SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Monday, 26 September 2016

Islam is a Universal Religion

Views


Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta. Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak semuanya telus disampaikan kepada orang Rohingya ini.
Setiap hari orang-orang Rohingya ini berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk diduduki. Lebih ramai wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari. Masalah mereka tidak diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-tahun.Malah tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan mereka supaya hidup sejahtera di bumi ini.
Faktor isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Antara factor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya ialah tidak diakui kewarganegaraannya, dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’ dan sikap ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Selain itu, kerajaan Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Penyebab konflik ini juga ialah dikriminasi agama Islam oleh penganut agama Buddha. Hal ini kerana masjid tidak diperbaiki, penggantian masjid dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha. Malah yang menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha. Di samping itu, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan mereka. Sementara, State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan Rohingya  kerana Rohingya adalah Muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Seterusnya, undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’ menyisihkan etnik ini. Pada 1982 pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘Citizenship Law (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya  apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Kesannya, tentera Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Tambahan pula, ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian Rohingya dalam sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui Rohingya merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.

Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah satu ancaman kepada Myanmar. Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar tidak menerima orang-orang Islam di sana. Masalah ini berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN tidak memandang berat perkara ini. Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja tetapi soal kemanusiaan, dan keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka.

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com