SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Monday, 26 December 2016

Andai aku takdirmu

Views
Selamat Pagi semua ..

Dunia ini sememangnya neraka bagi mereka yang tidak kenal apa itu kesudahan dunia yang penuh panncaroba ini. Terkadang aku merasa hidup ini bukan lah satu jalan yang terbaik yang harus aku lalui selamanya,aku termakan dengan gurau-senda dan kasih dari insan yang bergelar perempuan atau mungkin boleh aku anggap wanita. Saat Tahun akhir aku mengaji di Universiti Utara Malaysia iaitu sekitar akhir September 2016,aku kenal akan seorang perempuan yang berasal dari Jitra. Dia merupakan Coursemate aku,aku kenal dia melalui aplikasi wechat hingga satu saat dia chat aku setelah sekian lama kami tidak berhubung. Sebenarnya,aku kenal dia dari Semester sebelumnya lagi tapi ketika itu dia tidak melayan aku karna dia sudah ada kekasih. Dipendekkan cerita,pada satu hari dia chat aku dan berkata bahawa dia nampak aku turun dari bas ketika hendak ke kelas. Bermula dari saat itu,aku dengan dia semakin selesa,selalu jumpa,makan sama-sama,keluar bersama,saling bantu membantu ketika aku atau dia tiada duit.

          Tatkala terlalu kerap bersua,study bersama,stay up sama di Lib maka hadirlah perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain dan akhirnya kami sudah dikatakan pasangan bercinta. Ketika sudah selesa dengan status hubungan itu,aku semakin merasa bahagia kerana aku berharap bahawa dia lah yang terakhir dalam hidup aku. Sejujurnya,sejak aku putus dengan kekasih aku pada tahun 2013 aku tidak pernah bercinta dan hadirnya dia dalam hidup aku ibarat sinar yang menyerlah di pantai merdeka. Aku sayang dia,aku cinta akan dia. Aku lakukan semuanya yang dia tidak minta,aku bantu dia buat assignment dia,aku belikan dia makanan sesuai dengan kebutuhannya. Walaubagaimanapun, hubungan kami ibarat telur di hujung tanduk ketika dia bagitau bahawa dia baru putus dengan kekasih gelap dia yang merupakan Senior dan baru sahaja Konvo bulan November yang lepas. Dia putus semasa hari raya aidilfitri tahun ini tanpa sebarang alasan. Pendek kata,dia ditinggalkan bagai layang-layang putus talinya.

          Ketika dia memberitahu perkara itu,aku bingung,sedih kecewa dan segala rasa muncul di benakku. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Namun begitu,aku tabahkan hati ini,aku untuk anggap semua itu merupakan ujian. Dia memberitahu kepadaku bahawa dia benci akan kekasihnya tapi aku tidak merasa seperti itu,aku yakin dia masih sayang sangat-sangat kepada lelaki itu. Dia menangis,aku betul-betul tak boleh tengok dia menangis,aku terseksa. Kenapalah lelaki itu tinggalkan dia macam itu saja? Allahu akhbar! Aku memang sedih ketika itu. Aku sedih Yaa Tuhan! Sememangnya aku benar-benar sayang akan dia. Sehingga ketika ini,aku masih guna nama dia "sayang" di list contact aku dan aku masih guna gambar dia sebagai "lock screen" hp aku walau terkadang aku ingin mengubahnya namu aku tak mampu karna aku masih mengharapkan diri dia. Seandainya aku ubah,aku sudah khianati niat aku nak menjadikan dia kekasih halal aku.

          Aku masih teringat saat botol airnya tertinggal di kelas (bangunan FE14),aku merasa bahawa dia sangat risau jika botol itu hilang kerana botol itu merupakan pemberian dari seseorang (ahli keluarganya) dan dia merasakan botol itu amat penting baginya. Aku menjadi bingung,serba salah. Aku bertanya kepada hati aku,apa yang mampu aku buat supaya dia tidak risau. Akhirnya,aku memutuskan untuk ke sana dan mencari botol itu,ternyata saat aku sampai di sana pintu kelas dikunci rapi. Lalu aku pun memberitahu dia bahawa pintu kelas itu ditutup dan esok pagi aku akan pergi lagi. Dia bertanya,aku pergi dengan siapa pada waktu malam itu dan aku bagitau dengan kawan aku (sebenarnya aku pergi seorang). Aku tak mahu dia risau. Ketika aku katakan aku sudah pergi ke kelas itu,dia rasa serba salah tapi aku tetap dengan pendirian aku,aku sayang dia. Aku sanggup lakukan apa saja asalkan dia bahagia dan aku gembira pabila melihat dia boleh senyum.

          Terkadang aku merasa,aku tidak disayang oleh dia. Aku rasa kadang-kadang aku dipersia tetapi kerana kekuatan cinta aku,aku abaikan semua perasaan itu. Aku memang terasa apabila banyak benda yang aku buat tapi dia seperti tidak membalas dengan ikhlas. Aku masih ingat ketika dia katakan bahawa dia sudah tidak bawa kereta lagi dan hanya menunggang motorsikal jadi tidak dapat ke Lib lagi. Aku merasakan seolah-olah aku menjadi beban kepada dia tapi aku diamkan diri sahaja karna aku tidak mampu untuk meluahkan segala rasa yang ada di benakku. Aku juga masih ingat ketika dia kata bahawa dia penat sebab selalu balik lewat karna aku yang inginkan supaya balik lewat namun aku akui semua itu memang salah aku. "aku minta maaf awak". Kalau diingatkan,banyak juga permintaan dia yang aku tak tertunai,memang banyak tapi aku dah list semua yang dia nak sebab aku dah plan,akan tunaikan apabila aku dah ada kerja yang tetap.

          Tetapi apa kan daya,hubungan kami tidak panjang. Aku merasa betul-betul kecewa sampai aku rasa nak buang saja sim kad,delete facebook,wechat,insta dan wasap tapi aku kena profesional sebab aku tak boleh hanya karna cinta,aku hancur. Jika diingatkan balik,aku masih ingat ketika dia sedang guna motor,dia pernah ajak aku ke Lib dan ketika itu cuaca tidak menentu. Ketika itu,aku dengan kawan aku Pratiep di SRR,aku tolong dia record video Mandarin. Tiba-tiba dia wasap aku,tak pasti nak datang atau tidak sebab hujan di luar,jadi dia minta tolong aku buat sedikit assignment dia. Dia tak tau yang ketika itu aku rindu sangat dgn dia,serius memang rindu tapi apa kan daya kerana cinta aku kepada dia. Aku bagitau Pratiep,aku kena pulang sekarang dan aku mahu ke dpp Mas. Memang ketika itu hujan,aku tak suruh dia pergi Lib dan biar aku yang pergi ke sana. Dia tak tau,semasa aku jalan kaki aku terkena hujan gerimis dari Sac ke Cafe Mas. Demi cinta,aku sanggup buat apa saja. Biar aku yang sakit karna hujan,jangan dia yang merasa sejuk lalu sakit. Di cafe lah,kami berjumpa dia siapkan assignment dia. Alhamdulilah,bila aku nak balik dia suruh guna motor dia.

          Sebenarnya,aku teringin sangat nak luahkan segala yang aku lalui bersama dia tetapi perkara yang menyebabkan aku menukilkan luahan hati aku ini adalah kerana satu perkara sahaja. Last kami jumpa di TM,waktu itu dia katakan kepada aku. "Cari aku apabila kamu dah ada kereta,rumah dan kerja tetap",aku sahut cabaran dia. Aku memang seorang yang suka cabaran dan aku sahut dan dia juga sempat berpesan kepada aku,kalau ketika aku datang cari dia nanti even dia dah ada pakwe dia akan pilih aku tapi bagi aku mana mungkin semudah itu dia mampu buat. Itu kata-kata dia yang buat aku makan dalam,kenapa?? Nak dijadikan cerita,2 hari lepas aku ada check wasap dia lalu aku terlihat gambar profil dia dengan seorang lelaki. Ya Allah! siapa lelaki itu? Itu kah kekasih gelap dia? Sejujurnya,remuk hati aku sebab dia boleh kata even aku dah ada pakwe aku akan pilih kamu tetapi belum lama kami putus,dia sudah balik kepada pakwe lama dia atau mungkin lelaki lain.

          Jika difikirkan teringin sangat aku bertanya tapi aku tak nak dia rasa aku masih sayang dia karna dia mengharap yang aku sudah boleh lupakan dia. Yaa,memang aku ada katakan kepadanya aku memang sudah boleh lupakan kisah kami tapi sebenarnya tidak. Aku hipokrit kepada diri aku sendiri sebab aku memang masih tak boleh terima keputusan dia. Kenapa dia tak boleh terima cinta aku?? Kenapa dia masih tak boleh lupakan lelaki itu?? Tetapi bila aku fikirkan balik,mungkin ada wajarnya dia tidak suka dan terima cinta aku jika dibandingkan dengan kekasih dia. Aku bukan lelaki yang pandai bergaya,ada kereta,boleh bawa dia ke mana saja,selalu ambil gambar dengan dia. Bukan macam kekasih dia,semua yang aku tiada dia ada tetapi semua yang dia ada aku tidak punya. Ada wajarnya juga jurang ini menyebabkan dia tidak memilih aku malah melupakan aku secepat ini. Apa-apa pun,aku doakan dia semoga bahagia bersama dengan pilihan hatinya walaupun aku terpaksa berkorban. Tumpang gembira dan bahagia melihat dia senang dan happy bersama orang yang dia sayang walau hakikatnya aku terseksa. Nak menyesal pun sudah tiada gunanya,aku bukan setanding dengan lelaki yang dia sayang ketika ini,aku bukan lah lelaki yang bergaya sebaliknya aku hanya budak Sabah yang tinggal di Kampung dan miskin. Aku sadar siapa diri aku. Aku bukanlah mahu merendah diri tapi aku hanya ingin berpijak di bumi yang nyata.


Disember, 2016.
TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com