SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Tuesday, 3 September 2019

Sekilas kenangan di menara gading

Views

Start kelmarin 3 September 2019, kebanyakkan Institusi Pengajian Tinggi mula menerima pelajar baharu. Huh! Bestnya, rindunyaa huhu. Ramai yang share suasana dekat media sosial, ada yang duduk jauh ditemubual oleh facilitator Minggu Suai Kenal. Yang menariknya, ibubapa sangat teruja anak-anak masuk Universiti. Sebuah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila, sebuah lapangan dan suasana yang tidak mungkin semua orang akan berhasil menikmatinya. Yang menariknya lagi, bagi para pelajar yang merantau jauh, mengaji di negeri lain memang sangat-sangat indah. Zaman belajar merupakan zaman yang sangat manis dalam hidup seseorang yang kini pastinya menjadi seorang alumni. Then, kepada adik-adik yang berjaya melangkah ke menara gading belajar untuk menjadi seorang yang berakhlak sebab dekat Universiti ni cabaran paling besar bagi remaja. Berikut sebab rindu sangat zaman study, so kat aku pun nak share jugak lah secebis kenangan ketika belajar di Sintok, Kedah dulu 2013 lebih kurang 6 tahun sudah hihi

Aku merupakan alumni Universiti Utara Malaysia batch 2013 dan telah bergraduasi pada bulan November 2017 yang lalu. First time dapat tawaran memang berbelah bagi juga hati sebab dapat belajar kat tempat jauh tapi bagi family aku, mereka memang gembira lah sebab kan aku yang first time masuk Universiti. So, aku berlepas dari Sabah ni pada 01/09/2013 ke Kedah. Keesokkannya, aku kena mendaftarkan diri sebagai pelajar baharu UUM. Sebelum tu, pada 31 Ogos tu aku sudah berada di Kota Kinabalu dan menginap di rumah abangku. Memang risau berbaur excited juga lah sebab semua first time, dari pengurusan persediaan untuk sambung belajar tu sampailah ke pengurusan kewangan semua aku kena urus sendiri. Yelah bukan ada pengalaman pun urus dokumen sana sini, dah tu semua sijil tu kena pengesahan oleh badan berautoriti lah pula mcm fotostat IC tu kan kena pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam banyak-banyak masalah tu, aku memang tidak tahu pengurusan booking flight tapi mujurlah masa tu ada juga kawan aku yang asal dari Menumbok bagi info tentang Bantuan Zakat Sabah untuk kos penerbangan pelajar Sabah ke Semenanjung. Dia belajar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak dan sekarang bekerja sebagai Guru Pendidikan Seni Visual di Tenom, Sabah. Yelah, masa tu internet bagai ni aku belum advance lagi hatta facebook masa tu pun aku belum ada. Sampai di UUM baru lah buat facebook, itu pun kawan yang buatkan sebab dikatakan berguna sepanjang pengajian nanti. Hmm .. memang betul juga lah katanya. Huhuhu.. So, aku sangat berterima kasih kepada Pusat Zakat Sabah sebab membantu aku menyelesaikan tambang penerbangan dan yuran pendaftaran berjumlah RM1 000. Ketika ingin melanjutkan pengajian tu, aku memang dibantu oleh pelbagai pihak dari segi pengurusan kewangan dan aku sangat-sangat terhutang budi. Jelas, mungkin aku tidak membalasa jasa kalian namun Allah Jalla Wata’ala akan memuliakan anda di dunia dan akhirat. Insyallah ..

Aku masih ingat, dalam banyak-banyak kami yang dapat tawaran saya dengan 3 orang kawan dapat melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Terengganu dan Kedah. Selebihnya, ramai yang belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Setelah selesai semua dokumen, tiket flight, keperluan diri seperti pakaian maka aku pun berlepas dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur – Alor Setar. Jadi, tanggal 01/09/2013 aku pun menuju ke Kedah dengan harapan besar menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak baik. AKu masih ingat sebab masa tu aku betul-betul seorang Beginner sebab yang pertama masuk Universiti, first time naik Kapal Terbang dan first time sampai Semenanjung, dah tu pegi ke hujng negeri pula tu, Utara Malaysia. Memang kata orang, ikut cara orang lah. Hahaha yang paling aku risau, bagasi aku sebab takut hilang nanti kalau tukar kapal kan. Yela mana ada pengalaman, masa tu internet di Kampung mana ada macam sekarang. Dulu pakai broadband itu pun line macam ayam mati, tiada ruang mau survey sikit pasal penerbangan, kalau nak pun kena pegi di Pekan, Beaufort.

Sampai-sampai jak Airport Kuala Lumpur, terus jadi bingung sebab besar sangat airportnya daripada yang di Sabah. So, aku ikut jak lah turun dari kapal, sampai di tempat tuntutan bagasi tu kan aku tunggu punya tunggu bagasi aku tiada. Aku pun risau, last-last tanya polis imigresen sana mereka bilang bagasi saya sudah ditransfer ke kapal yang akan menuju ke Alor Setar. Alhamdulillah! Lega rasanya, yela takda pengalaman kan masa tu. So, selesai masalah tu, sambung flight sampai ke Alor Setar, di sana bingung lagi sebab macam mana mau cari kenderaan mau pegi Sintok sana. Syukurlah, Allah mudahkan perjalanan ku. Sampai jak sana ada MPP yang datang ambik pelajar dari Sabah dan Sarawak. Aku masih ingat, yang drg dapat masa tu ada 3 orang ja. Bas punyalah besar hahaha. Dalam bas tu, kami kena taklimat dan pengenalan lah daripada Senior yang datang ambik tu. Budak Sabahan dan Sarawakian juga, Aku masih ingat juga, masa tu ada Senior perempuan yang cerita kat aku yang DPP Eon ni tak best sebab dia nak aku masuk DPP Petronas hahaha. Notyyy!!

Alhamdulillah! Petang 01/09 tu sampai lah aku di bumi Sintok, sangat membingungkan jalannya sebab besar sangat kawasannya. Benda yang paling aku tidak lupa sesampai jak aku di sana, aku haus sampai minum air paip. Gilak dohh! Yang sambut aku petang tu ada budak JKPS yang nantinya jadi facilitator kami dan aku sangat berterima kasih kepada Shafiee Hassan yang berasal dari Tawau, Sabah. Dialah yang bantu aku banyak mula-mula berada di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Eon. Malam tu, dia hantarkan aku tapau makanan. esoknya. baru lah ramai pelajar baru datang. Masa mula-mula sampai tu, tidak aku lupa juga kepada Mak Cik clearner tu dia yang banyak kawan sembang dengan aku sebab aku jauhkan. Sampi habis pengajian aku biasa dengan Mak Cik tu Cuma lupa pula nak tanya nama dia. Dia jugalah yang bagi info yang banyak pasal lokasi di dalam Kampus UUM tu. Actually, awal-awal sampai dah stress haha tapi lama kelamaan rasa stress tu akan berubah menjadi seronok tapi jangan over, itu lah antara nasihat aku kepada adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke menara gading. Timba lah pengalaman sebanyak mungkin, berteman dengan pelbagai negeri dan bangsa memang best. Jangan mudah putus asa kalau rasa tertekan. Mula-mula memang macam tu tapi nanti akan okay juga. 

Ingat lagi masa tu hari Jumaat lepas solat p makan di cafe atau bungkus, tak berapa nak ingat dahh. Masa tu mcm biasa lah makan ayam kan. Tabiat nda pandai hilang, makan dengan tulang sekali. Last2 tergigit tulang ayam. Perggh! Pecah gigi baiii.. Tapi masa kat Cafe tu x sakit lagi. Bila dah sampai bilik tuhh, stay jap ngan member. Ambik kau lepas tu aku baring, tertidur sekali tebangun punya lah sakit. Kebetulan masa tu hujan, bayangkan titisan hujan tu pun aku x boleh nak dengar. Betul lahh sakit gigi kalau dah naik p kepala memang kaw2 ohh. Rumet time tu suruh aku p PKU jak tp yala dah sakit gila mcm tu pun mana lah larat nak p. Habis. Cara aku guna, berus gigi sampai ubat gigi nak habis. Berus gigi, kumur2. Semua tak menjadi, Last2 dahh sakit sangat tu. Aku taruh saja minyak Kapak kat kepala dengan tempat gigi yang pecah tu. Aku rasa minyak Kapak tuh guys, rasa. Bukan kaleng2 haha. Pastu aku bawa tidur lagi, Bangun2 tak boleh hilang juga. Then, aku wasap member aku, dia duduk DPP BSN masa tu tp skg dpp tu dah jadi dpp cewek dahh hahaha. Aku nak minta tolong dia bawa p PKU tp Last2 x jadi juga. Then, aku Biarkan saja. Alhamdulilah! Esok dia hilang dah sakit tp pipi lah pulak bengkak guys. Hahaha okalah! Ini saja dulu aku nak tulis. Nanti ada masa aku sambung.. 





No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com