SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 13 September 2019

Tiangnya Agama

Views

الصلاةُ عمادُ الدينِ



اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الأزْمَانِ وَالآنَاءِ، فَلا ابْتِدَاءَ لوجوده ولا انتهاءَ، يستوي بعلمه السرُّ والخفاءُ، اَللَّهُمَّ صَلِّيْ عَلَي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتِمِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمَرْسَلِيْنَ وَعَلَي آلِهِ الطَّيِّبِيْنَ وَأَصْحَابِهِ اْلأَخْيَارِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ.

Artinya: Segala puji bagi Allah, Tuhan segala tempat dan segala zaman, tidak ada awal dari wujud-Nya ataupun akhir keberadaan-Nya, dengan ilmu-Nya sama baginya hal yang rahasia dan tersembunyi. Ya Allah limpahkan berkah dan keselamatan pada junjungan kami, Muhammad penutup para Nabi dan rasul dan kepada keluarga dan sahabat yang terbaik seluruhnya.

Islam merupakan agama universal kerana ia merupakan rahmat kepada seluruh alam seperti firman Allah Jalla wa’ala dalam Surah Al – Anbiya: 170

وَ ما اَرْسَلْناکَ اِلاَّ رَحْمَهً لِلْعالَمِینَ
 “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad saw) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Praktis Islam sebagai sebuah agama boleh dilihat di seluruh dunia sama ada orang Malaysia, Eropah mahupun Amerika semuanya terbina di atas rukun Islam yang lima. Walaubagaimanapun, di sini penulis akan membahas rukun Islam yang kedua iaitu solat.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“(Pembatas) antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim no. 257)

Kewajiban solat lima waktu sehari semalam merupakan amalan yang membezakan antara Mukmin dan Musyrikin sebagai dalam firman Allah & Hadith Nabi saw. Solat merupakan satu-satunya ibadah yang diperintah dan diterima khusus oleh Junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ini merupakan dalil betapa pentingnya solat berbanding ibadah-ibadah yang lain kerana solat adalah tiang agama. Sebagai contoh, jika tiang rumah patah maka runtuh lah rumah itu begitulah juga jiwa dan roh seorang Muslim itu.

Walaubagaimanapun, pada akhir penghujung zaman ini manusia mula meremehkan solat. Orang awam mula mempertikaikan solat dikatakan mengganggu kualiti kerja kakitangan syarikat kerana terpaksa berhenti untuk solat. Tidak kurang juga puak-puak yang sengaja melengahkan waktu solat dengan alasan tempoh solat itu masih panjang. Sebagai misalan solat subuh, ada segelintir masyarakat solat lebih kurang 2 jam setelah masuk waktu Subuh itu kerana mengandaikan tempoh solat Subuh itu sehingga masuknya waktu solat Zohor. Ini merupakan satu bentuk mempersendakan agama namun jika yang melakukan ialah orang yang jahil masih dimaafkan syarak tetapi yang menyedihkan golongan berpendidikan turut sama melakukannya. Jadi, di mana praktis keilmuannya ya ikhwan? Ingatlah, bahawa solat itu tiangnya agama. Jangan sampai solat kita tergadai hanya kerana mengejar kemewahan dunia yang sangat-sangat tidak bernilai ini.

Ada juga situasi yang ironi di mana segelintir masyarakat lebih mementingkan majlis atau program yang dilakukan harus sesuai dengan masa dan protokol yang dilakukan. Maksudnya, majlis atau program harus sesuai dengan masa yang ditentukan oleh pihak penganjur. Jika ada dalam kalangan individu yang meminta keizinan untuk mendirikan solat dulu sementara waktu itu dia harus datang atau bekerja, manusia akan memandang serong terhadapnya. Begitulah persepsi masyarakat sekarang berkaitan dengan ibadah Islam itu bukan sahaja solat tapi ibadah-ibadah yang lain. Namun, penulis tidaklah terkejut kerana akhir zaman situasi seperti itu pasti akan berlaku kerana Islam itu hadir dalam keadaan terasing lalu kembali dalam keadaan terasing juga. Maka beruntunglah bagi manusia yang terasing kerana menjadi bukti benarnya hadith Nabi saw:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ فَطُوبَى للغرباء

“Agama Islam telah bermula dalam keadaan asing dan ia akan kembali seperti mana ketika ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing (Al-Ghurabaa’)” (Muslim)

Sehubungan dengan itu, penulis menzahirkan rasa sedih dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini. Tatkala Islam itu dihentam seteruk-teruknya tetapi Muslim masih tidak sedar akan hakikat musibah ini hatta masih berasa senang dengan diri mereka. Di mana pentingnya agama dalam hidup kita? Agama ialah “the way of life” maka jika kita tidak faham agama itu lalu di manakah jalan yang akan kita ikut? Dan sebaik-baik anutan ialah agama Islam dan hadith Nabi Muhammad saw berdasarkan pemahaman para Sahabat Nabi saw. Allah swt berfirman dalam

Quran Surah Ali Imran 3:19  اِنَّ الدِّیۡنَ عِنۡدَ اللّٰہِ الۡاِسۡلَامُ

Sesungguhnya, hanya agama Islam yang diterima di sisi Allah.

Oleh itu, Muslim sangat bersyukur dengan nikmat Islam yang dianugerahkan kepada insan yang mewarisi Islam keturunan dan sangat beruntunglah kepada Mualaf yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka kerana mereka berada di landasan yang benar.

Didiklah anak-anak sepenuhnya dengan Islam, janganlah dedahkan mereka dengan media sosial, jangan biarkan mereka menonton drama, kartun kerana semua itu akan merosakkan minda mereka. Yang remaja, jangan biarkan mereka berkawan dengan lawan jenis, jangan biarkan mereka bermain permainan online, jangan suruh main muzik dan jangan berbelanja mengikut kemahuan. Dalam hal ini, penulis sangat tegas kerana ibubapa zaman sekarang sangat tidak rasional dalam mendidik anak-anak mereka. Mereka selesa dengan anak-anak tatkala menjadikan kartun yang ada di tv sebagai umpan supaya anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Mereka sangat mudah bersenang lenang tatkala meluang masa dengan anak-anak dengan bersembang tentang episode drama Melayu. Bertelagah dan berbalas hujah tentang latarbelakang pelakon malah mengumpat kehidupan si pelakon. Sepatutnya. Sebagai Muslim bukan itu yang dibincangkan depan anak-anak tetapi tentang akidah, akhlak dan ehsan dalam Islam. Biar anak-anak menjadi pening kerana agama jangan pening kerana gembira dengan gelak tawa drama sinetron. Kartun dan sebagainya.

Sebaliknya, sejak di buaian lagi dengarkan lah mereka dengan kalam Allah, hadith Nabi saw, ceramah agama, zikir, lagu-lagu Islam dan sebagainya. Biarkan mereka tumbuh dalam suasana Islam walaupun ianya dilihat bermanfaat tatkala anak-anak masih bayi atau kecil tapi kesannya sangat membekas dalam hati dan gaya hidup mereka bila dewasa nanti. Lihatlah kaedah ibubapa orang Yahudi mendidik anak mereka sejatinya itu lah didikan yang dianjurkan oleh Islam. Sejak dalam kandungan lagi, si Ibu akan belajar pelbagai ilmu supaya memberi kesan kepada bayi nanti, setelah lahir dijaga pemakanan dan dibiarkan belajar pelbagai disiplin ilmu untuk menjadikan kehidupan mereka bertujuan.

Manusia itu sentiasa mencari hidayah. Penulis hanya menyampaikan setakat ilmu yang ada kerana firman Allah dalam Surah Al – Qashash, 28: 56

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”. [Al Qashash/28: 56]

Sebagai manusia tiada daya untuk memberi hidayah kepada Muslim yang masih lalai dengan mainan dunia ini. Sebagai Muslim, kita perlu tunjukkan tabiat dan budaya yang mencerminkan praktis Islam itu tetapi masalahnya masyarakat sekarang sangat sukar untuk menerima teguran dan nasihat. Penulis melihat ini merupakan kesan daripada hilangnya kepercayaan kepada ilmu yang sebenarnya sahih daripada Allah swt dan Rasulnya. Masyarakat lebih mudah percaya dengan maklumat yang didapati daripada sumber media sosial seperti facebook dan whatsapp tanpa tabayyun terlebih dahulu akan kesahihannya seperti dalam firman Allah swt:

Surah An Nur: 12

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

Keadaan ini juga lah yang menjadikan hati manusia semakin keras seperti batu malah berani untuk melabel orang sebagai sesat dan terlajak pandai. Wallahu’alam.


No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com