SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Thursday, 15 October 2020

Pendidikan VS Pelajaran

Views


Saya selalu ditanya: apa beza ‘pelajaran’ dan ‘pendidikan’?

Saya bagi situasi hipotetikal. Kau masuk universiti, kemudian keluar dengan ijazah kelas pertama. Lepas itu, kau minum teh di kedai Mamak sambil hisap rokok berdebus-debus. Sikit pun tidak peduli orang keliling, kiri dan kanan.

Maksudnya, kau cuma pintar akademik, tapi pandir sivik. Berpelajaran, tapi tidak berpendidikan.

Atau begini. Kau belajar kalkulus dan algebra. Kau tekuni Teori Pythagoras, tentang garis terpendek antara dua titik. Bila rumah kau kena banjir, kau pilih jarak terdekat untuk keluar ke tempat selamat sebab Matematik kata begitu. Meski pun kau tahu jalan itu ada longkang besar. Akibatnya? Kau hanyut, lemas dan mati.

Maksudnya, kau cuma ada ilmu (knowledge) tentang penyelesaian masalah, seperti dalam buku teks. Tapi tiada hikmah (wisdom) untuk mempraktiknya secara amali di alam realiti. Kau berjaya menikmati pelajaran, tapi gagal menghayati pendidikan.

Pelajaran itu sekadar output yang terhasil bagi aktiviti pembelajaran (e.g kurikulum, fieldtrip, silibus, markah, graduasi, etc). Pendidikan itu pula outcome yang membina karektor si pelajar (e.g. sikap, nilai dan budaya). Masih ramai yang kurang hadam konsep “output” dan “outcome” dalam konteks ini.

Sebab itu, meskipun OBE (outcome-based education) sudah bertahun-tahun terolah dalam pendidikan Malaysia, masih ramai pendidik yang keliru. Paradigma dan amalan mereka belum berganjak dari content-oriented kepada skill-oriented. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran — yang mereka pupuk, ukur dan nilai masih lagi output, bukannya outcome. OBE juga, tapi O yang lain.

Untuk membolehkan peralihan signifikan daripada ‘lanskap pelajaran’ kepada ‘landskap pendidikan’ benar-benar berlaku — kita mesti reformasikan cara kita menaksir, menilik dan mena’akul sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada. Berani berubah dari output, kepada outcome.

Seorang yang terpelajar, belum tentu terdidik. Pelajaran itu disukat pada report card dan sijil. Pendidikan itu terpancar pada kemahiran, pemikiran dan tingkah laku.

CC: Rem Dambul

Sunday, 4 October 2020

Peperiksaan PKP C19

Views

Gambar 1: Bulatan Masa, UUM

Kemunculan pandemik C19 menyebabkan seluruh dunia lumpuh khususnya dalam bidang ekonomi. Di Malaysia, sektor pendidikan juga terkena tempiasnya kerana pada awal PKP seluruh sekolah ditutup. Semua P & P dijalankan secara atas talian. Banyak rungutan para ibubapa. Penulis yakin dan percaya, pasti akan muncul suara-suara sumbang berkaitan keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan sebagainya. Prestasi anak-anak yang cemerlang sebelum ini dijangka akan terjejas bahkan mungkin merudum jauh daripada sasaran. Begitulah sikap ibu bapa dan penguasaan anak-anak dalam pelajaran yang tidak memahami akan hakikat kebaikan pembelajaran secara atas talian. Para pelajar tidak sadar akan pasaran kerja di luar sana yang semakin mencabar. Industri Revolusi 4.0 kini menjadikan pasaran di luar sana memerlukan kemahiran teknologi untuk melakukan pekerjaan. Semoga anak-anak kita mendapat masa depan yang cerah. Aminn

-18/02/1442- Isnin 11.15am

Tak akan pernah dilupakan (Zaman Kanak-kanak)

Views

























TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com