KRONOLOGI
RINGKAS
PERANG
PADAS DAMIT-BRITISH PADA TAHUN 1889
Sumber: Utusan Borneo Sabah 28 Ogos 2016.
v 1 882 M: Syarikat Berpiagam Borneo Utara British ditubuhkan
v 1 884.04.01 M: Beaufort (Leicester.P. Beufort) dibuka sebagai Pusat pentadbiran dan perdagangan
Pangeran Shah
Bandar Hassan merupakan Ketua yang dilantik oleh Puteri Sultan Jamilul
Alam Aqamaddin
Ibni Sultan Omar Ali Saifuddien II (1825-1906) untuk mentadbir kawasan Padas Damit. Kawasan jajahan beliau meliputi
sepanjang tebing Sungai Padas-Bangkalalak hingga ke Jempangah, Beaufort.
Walaubagaimanapun, pihak British tidak mengikhtiraf kekuasaan Pangeran Shah
Bandar malah menguar-uarkan propaganda bahawa penduduk Kampung Padas Damit yang
berlindung di bawah pentadbiran beliau akan dijadikan hamba. Lebih parah lagi,
pihak SBUB mengenakan cukai kepala, cukai tanah dan pelbagai peraturan kepada
penduduk tempatan. Selain itu, British turut membuat aduan kepada Sultan Brunei
dengan kekacauan yang berlaku di kawasan pentadbiran mereka dan mendakwa
kawasan jajahan Pangeran Shah Bandar telah dipajakkan kepada British sedangkan
hakikatnya wilayah di sepanjang tebing Sungai Padas itu merupakan hak mutlak
kepada Pangeran Shah Bandar.
Berikutan daripada perasaan tidak puas hati
dipermalukan oleh Sultan Brunei dan Pangeran Shah Bandar maka tercetuslah
Perang Padas Damit. Gabenor Labuan C.V Creagh telah mengeluarkan arahan
supaya menyerang Kubu Pangeran di Manggalela tetapi gagal. Serangan kedua dilancarkan
oleh D.Daly dan Kapten R.D. Beeston dengan kekuatan lebih kurang 200 orang orang
sekitar tahun 1889 pada bulan Januari. Dalam serangan tersebut, kubu Pangeran
musnah dan ramai pengikutnya mati tetapi beliau tidak mengaku kalah kerana Kubu
Beliau ada 4 buah iaitu Kota Balai, Kota Raja Besar, Kota Mapiau dan Kota
Makarang. Lalu di sini lah nama Pahlawan Wanita pertama etnik Bisaya (Srikandi
Kota Makarang) menjadi bualan tamadun alam Melayu yang digelar Dang Insum.
Namun demikian, malangnya beliau telah kalah di Kota Makarang disebabkan
khianat yang dilakukan orang orang dalam.
Menurut cerita, di Kota tersebut terdapat seeokor
ayam putih yang bertindak sebagai mata-mata, jika musuh datang ayam itu akan
berkokok sebagai amaran supaya penduduk kampung berhati-hati. Tetapi setelah
ayam putih itu dibunuh maka Kota Makarang akhirnya ditawan oleh pihak British
kerana kehadiran musuh sudah tidak dikesan lebih awal dan persediaan tidak
dapat dilakukan oleh Dang Insum dan orang-orangnya. Setelah berperang lebih
kurang selama 4 bulan, tanggal 10 Mac 1889 maka berlaku satu rundingan Damai antara Pangeran Shah Bandar dengan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British.
v 1 889 M:
Perjanjian Damai (Pangeran Shah Bandar – SBUB)
Ø Kawasan
jajahan Pangeran Shah Bandar meliputi Padas Damist ke Padas Klias diserahkan
dan kuasa memungut cukai diberikan kepada SBUB.
Ø Semua
Ketua dan penduduk kampung menyerah diri kepada SBUB dan mengarahkan kubu-kubu
pertahanan mereka dimusnahkan.
Ø British
menamatkan pembayaran $330 setahun tetapi membayar sebanyak $733.50 sebagai
saguhati dan $2 130 pula dibayar dalam bentuk wang perak dan gangsa.
Ø British
menjamin akan keselamatan Ketua dan penduduk Padas Damit daripada sebarang
pemberontakan dan permasalahan.
v 1 900 M:
Landasan keretapi (Weston – Beaufort – Jesselton) siap dibina.
Kajian ringkas ini digarap daripada pelbagai rujukan ilmiah oleh Penulis.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya