SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 30 September 2016

Sang Penakluk Cinta

Views


Sulit ku mengartikan rasa ini..
Padahal terlihat jelas dimataku.
Pikiranku berkata “ya ”
dan hatiku berkata “tidak”

Saat semua terlukis jelas dihadapanku
kau tebarkan beribu kata kata indah
untuk dia..dia..dan mereka..
Mungkin aku adalah salah satu korban cintamu..

yang tak mudah untuk menghapus semua memori tentangmu..
Kamu benar benar sang penakluk hati..aku mengaku kalah..
atas semua yang kau beri..
bunga…kado..puisi..puisi..

semuanya terangkai indah untukku..
Kau sang peluluh hatiku..
aku terbuai dan terluka..

Senario Keganasan Antarabangsa: Islam atau Media?

Views
asalamualaikum dan salam sejahtera..


Isu keganasan di Malaysia bukanlah satu senario yang baru diperkatakan bahkan jika ditelusuri isu keganasan ini pada peringkat global ia merupakan ancaman yang amat jelas kepada negara-negara di Timur Tengah dan ketika ini merebak ke seluruh negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dalam tempoh beberapa dekat yang lalu,Malaysia telah mendapat ancaman daripada beberapa kumpulan pengganas antarabangsa seperti aL Maunah, Daesh, Is dan sebagainya. Namun demikian,jika kita amati isu keganasan di Malaysia bukanlah satu perkara yang terlalu dianggap mencapai pada tahap kritikal kerana kita percaya Negara Malaysia masih berada pada tahap yang selamat dari segi keselamatan dan pertahanan negara.
            
      Kebelakangan ini Malaysia sering dikaitkan dengan ancaman kumpulan Pengganas bermula dengan isu pencerobohan pengganas Sulu di Kg Tanduo Lahad Datu,Sabah pada 11 Febuari 2013 hingga 24 Mac 2013 dan sesudah itu diikuti dengan isu penculikan oleh kumpulan pengganas dari Filipina iaitu Abu Sayyaff pada 28 September 2016. Mereka menculik dan merampas kesemua barangan nelayan ketika berada di perairan Pulau Gaya dan Tungku Lahad Datu,Sabah. Dalam beberapa siri penculikan oleh pelampau Islam Filipina,ada sesetengah mangsa disembelih dan diancam malah dibiarkan lapar semasa dalam tahanan. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kumpulan-bersenjata-culik-pemilik-kapal-pukat-tunda-rompak-dua-kapal-nelayan-di-sabah-117900. Pada pandangan saya,isu penculikan yang berlaku majoritinya bermotifkan wang tebusan dari Majikan dan pihak kerajaan. Namun demikian,apa yang menarik perhatian saya ialah kebanyakkan pengganas menggunakan Islam sebagai hujah untuk mereka melakukan keganasan. Mereka berjihad,menggunakan wang tebusan untuk membangunkan syiar Islam sedangkan hakikatnya mereka tidak kurang dari binatang yang bertopengkan Islam sebagai agama Islam.



Gambar 1: Militan Abu Sayyaf

     Jika pada peringkat antarabangsa,konflik yang berlaku adalah sedikit berbeza dengan keganasan yang berlaku di peringkat dalam negara kerana pada tahap yang melibatkan negara-negara berkuasa veto seperti USA,China dan Russia isu keganasan sememangnya menjadikan agama sebagai platform. Jika kita selidiki perjalanan bagaimana Iraq dihancurkan ole ejen Amerika pada ketika itu ramai rakyat Iraq yang menolak pentadbiran Saddam Hussien. Namun,setelah Amerika ambil alih pentadbiran,meletakkan sistem barat dan ketenteraan yang ketat malah rakyat Iraq lebih benci kepada Amerika lebih dari Saddam Hussien dan bertambah parah lagi apabila aliran syiah di negara itu semakin berkembang. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah pada peringkat global,media antarabangsa seperti BBC,CNN and World Street Journal memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah tentang umat Islam di seluruh dunia.

     Ingatkah lagi kalian Peristiwa 9/11? Bagaimana World Trade Centre di Manhatan,New York runtuh dan musnah akibat masalah sistem penerbangan yang ditukar menjadi "autopilot" kemudian melanggar bangunan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa. Nah,pada saat itu lah media terutamanya BBC dan CNN memainkan peranan yang penting,mereka melabelkan kejadian itu dilakukan oleh militan Al Qaeda yang diketuai oleh Osama ben Laden. Susulan kejadian itu,segala konflik keganasan yang berlaku pasti akan dikaitkan dengan Islam. Media-media ini menguar-uarkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan menggunakan istilah Jihad dalam menghancurkan Yahudi Zionist. Padahal,kejadian itu dirancang rapi oleh orang dalam dan Osama yang dikatakan bertanggungjawab dalam kejadian itu sebenarnya merupakan ejen perisikan Amerika (CIA) yang diserupakan dengan wajah mirip Osama Ben Laden. Motif utamanya adalah untuk memperburukkan-burukkan Islam di mata dunia supaya membenci Islam dan pada ketika itu lah mereka (Yahudi) akan berusaha untuk menjayakan "New World Order program".

 


Gambar 2: New World Order

      Konspirasi gerakan bawah tanah ini dirancang secara rapi dan terperinci oleh ahli-ahli politik, ahli perniagaan, ketenteraan dan media dunia sebagai perantara di bawah pentadbiran di "White House". Golongan elit Zionist seperti Nathan Rotschild dan George Bush menggunakan politik sebagai platform dalam menimbulkan huru-hara di seluruh negara-negara yang berpotensi membawa kepada kejayaan mereka. Mereka menyebabkan banyak kematian dan menggunakan proxy sebagai penggerak demi mengaburi mata dunia. Israel di bawah pentadbiran Benjamin Nentanyahu merupakan lapangan mereka untuk menghancurkan Palestine kemudian menubuhkan sebuah negara yang berdaulat di atas tanah yang penuh dengan sejarah kegemilangan syiar Islam serta kelahiran para Nabi terdahulu. Bagi meletakkan rancangan mereka pada landasan yang selesa,mereka mencipta konflik di negara-negara yang memiliki sumber Petroleum seperti Arab Saudi, Kuwait, Iran dan United Arab Bersatu malah contoh terbaik adalah negara Iraq. Amerika menuduh Presiden Saddam Hussien memiliki senjata nuklear yang berupaya mengancam United States of Amerika padahal semua itu hanyalah tuduhan liar. Motif utamanya adalah untuk mengusai telaga minyak yang ada di dalam negara tersebut. Dalam pada itu, bagi merealisasikan pelbagai rencana ini, mereka menggunakan media antarabangsa sebagai sumber untuk mengucar-kacirkan persepsi masyarakat dunia terhadap Islam.

     Sehubungan dengan itu, Basu (2003) melihat hubungan media dan keganasan daripada tiga perspektif yang berbeza iaitu pengganas, media, dan pembuat polisi. Dari segi perspektif pengganas iaitu publisiti dan pendedahan, media berperanan penting bagi pencapaian perhatian umum, mendatangkan tindak balas daripada pembuat polisi dan sebagai saluran penyampaian keluhan dan tuntutan tujuan mereka. Dari segi media massa, media massa dipandang membantu para pengganas bagi memperoleh penghargaan. Sementara itu, pembuat polisi dapat menggunakan media bagi operasi membalas keganasan (counter terrorism). Selain Basu, hubungan media dan keganasan juga dibincangkan oleh McQuail yang menyatakan bahawa banyak kekerasan pengganas merupakan perkara yang sama ada direncanakan mahupun yang disasarkan bagi tujuan politik, oleh orang-orang yang berusaha menggunakan media. Walaupun secara tidak langsung, perkara ini telah menimbulkan hubungan yang rumit di antara media dan keganasan (McQuail,2000). Menurut Anderson (2008) Publisiti merupakan tujuan utama dan sebuah senjata bagi pelaku teror terhadap orang awam untuk menimbulkan kekacauan politik atau menyebabkan kerusuhan. Dengan erti kata lain, interaksi antara media dan terorisme memiliki corak interaksi tersediri bagi pencapaian tujuan masing-masing yang telah ditetapkan.


Gambar 3: Kemusnahan World Trade Centre,New York

     Keganasan yang berlaku pada peringkat global ini sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam kepada masyarakat sejagat umumnya. Sebagai contoh,keganasan yang berlaku akan menyebabkan kestabilan politik dalam negara bergolak akan terancam malah negara-negara serantau juga akan turut terkena tempiasnya. Sementara itu,ekonomi negara juga akan terjejas keran pelabur luar tidak berani untuk membuat pelaburan memandangkan situasi negara berada pada tahap yang membimbangkan. Di samping itu, pelbagai industri dalam negara juga akan terkesan dengan isu keganasan ini terutamanya industri pelancongan. Hal ini demikian kerana,pelancong luar akan berasa terancam jika berada di negara yang diancam oleh pengganas. Sebagai kesan jangka panjang, ia akan membantutkan pembangunan negara tersebut dan akhirnya akan jatuh muflis sehinggalah ia didominasi oleh negara-negara yang berkuasa besar terutamanya United States of Amerika. Oleh yang demikian,pelbagai kaedah yang proaktif seharusnya dilakukan demi mengatasi masalah ini.



 Gambar 4: Olympic Sport

     Selepas peristiwa 9/11 Amerika telah menggunakan segala macam helah untuk menyemai api kemarahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Bahkan,Amerika secara agresif menghalalkan keganasan terhadap umat Islam secara holistik sehingga tercetusnya istilah "Islamofobia" yang memberi kesan buruk terhadap hubungan diplomatik dan masyarakat sejagat. Meskipun,ada pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu,United Nation dan OIC ia tidaklah memberi jaminan bahawasanya isu keganasan akan berakhir dengan cara yang lebih baik. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad antara pemimpin Islam yang lantang bersuara dan tampil membawa isu ini ke peringkat tertinggi namun impaknya hanya berterusan dalam tempoh dan kondisi politik antarabangsa yang sementara.Beliau berkata,isu keganasan tidak seharusnya dikaitkan dengan agama, bangsa dan fahaman politik.Hal ini demikian kerana,keadaan tersebut akan mewujudkan ketegangan dan kepincangan dalam penerimaan pelbagai idea dan diskusi di peringkat antarabangsa.

     Antaranya ialah dialog peradaban, usaha ini merupakan satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al Banna “kita boleh bersama dengan perkara yang kita sepakati dan menghormati jika perkara berlainan”. Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama. Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara. 

     Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu negara miskin daripada segi ekonomi dan social. Selain itu, Sukan adalah wacana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.



Gambar 5: Tun Dr Mahathir Mohammed di Persidangan Antarabangsa

     Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan adakah bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan keganasan dalam tindakan mereka? Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umumnya, kita menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas menganggap tindakan mereka adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan, keadilan dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.


Monday, 26 September 2016

Islam is a Universal Religion

Views


Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta. Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak semuanya telus disampaikan kepada orang Rohingya ini.
Setiap hari orang-orang Rohingya ini berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk diduduki. Lebih ramai wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari. Masalah mereka tidak diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-tahun.Malah tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan mereka supaya hidup sejahtera di bumi ini.
Faktor isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Antara factor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya ialah tidak diakui kewarganegaraannya, dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’ dan sikap ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Selain itu, kerajaan Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Penyebab konflik ini juga ialah dikriminasi agama Islam oleh penganut agama Buddha. Hal ini kerana masjid tidak diperbaiki, penggantian masjid dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha. Malah yang menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha. Di samping itu, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan mereka. Sementara, State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan Rohingya  kerana Rohingya adalah Muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Seterusnya, undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’ menyisihkan etnik ini. Pada 1982 pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘Citizenship Law (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya  apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Kesannya, tentera Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Tambahan pula, ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian Rohingya dalam sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui Rohingya merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.

Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah satu ancaman kepada Myanmar. Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar tidak menerima orang-orang Islam di sana. Masalah ini berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN tidak memandang berat perkara ini. Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja tetapi soal kemanusiaan, dan keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka.
TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com