NAK
TAHU KENAPA ANDA TIDAK MELEPASI SYARAT BILA SEMAK DALAM PERMOHONAN SPA8
Terlintas ingin berkongsi sedikit perkongsiaan
yang saya peroleh dari salah seorang pegawai pengambilan penjawatan suruhanjaya
perkhidmatan awam bertanyakan perkara tersebut ketika di hubungi.
Me: Tuan, boleh ceritakan sedikit kepada saya
kenapa status permohonan tertulis "Tidak melepasi tapisan semasa yang
ditetapkan oleh kementerian/jabatan. Contoh: Pengkhususan
Bidang/CGPA/Lokaliti/Matapelajaran STPM/STAM//SPM/PMR. Ramai juga calon
merungut sebab apa tak lepas syarat.
Pegawai Pengambilan: Sistem pengambilan akan
dipilih berdasarkan kelayakkan calon dan juga kekosongan iklan yang
ditawarkan.Katakan kami iklankan jawatan kosong PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED
S41 di Kementerian Belia Dan Sukan di portal rasmi kami. Dalam poster iklan
kekosongan jawatan tue kami sudah nyatakan berapa kekosongan yang diperlukan
dalam kementerian berkenaan, dan katakan kekosongan tersebut hanya ada 58
kekosongan sahaja dan calon yang memohon jawatan berkenaan adalah seramai 40k.
Kami akan memilih calon yang memohon jawatan yang sama berdasarkan seperti
berikut:
1)
Pengkhususan Bidang
Calon A: Graduan Kejuruteraan Dari Universiti Tun
Hussein Onn. CGPA Akhir 2.92.
Calon B: Graduan Sains Sukan Dari Universiti
Teknologi Mara (UITM). CGPA Akhir 3.82
Calon C: Graduan Pendidikan Dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris. CGPA Akhir: 3.74
Calon D: Graduan Ekonomi Dari Universiti Malaysia
Sarawak. CGPA Akhir: 3.00
Perkara utama yang kami lihat adalah pengkhususan
bidang. Kalau bidang lari jauh dengan syarat kekosongan jawatan kami akan reject
walaupun CGPA tinggi. Kedua baru CGPA. Calon B Graduan Sains Sukan tue kami
akan nilai ke peringkat seterusnya. Calon A, Calon C, Calon D tue kami akan
reject awal-awal. Katakan dari 40K permohonan yang dikemukakan, hanya berapa
ribu yang akan dinilai ke peringkat seterusnya.
2)
CGPA
Ini perkara kedua kami akan pandang. Jika melepasi
pengkhususan bidang, baru kami akan menilai mengikut CGPA. Setiap pusat
temuduga SPA ada unjuran tersendiri untuk calon dipanggil temuduga. Katakan
selepas tapisan dilakukan dari 40K permohonan dikemukakan hanya 10K yang
melepasi tapisan pengkhsusan bidang sebelum penilaian CGPA dilakukan.
Kalau penilaian kedua pun dan terkandas, penilaian
ketiga tidak akan dilakukan. Pencapaian orang lain lebih baik daripada kamu
walaupun kamu dinilai melalui penilaian ini.
3)
Lokaliti (Istilah senang faham, jarak tempat tinggal pemohon)
Lokaliti perkara ketiga kami akan lihat. Kami akan
lihat jarak tempat tinggal pemohon dengan iklan kekosongan yang ditawarkan.
Dari 10K melepasi tapisan pengkhususan bidang hanya tinggal 6K yang berjaya
ditapis selepas penilaian CGPA dilakukan. Jika melepasi penilaian lokaliti
barulah kami akan nyatakan di ruangan status permohonan kamu sebegini
"Melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan".
Selepas tapisan lokaliti dilakukan hanya 3K sahaja
yang berjaya dipanggil untuk temuduga. Itu untuk jawatan yang ditemuduga terus
tanpa lalui peperiksaan, ujian fizikal. Kalau ada beberapa jawatan yang memerlukan calon
menduduki peperiksaan & ujian fizikal perkara kedua yang dinyatakan tue dan
kami akan maklum kepada calon sekiranya melepasi tapisan penilaian kedua
sebelum penilaian lokaliti.
Me: Untuk mata pelajaran stpm/stam/spm tue macam
mana pulak tuan?
Pegawai pengambilan: Matapelajaran spm, kami hanya
tengok perkara kedua.
Me: Macam mana pulak untuk jawatan bertaraf
DIPLOMA & STPM & MATRIKULASI & STAM tuan.
Pegawai Pengambilan: Sama juga, akan dinilai
mengikut yang dinyatakan kecuali untuk calon lepasan STPM & STAM. Kami akan
menilai mengikut kesesuaian matapelajaran yang diambil semasa STPM & STAM
berdasarkan kekosongan jawatan berkenaan.
Me: Untuk calon yang hanya mempunyai kelayakkan
SPM sahaja macam mana pulak tuan.
Pegawai Pengambilan: Untuk calon yang mempunyai
kelayakkan spm sahaja, kami akan menilai berdasarkan pencapaian keputusan yang
diperoleh. Katakan Pembantu Belia & Sukan Gred 19 untuk jawatan SPM dan
calon yang memohon hanya 15K dan kekosongan diperlukan 2 650 kekosongan. Kami akan menilai berdasarkan pencapaian terbaik
sahaja. Kalau tidak melepasi syarat yang ditetapkan, itu bermakna keputusan
orang lain yang mohon jawatan sama dengan kamu lebih baik dari keputusan kamu
peroleh.
Me: Ok faham tuan. Soalan terakhir macam mana pula
untuk calon yang hanya belajar setakat PMR sahaja.
Pegawai Pengambilan: Sama seperti penilaian
mengikut kelayakkan spm dilakukan.
Me: Terima kasih tuan amat berguna maklumat ini,
barulah saya faham sebenarnya macam mana. Saya bertanya ini cuma ingin tahu
punca sebenar kenapa tidak melepasi syarat. Assalamualaikum.
Pegawai Pengambilan; Lagi satu jika tiada
kekosongan jawatan dilakukan, kami tidak akan panggil calon untuk ditemuduga.
Kalau ingin dipanggil temuduga, nampak sahaja iklan kekosongan jawatan SPA
ditawarkan terus isi melalui SPA8i. Insha allah ada rezeki nanti kami akan
panggil.
Sama-sama, walaikumusalam.
Semoga berjaya !!
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya