asalamualaikum dan salam sejahtera ..
Ilustrasi 1: Gambaran Ombak Tsunami
Konfigurasi bentuk muka bumi Malaysia yang strategik dan
jauh daripada bencana alam merupakan kebaikan yang dipunyai oleh Malaysia.
Kedudukan Malaysia yang bukan berada dalam kawasan lingkaran api Pasifik
seperti Indonesia kerana itu lah Malaysia kurang terdedah kepada bencana alam
seperti gempa bumi, banjir, tsunami dan letusan gunung berapi. Jika di luar
negara seperti United States of America, bencana alam seperti taufan, Puting
beliung dan gempa bumi merupakan kejadian yang biasa dialami oleh rakyat
Amerika. Jika bencana yang berkaitan dengan banjir, ia merupakan perkara
yang biasa, sebagai contohnya, banjir di Amerika pernah belaku lebih kurang
sebanyak 3 kali banjir besar yang memusnahkan lebih 700 ribu lebih buah rumah
dan kerugian harta benda yang dianggar berjumlah $400 USD.
Di Amerika, banjir yang terbaru berlaku pada 24 Jun 2016 yang lalu apabila kawasan West Virginia, AS ditenggelami air yang menyebabkan kematian seramai 20 orang sementara memusnahkan lebih 500 buah rumah dan memutuskan bekalan air bersih dan elektrik. Selain negara Amerika, negara-negara di Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun juga terdedah dengan benca-bencana alam seperti gempa bumi di dasar laut yang akhirnya mengakibatkan berlakunya tsunami. Dalam siri beberapa kejadian bencana alam, negara Jepun telah mengalami lebih kurang 10 peristiwa bencana alam yang terdiri daripada letupan gunung Uzen, 1792, gempa bumi Great Kantō, 1923, gempa bumi Tonankai, 1944, Sea of Japan, 1983, gempa bumi Hokkaidō, 1993, gempa bumi di Miyagibumi dan Nankaidō pada tahun 2005.
Di Amerika, banjir yang terbaru berlaku pada 24 Jun 2016 yang lalu apabila kawasan West Virginia, AS ditenggelami air yang menyebabkan kematian seramai 20 orang sementara memusnahkan lebih 500 buah rumah dan memutuskan bekalan air bersih dan elektrik. Selain negara Amerika, negara-negara di Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun juga terdedah dengan benca-bencana alam seperti gempa bumi di dasar laut yang akhirnya mengakibatkan berlakunya tsunami. Dalam siri beberapa kejadian bencana alam, negara Jepun telah mengalami lebih kurang 10 peristiwa bencana alam yang terdiri daripada letupan gunung Uzen, 1792, gempa bumi Great Kantō, 1923, gempa bumi Tonankai, 1944, Sea of Japan, 1983, gempa bumi Hokkaidō, 1993, gempa bumi di Miyagibumi dan Nankaidō pada tahun 2005.
Gambar 2: Japan Volcanic Observation and Information
Center
Di Amerika, banjir yang terbaru berlaku pada 24 Jun 2016
yang lalu apabila kawasan West Virginia, AS ditenggelami air yang menyebabkan
kematian seramai 20 orang sementara memusnahkan lebih 500 buah rumah dan
memutuskan bekalan air bersih dan elektrik. Selain negara Amerika,
negara-negara di Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun juga terdedah
dengan benca-bencana alam seperti gempa bumi di dasar laut yang akhirnya
mengakibatkan berlakunya tsunami. Dalam siri beberapa kejadian bencana alam,
negara Jepun telah mengalami lebih kurang 10 peristiwa bencana alam yang
terdiri daripada letupan gunung Uzen, 1792, gempa bumi Great Kantō, 1923, gempa
bumi Tonankai, 1944, Sea of Japan, 1983, gempa bumi Hokkaidō, 1993, gempa bumi di
Miyagibumi dan Nankaidō pada tahun 2005.
Gambar 3: Tsunami di Jepun,
2011
Sehubungan dengan itu, bencana alam yang terbaru melanda Manila,
Filipina merupakan ribut taufan yang dikenali sebagi Taufan Sarika. Dalam
kejadian tersebut, sekurang-kurangnya seorang maut sementara tiga orang nelayan
dilaporkan hilang dan kesan daripada taufan tersebut turut menyebabkan
kerosakkan kabel elektrik dan telefon musnah. Selain daripada itu, taufan
tersebut juga mengakibatkan lebih kurang 246 000 penduduk kehilangan punca
pendapatan dan sumber bekalan air dan elektrik. Menurut kenyataan Peramal Cuaca
Kerajaan, taufan tersebut merupakan yang terburuk dan terkuat setakat tempoh yang
terdekat. Taufan Sarika tersebut berkelajuan 180 kilometer sejam yang melintasi
pulau tersebut berserta angin kuat serta hujan lebat. Di samping itu, taufan
tersebut juga telah memusnahkan rumah kayu dan mengakibatkan pokok tumbang
serta menangglkan bumbung rumah.
Gambar 5: Lokasi Taufan Sarika
Sehubungan dengan itu, lantaran Taufan Sarika membadai
Pulau Luzon, Filipina ianya turut disusuli dengan taufan Haima yang berada di
643.7 kilometer di barat daya Guam dan dijangka membawa angin kencang dengan kelajuan
241 kilometer sejam atau lebih. Bukan sekadar terhenti di Filipina, pada 18
Oktober sekitar pukul 4.08 pm, Jabatan Meteorologi Malaysia (Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi) telah mengeluarkan kenyataan bahawa taufan Sarika turut
dikesan pada Latitud 19.3 Utara; Longitud 109.7 Timur, pada jam 02:00 petang,
18 Oktober 2016, kira-kira 1,578 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan
pergerakan ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kmsj. Walaubagaimanapun, pada
pandangan saya berdasarkan potensi kedudukan Sabah yang terletak jauh dari Kepulauan
Filipina, meskipun taufan tersebut dikesan kadar kelajuannya sudah pasti akan
berkurang. Oleh itu, ianya tidak lah terlalu membimbangkan namun langkah-langkah
berjaga harus diambil kira.
Dalam beberapa siri kesan bencana alam yang berlaku di
seluruh dunia ianya memberi kesan yang amat ketara dari aspek ekonomi, sosial
dan alam sekitar. Sebagai contoh kesan Tsunami Acheh pada 26 Disember 2004 yang
memberi kesan yang paling tragis dalam sejarah tsunami di dunia. Persatuan
Bangsa-Bangsa (PBB) menyatakan tsunami di Aceh sebagai bencana kemanusiaan
terbesar yang pernah terjadi. Kawasan terparah yang dilanda tsunami adalah
Aceh, Khao Lak di Thailand dan sebahagian Sri Lanka dan India. Tsunami Acheh
berlaku pada pukul 7.59 pm yang berskala 9.1 ke 9.3 skala Richter telah menggoncang
dasar laut di barat daya Sumatra, sekitar 20 sampai 25 kilometer lepas pantai.
Hanya dalam beberapa jam saja, gelombang tsunami dari gempa itu mencapai
daratan Afrika.
Tsunami yang berpusat di Lautan Hindi mengakibatkan
kematian seramai 230 000 orang yang terdiri daripada beberapa buah negara
termasuk Malaysia dan Acheh merupakan angka terbesar kematian dalam kejadian
tersebut dengan jumlah kira-kira 170,000 orang, diikuti Sri Lanka (35,322
orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang) manakala kematian di
negara-negara lain di bawah 100 orang. Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat
(AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126
juta hilang tempat tinggal. Selain daripada kesan kematian, kawasan yang
terlibat dengan bencana alam turut terkesan dengan kemusanahan tempat tinggal,
ekonomi terjejas dan juga boleh mengakibatkan kesan trauma terhadap mangsa. Di
samping itu, kewujudan pelbagai penyakit berjangkit juga boleh berlaku. Oleh
hal yang demikian sebagai langkah berjaga-berjaga pihak yang berwajib dalam
mengawal kesan bencana alam ini sebaiknya memberi perhatian lebih.
Walaupun bencana alam merupakan kejadian di luar
jangkauan manusia namun langkah berjaga merupakan usaha yang terbaik agar kesan
sampingan turut berkurangan. Pada pandangan saya, antara langkah yang boleh
diambil ialah dengan mewujudkan satu sistem amaran awal apabila bencana alam apabila
wujud tanda-tanda awal akan berlakunya bencana alam. Sistem ini boleh digunakan
dalam pelbagai jenis peranti seperti telefon bimbit, penggunaan siren dan
pengumuman menerusi media masa seperti televisyen, internet, radio dan
sebagainya. Keberkesanan sistem ini membolehkan penduduk bersiap-siaga jika
berlaku sebarang kecemasan walau di mana sahaja mereka berada. Para pelancong
khususnya boleh melarikan diri dari kawasan yang dilabel sebagai kawasan yang
merbahaya terutamanya di kawasan luar bandar.
Sesungguhnya, sistem ini sekurang-kurangnya boleh
mengurangkan jumlah kematian jika berlaku sebarang bencana alam terutamanya
tsunami dan rebut taufan kerana kedua-dua bencana ini berlaku dalam kadar masa
yang pantas. Selain itu, masyarakat juga seharusnya diberi penekanan dan
pendedahan berterusan berkaitan dengan pelbagai latihan kecemasan. Sementara
itu, golongan muda pula sebaiknya diberikan teknik menyelamatkan diri ketika
menghadapi bencana alam seperti banjir atau ribut taufan supaya mereka tau
tindakan yang betul untuk dilaksanakan. Pelajar di peringkat sekolah dan
institusi pengajian tinggi juga disarankan supaya boleh menguasai dalam semua
kursus kokurikulum yang berkaitan dengan teknik menghadapi detik-detik
kecemasan supaya tidak kekok apabila berdepan dengan situasi getir.
Dari sudut yang lain, bencana alam boleh diatasi dengan
menjaga keseimbangan ekosistem alam semula jadi. Kawasan hutan dan bukit tidak
seharusnya dimusnahkan sewenang-wenangnya kerana jika kawasan seperti ini tidak
dipelihara kesannya akan mengakibatkan berlakunya banjir dan tanah runtuh
selain kehancuran ekosistem alam sekitar. Pasukan khas menangani bencana alam
boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi isu bencana alam ini.
Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang
dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya, pasukan khas ini boleh dihantar
untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa bencana alam dengan pantas. Dalam
pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil untuk
mengurangkan risiko kejadian bencana alam. Rentetan itu, pihak kerajaan
perlulah menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan berteknologi tinggi
supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang
berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk
berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal dalam
menghadapi bencana alam seperti menyediakan tempat tinggal sementara bagi
rakyat, bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Selain itu,
masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia
menghadapi bencana alam.
Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku. Akhirnya, Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus menjalankan peranan bagi mengatasi masalah bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat kampung agar sedar dengan keadaan alam sekitar kita yang mungkin akan mengalami bencana. Selain itu, kempen ini turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam. Sebagai contoh, sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat bagi menjamin keselamatan diri.
Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku. Akhirnya, Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus menjalankan peranan bagi mengatasi masalah bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat kampung agar sedar dengan keadaan alam sekitar kita yang mungkin akan mengalami bencana. Selain itu, kempen ini turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam. Sebagai contoh, sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat bagi menjamin keselamatan diri.
Sebagai kesimpulannya, bencana alam merupakan proses
berlakunya ketidakseimbangan dan gangguan terhadap sistem geomorfologi,
hidrologi dan atmosfera. Walaupun bencana alam merupakan aktiviti di luar
jangkaan kita namun sebagai langkah berjaga-jaga kita seharusnya senantiasa
berusaha mengurangkan kesannya. Dalam erti kata lain, peranan kerajaan, badan
berwajib di peringkat global dan penglibatan individu dan masyarakat merupakan tunjang
utama dalam memberi resolusi yang lebih berkesan dalam menangani isu bencana
alam. Oleh itu, memandangkan kesan bencana alam ini memberi impak yang sangat
mendalam maka resolusi proaktif, efisen dan efektif sangat diperlukan agar
kesan negatif dapat dikurangkan.
Maklumat lanjut,sila layari laman web berikut:
Maklumat lanjut,sila layari laman web berikut:
http://www.bharian.com.my/node/202496
http://duniaberita.top/berita/berita-banjir-di-amerika-terbaru/
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mengingati-tsunami-2004-1.39240
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-terkorban-taufan-sarika-landa- utara-filipina-1.395923
http://www.newsth.com/ruptik/27902/berita-hari-ini-busan-korea-selatan-dihantam-
http://www.newsth.com/ruptik/27902/berita-hari-ini-busan-korea-selatan-dihantam-
topan-dahsyat-chaba-dan-tsunami-4-orang-tewas-prayforbusan-jadi-trending-topik- dunia/
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya