Bismillah..
Baiklah,
hari ni memandangkan hujan melulu, aku nak lah sedikit membuat secebis coretan.
Hujan lebat guys! Ingat, jangan lupa baca doa hujan sebab bukan semua kawasan
di dunia mengalami hujan. Macam di negara Arab, drg jarang2 dapat hujan tapi
sekali hujan drg berlari tuh ke luar sambil menadah tangan dan berdoa. Time ni berasa nak menulis pula sebab
skg musim konvo. Beberapa hari yang lepas viral
pasal graduan biadap kepada majlis konvokesyen di Universiti Malaya. Tapi yang
tu aku x nak sentuh lah malas. Yang aku nak share pasal adik Nur Athirah Binti
Rushami Zien, penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena konvokesyen ke-32 UUM
baru-baru nih. Doa asal Kedah sebenarnya, anak Professor kot tp itu bukan lah
sebab dia dapat anugerah tu. Dia dapat 4.00 setiap Sem, then CGPA dia 3.99/4.00 kot! Otak geliga sangat nohhh! Bukan senang
nak dapat Dean list tuh guys! Tapi
adik nih dapat sebab rahsianya ialahh keseimbangan dunia dan akhirat kemudian
akademik dan Kokurikulum. Katanya, nak dapat kejayaan kita kena ada link yang
kuat dengan sang pencipta dan kena minta doa restu daripada orang tua kita.
Biar semua kerja yang kita lakukan ada keberkatan daripada Allah swt.
Nak
berjaya, tak semestinya kena pulun akademik sahaja tapi kena balance dengan Kokurikulum. Beliau
merupakan seorang yang aktif dengan program, persatuan dan kelab namun pada
masa yang sama Dean list. So, kepada
adik-adik di luar sana khususnya yang masih sekolah rendah or menengah. Jangan
terlalu risau dengan keputusan korang sebab peringkat korg adalah pembinaan sahsiah
dan akhlak. Buktinyaa, jika gagal dalam UPSR or PT3, korang masih boleh sambung
ke peringkat seterusnya. TAPI untuk SPM korang kena betul-betul pulun ya sebab
SPM ni basic kelayakan yang akan
diminta apabila nak memohon kerja nanti. Biar lah SPM tu straight A dan kena jaga sangat Gred subject Bahasa Melayu, English dan Matematik ni juga prasyarat
kelayakan untuk lepas permohonan kerja. Pengalaman saya sebagai job seeker selama berberapa tahun
membuktikan bahawa perkara ini sangat betul dan begitu juga jawatan Gred H11
sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu. So, korang kena hati-hatilah supaya
subjek tu tetap dalam gred yang selamat namun pada masa yang sama, subjek yang
gagal or tak memuaskan boleh buat pengulangan peperiksaan berbayar. Boleh rujuk
dengan pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan
perkara tersebut.
Sebelum
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, aku tekankan supaya
korang betul-betul tally dengan kos
or jurusan yang korang nak pilih. Kena buat research
tentang pasaran kerja yang bersesuaian dengan kos korang. Untuk lebih mudah,
jumpa saja dengan Kaunselor or senior-senior yang ada pengalaman tersebut.
Sebagai contoh, negara Malaysia sudah masuk revolusi industri 4.0 bahkan
sekarang kerajaan sudah mula menggunakan jalur lebar 5G maknanya semua sistem
bakal menjadi online. Kesannya juga,
beberapa kategori kerja akan hilang contohnya bahagiankhidmat pelanggan dan
kerani sebab semuanya hanya dilakukan dengan mesin melalui kawalan jarak jauh.
Jangan ambil kos sebab nak masuk U saja or sebab xda pilihan. Itu semua alasan!
korang kena berusaha, keluar dari zon selesa. Setakat pengalaman aku lah,
kerjaya yang masih relevan sampai sekarang ialah profesion perguruan, kos
teknologi dan media. Kalau boleh, adik-adik lepasan SPM or PT3 masuklah Sekolah
or Kolej Vokasional yang menawarkan sijil TVET tuh sebab sekarang kerajaan mula
kembangkan industri tuh selaras dengan perkembangan dunia teknologi sekarang.
Boleh
rujuk link di bawah pasal adik Athirah J
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya