Nama kampung Gadong diambil sempena nama seorang anak kepada Sultan Brunei yang ke 26 iaitu Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1825 – 10 Mei 1906). Baginda berkahwin dengan Raja Isteri Pangeran Anak Siti Fatimah Pangeran Anak Chandra Kesuma dan dikurniakan ramai orang anak, salah seorang daripada mereka ialah Pangeran Di-Gadong Pangeran Anak Haji Kamis yang merupakan pengasas kepada kampung Gadong sekarang. Hal ini dibuktikan kerana kampung Gadong suatu ketika dahulu merupakan sebuah pekan dan mempunyai pentadbiran sendiri seperti Wilayah Padas Damit yang ditadbir oleh Pangeran Shah Bandar dan Dang Insum sekitar tahun 1885. Selain itu, teori ini turut disokong dengan kedudukan strategik Sungai Kabunau yang menjadi muara atau alur menuju ke Garama dan Kota Klias. Di Brunei Darussalam, ada sebuah Kampung yang dikenali sebagai Kampong Baru Gadong, kampung tersebut di dalam Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong.
Ini hanya sebuah teori berdasarkan
kajian Penulis, boleh jadi betul boleh jadi salah.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya