§ Berpakaian kemas dan rapi juga merupakan satu
perkara yang dititikberatkan oleh pihak penemuduga.
§ Bagi lelaki kemeja warna plain, tidak bercorak dan
tidak menampakkan warna yang terang, tali leher, seluar slack warna hitam dan
kasut bertutup warna hitam.
§ Rambut mesti kemas dan tiada fesyen yang
berketerlaluan, trim misai, trim jambang, trim janggut (buang jika perlu).
§ Bagi wanita berbaju kurung warna yang tidak
terlalu menonjol, tiada ikut cutting badan, tudung warna tidak menonjol, jangan
terlalu banyak sangat manik-manik ke apa ke, jangan mekap yang keterlaluan dan
kasut bertutup.
§ Bertudung bagi wanita muslim (kalau boleh pakai
tudung jenis bawal je, siakap, jenahak, kerapu tidak sesuai sama sekali)
2. Cara Kendiri
§ Cara masuk setelah nama calon dipanggil. Hendaklah
berjalan dengan cara yang sesuai/sopan. Point juga dikira melalui cara kendiri.
Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk dan beri salam jika panel penguji
adalah Muslim.
§ Terus serahkan fail yang mengandungi sijil dan
dokumen-dokumen yang perlu diserahkan kepada panel penguji dan jangan duduk sehingga
diberitahu untuk duduk.
§ Duduk dalam keadaan yang sopan dan selesa, jangan
menyandar atau membongkak badan. Pastikan eye contact calon dan panel sentiasa
bertentangan, jangan jawab sambil tunduk atau malu2. Bukan orang nak meminang
kita sampai nak malu-malu nak tunduk-tunduk kita nak mohon kerja.
3. Keyakinan Diri
§ Hendaklah menjawab sesuatu soalan yang diberikan
oleh pihak penemuduga dengan tepat dan cekap. Jgn terpinga-pinga sekiranya tak
dapat jawab sesuatu soalan yang diberikan. Sebaliknya hendaklah menjawab
"Maaf Tuan/Puan/Dato saya tidak dapat menjawab soalan itu" Dan pihak
penemuduga akan menukar soalan yang lain sekiranya tidak dapat menjawab juga. Jawapan
sama hendaklah diberikan. Penemuduga bukan mahu melihat sangat jawapan yang
anda beri tetapi kecekapan menjawab menjadi keutamaan. Jgn pernah sesekali
gelabah, seelok-eloknya selawat semasa menunggu giliran untuk ditemuduga (sebagai
tambahan bagi calon muslim).
4. Suara
§ Setiap pertanyaan dan jawapan yang diberikan hendaklah
bersuara lantang (Bukan menjerit, terpekik terlolong dalam bilik temuduga) tapi
bersuara kuat dan jelas.
5. Sebab Ingin Bekerja
§ Hendaklah dijawab dengan jawapan yang sesuai (Jangan
pulak cakap sebab nak beli kereta, beli rumah, nak cepat kahwin bagi yang belum
berkahwin) dan tentu-tentu kena reject awal.
§ Jawab dengan jawapan-jawapan yang logik dan
rasional, itu terpulang kepada daya pemikiran tersendiri.
§ Jangan negatifkan berkaitan isu negara dan jangan
sesekali membangkang idea yang diberikan oleh panel sebaiknya fikirkan jalan
yang selesaikan masalah itu.
§ Jangan libatkan mana-mana parti politik dalam sesi
temuduga.
§ Jika ditanya sama ada sanggup ditempatkan di sabah
atau sarawak. Jangan sesekali saya tak nak sabah sarawak sebab jauh dengan
family dan bla bla bla. Disitu dah nampak korang tak berminat untuk jawatan tu.
Panel cuma nak tgok kesanggupan kita bertugas walaupun di mana kita
ditempatkan. Nak selamat jawab je "Ye, Saya sanggup ditugaskan di Sabah mahupun
Sarawak" settle masalah. Panel tak tanya banyak dah kalau dia tanya kenapa
suka? Pandai-pandai jawab la, dia saja je tu tanya. Jawab je dengan baik.
6. Akhir Temuduga
§ Apabila selesai temuduga yang dijalankan dan telah
diberi kebenaran oleh pihak penemuduga untuk keluar, hendaklah berdiri tegak
dan mengucapkan terima kasih kepada penemuduga sama ada berpangkat Tuan/Puan
atau Dato' dan keluar melalui pintu yang disediakan serta berjalan dengan cara
yang sesuai. Jika lelaki dan panel penemuduga itu lelaki disyorkan salam
sebelum keluar.nIbarat kita masuk rumah orang dan nak keluar mesti la ada
sopannya.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya