Wednesday, 12 July 2017
Friday, 6 January 2017
Noktah terindah
Selamat Petang semua ....
Di sini lah aku mengenal arti pendidikan tinggi. Impian aku sampai ke menara gading. Itu lah dia Universiti Utara Malaysia sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia,Kedah. Detik demi detik,hari ni merupakan hari yang ketiga terakhir sebelum aku meninggalkan tempat ini dan selanjutnya menjalani praktikal di Muzium Sabah. Aku masih teringat akan hasrat murni aku untuk mengorak sebuah langkah perjuangan yang baru,bercorak kesederhanaan dan merangkumi segala isi kehidupan aku selama aku berada di Sabah. Mungkin ramai yang tertanya, kenapa aku memilih Kedah sebagai lapangan dan wadah baru untuk aku mendalami ilmu dunia yang baru. Sebenarnya, tujuan utama aku ke Utara ini adalah lebih kepada keinginan aku untuk mengubah diri ini kepada insan yang lebih baik dan bermanfaat kepada Islam. Kisah silam aku ketika remaja (di bangku sekolah) mendorong aku untuk menikmati sebuah pengalaman baru yang mungkin bakal memberi sirna ke dalam lubuk hati ku. Semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong (SeMeGa), aku merupakan seorang pelajar yang nakal.
Jika berlaku pergaduhan dalam kalangan pelajar tidak kira senior mahupun junior, nama aku pasti akan dijentik. Begitulah besarnya nama aku di sekolah ketika itu namun besarnya berintikan kejahatan yang dinilai oleh guru, kakitangan sekolah, pelajar dan orang luar. Kebanggaan yang dibenci Islam!. Apa saja kesalahan yang aku tak pernah buat di sekolah, semua sudah aku pernah lakukan, aku berasa bangga dengan semua kejahatan yang aku buat kerana nama aku semakin naik, setiap kali apabila disebut nama aku semua pelajar kenal bahkan orang luar juga sudah tabu dengan nama aku. Apabila waktu perhimpunan, sering saja nama aku disebut kerana melanggar disiplin sekolah. Bermula dengan rambutku yang panjang (ala-ala gengster), baju kecil, seluar fit dan baju tak "tuck in". Itu lah perwatakkan aku terutamanya masuk tingkatan 4 dan 5. Pernah juga aku dipanggil ke hadapan semasa perhimpunan kerana lambat sampai ke sekolah, nama aku disebut segala perbuatan aku disindir oleh pelajar dan bermula dari itu aku semakin berani dan agresif melanggar peraturan.

Subscribe to:
Posts (Atom)