusaha untuk menjayakan "New World Order program".
Gambar 2: New World Order
Konspirasi gerakan bawah tanah ini dirancang secara rapi dan terperinci oleh ahli-ahli politik, ahli perniagaan, ketenteraan dan media dunia sebagai perantara di bawah pentadbiran di "White House". Golongan elit Zionist seperti Nathan Rotschild dan George Bush menggunakan politik sebagai platform dalam menimbulkan huru-hara di seluruh negara-negara yang berpotensi membawa kepada kejayaan mereka. Mereka menyebabkan banyak kematian dan menggunakan proxy sebagai penggerak demi mengaburi mata dunia. Israel di bawah pentadbiran Benjamin Nentanyahu merupakan lapangan mereka untuk menghancurkan Palestine kemudian menubuhkan sebuah negara yang berdaulat di atas tanah yang penuh dengan sejarah kegemilangan syiar Islam serta kelahiran para Nabi terdahulu. Bagi meletakkan rancangan mereka pada landasan yang selesa,mereka mencipta konflik di negara-negara yang memiliki sumber Petroleum seperti Arab Saudi, Kuwait, Iran dan United Arab Bersatu malah contoh terbaik adalah negara Iraq. Amerika menuduh Presiden Saddam Hussien memiliki senjata nuklear yang berupaya mengancam United States of Amerika padahal semua itu hanyalah tuduhan liar. Motif utamanya adalah untuk mengusai telaga minyak yang ada di dalam negara tersebut. Dalam pada itu, bagi merealisasikan pelbagai rencana ini, mereka menggunakan media antarabangsa sebagai sumber untuk mengucar-kacirkan persepsi masyarakat dunia terhadap Islam.
Sehubungan dengan itu, Basu (2003) melihat hubungan media dan keganasan daripada tiga perspektif yang berbeza iaitu pengganas, media, dan pembuat polisi. Dari segi perspektif pengganas iaitu publisiti dan pendedahan, media berperanan penting bagi pencapaian perhatian umum, mendatangkan tindak balas daripada pembuat polisi dan sebagai saluran penyampaian keluhan dan tuntutan tujuan mereka. Dari segi media massa, media massa dipandang membantu para pengganas bagi memperoleh penghargaan. Sementara itu, pembuat polisi dapat menggunakan media bagi operasi membalas keganasan (counter terrorism). Selain Basu, hubungan media dan keganasan juga dibincangkan oleh McQuail yang menyatakan bahawa banyak kekerasan pengganas merupakan perkara yang sama ada direncanakan mahupun yang disasarkan bagi tujuan politik, oleh orang-orang yang berusaha menggunakan media. Walaupun secara tidak langsung, perkara ini telah menimbulkan hubungan yang rumit di antara media dan keganasan (McQuail,2000). Menurut Anderson (2008) Publisiti merupakan tujuan utama dan sebuah senjata bagi pelaku teror terhadap orang awam untuk menimbulkan kekacauan politik atau menyebabkan kerusuhan. Dengan erti kata lain, interaksi antara media dan terorisme memiliki corak interaksi tersediri bagi pencapaian tujuan masing-masing yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, Basu (2003) melihat hubungan media dan keganasan daripada tiga perspektif yang berbeza iaitu pengganas, media, dan pembuat polisi. Dari segi perspektif pengganas iaitu publisiti dan pendedahan, media berperanan penting bagi pencapaian perhatian umum, mendatangkan tindak balas daripada pembuat polisi dan sebagai saluran penyampaian keluhan dan tuntutan tujuan mereka. Dari segi media massa, media massa dipandang membantu para pengganas bagi memperoleh penghargaan. Sementara itu, pembuat polisi dapat menggunakan media bagi operasi membalas keganasan (counter terrorism). Selain Basu, hubungan media dan keganasan juga dibincangkan oleh McQuail yang menyatakan bahawa banyak kekerasan pengganas merupakan perkara yang sama ada direncanakan mahupun yang disasarkan bagi tujuan politik, oleh orang-orang yang berusaha menggunakan media. Walaupun secara tidak langsung, perkara ini telah menimbulkan hubungan yang rumit di antara media dan keganasan (McQuail,2000). Menurut Anderson (2008) Publisiti merupakan tujuan utama dan sebuah senjata bagi pelaku teror terhadap orang awam untuk menimbulkan kekacauan politik atau menyebabkan kerusuhan. Dengan erti kata lain, interaksi antara media dan terorisme memiliki corak interaksi tersediri bagi pencapaian tujuan masing-masing yang telah ditetapkan.
Gambar 3: Kemusnahan World Trade Centre,New York
Keganasan yang berlaku pada peringkat global ini sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam kepada masyarakat sejagat umumnya. Sebagai contoh,keganasan yang berlaku akan menyebabkan kestabilan politik dalam negara bergolak akan terancam malah negara-negara serantau juga akan turut terkena tempiasnya. Sementara itu,ekonomi negara juga akan terjejas keran pelabur luar tidak berani untuk membuat pelaburan memandangkan situasi negara berada pada tahap yang membimbangkan. Di samping itu, pelbagai industri dalam negara juga akan terkesan dengan isu keganasan ini terutamanya industri pelancongan. Hal ini demikian kerana,pelancong luar akan berasa terancam jika berada di negara yang diancam oleh pengganas. Sebagai kesan jangka panjang, ia akan membantutkan pembangunan negara tersebut dan akhirnya akan jatuh muflis sehinggalah ia didominasi oleh negara-negara yang berkuasa besar terutamanya United States of Amerika. Oleh yang demikian,pelbagai kaedah yang proaktif seharusnya dilakukan demi mengatasi masalah ini.
Gambar 4: Olympic Sport
Selepas peristiwa 9/11 Amerika telah
menggunakan segala macam helah untuk menyemai api kemarahan dalam kalangan
masyarakat antarabangsa. Bahkan,Amerika secara agresif menghalalkan keganasan
terhadap umat Islam secara holistik sehingga tercetusnya istilah "Islamofobia"
yang memberi kesan buruk terhadap hubungan diplomatik dan masyarakat sejagat.
Meskipun,ada pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu,United Nation dan OIC ia tidaklah memberi jaminan bahawasanya isu
keganasan akan berakhir dengan cara yang lebih baik. Bekas Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad antara pemimpin Islam yang lantang bersuara
dan tampil membawa isu ini ke peringkat tertinggi namun impaknya hanya
berterusan dalam tempoh dan kondisi politik antarabangsa yang sementara.Beliau
berkata,isu keganasan tidak seharusnya dikaitkan dengan agama, bangsa dan
fahaman politik.Hal ini demikian kerana,keadaan tersebut akan mewujudkan
ketegangan dan kepincangan dalam penerimaan pelbagai idea dan diskusi di
peringkat antarabangsa.
Antaranya ialah dialog peradaban, usaha ini merupakan satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al Banna “kita boleh bersama dengan perkara yang kita sepakati dan menghormati jika perkara berlainan”. Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama. Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara.
Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu negara miskin daripada segi ekonomi dan social. Selain itu, Sukan adalah wacana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.
Gambar 5: Tun Dr Mahathir Mohammed di Persidangan Antarabangsa
Keganasan global adalah isu paling hangat
pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan adakah bermoral jika pihak
tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan keganasan dalam tindakan mereka? Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umumnya, kita menganggap tindakan
kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat kemanusiaan. Walau
bagaimanapun, pihak tertindas menganggap tindakan mereka adalah bermoral kerana
mereka tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman dan selalu
dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan, keadilan dan
demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak
bermoral seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di
Shatila dan Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan
keganasan terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang
menilai.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya