SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 29 May 2020

Istanbul dan Hagia Sophia, Turki

Views

ISTANBUL DAN HAGIA SOPHIA, TURKI

Jika di Istanbul, Turki saya paling suka ke Buyuk Carsi (Grand Baazar) minum Turkish coffee yang pekat dalam cawan kecil. Sebab terlalu pekat dan manis kena diikuti air sejuk satu gelas.
Grand Baazar di Istanbul adalah merupakan Shopping Mall yang pertama diatas muka bumi ini.
Hari ini Turkish Coffee terkenal diseluruh dunia sebagai juga salah satu dari kategori kopi.
Istanbul dulu adalah Constantinople, ibu kota kerajaan Rom Timur di tawan oleh Sultan Mehmed Bin Murad, berumur 21 tahun ketika itu pada 29 Mei 1453.
Constantinople di kepung selama 53 hari bermula 6 April 1453.

Maharaja Rom terakhir Emperor Constantine XI Palaiologos terbunuh dalam Peperangan tersebut didalam “last charge” (kemaraan terakhir). Mayatnya hanya dikenali dari coat of arm yang dipakainya.
Emperor Constantine XI terbunuh ketika berusia 48 tahun.

Penawanan Constantinople menandakan tamatnya Empire Rom (Barat dan Timur) yang telah berdiri selama 1,480 tahun bermula di Rom 27 tahun sebelum lahirnya Nabi Isa as atau 698 tahun sebelum lahirnya Nabi Muhammad saw, Nabi dan Rasullulah terakhir untuk semua umat manusia dan golongan jinn.
Tahun penawanan ini juga dikira sebagai berakhirnya ZAMAN PERTENGAHAN DUNIA (Middle Ages atau Medieval Period) yang dikira bermula dengan kejatuhan Empire Rom Barat pada 4 Sep 476 dibawah pemerintahan Emperornya yang terakhir Flavius Romulus Augustus.

Pada malam sebelum jatuhnya Constantinople, orang keristian yang berlindung di CATHEDRAL Hagia Sophia telah menyaksikan satu lembaga hitam naik kelangit dari dalam cathedral tersebut. Apakah gerangan lembaga tersebut tidaklah siapa pun mengetahuinya, namun peristiwa ini telah dilihat oleh ramai orang.
Hagia Sophia di siapkan pada tahun 360 semasa pemerintahan Emperor Constantius II. Ia merupakan carthedral terbesar didunia selama 1,168 tahun sehingga siap nya cathedral Seville diSepanyol pada tahun 1528.

Hagia Sophia adalah dari bahasa Greek bermakna “Holy Wisdom”- satu konsep dalam agama keristian boleh dikatakan sebagai hikmah dari Tuhan.

Pada hari kemenangan Sultan Mehmed, dikenali di Barat sebagai Mehmed The Conqueror (Turkish: Fatih Sultan Mehmed), Hagia Sophia dijadikan mesjid, dan kekal demikian sehingga tahun 1931, sehinggalah dijadikan muzium pada tahun 1935.

Kejatuhan Constantinople pada hari Jumaat, maka solat jumaat pertama di buat disini dengan di imamkan oleh Sultan Mehmed sendiri.

Pada hari tersebut juga syahid seorang anak muda yang berumur 25 tahun Ulubatli Hasan orang pertama yang telah menaikkan benderà Ottoman di puncak kota pertahanan Constantinople. Beliau meninggal dengan 27 panah di badannya namun benderà yang dipacaknya diatas kota memarakkan semangat tentera Ottoman dan melemahkan semangat pasukan Constantinople.
Hagia Sophia merupakan masjid Utama sehingga pembinaan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) pada tahun 1616.
Hagia Sophia harini adalah satu satu nya peninggalan senibina BYZANTINE yang terunggul didunia. Senibina Byzantine dikira bermula pada tahun 330 apabila Emperor Constantine the Great memindahkan ibukota Rom ke Byzantium yang kemudian dinamakan CONSTANTINOPLE.

Constantine the Great adalah Emperor Rom pertama yang memeluk keristian dan meletakkan asas melalui Edit of Milan pada tahun 315, memberi kebebasan beragama kepada orang keristian sehingga keristian menjadi agama resmi empayar Rom pada tahun 380 dizaman Emperor Theodosius I.

Melawat Hagia Sophia anda akan menyaksikan senibina yang berusia 1689 tahun.

Ini adalah binaan semula pada tahun 537 semasa pemerintahan Emperor Justinian I setelah terbakar pada tahun 532. Ia direkacipta oleh Anthemius dari Tralles dan Isidore dari Miletus, kedua-dua mereka sebenarnya bukanlah arkitek, tetapi adalah mathematician yang terkenal dizaman tersebut.

Ketika siap pembinaan semula ini Emperor Justinian I berkata; “Sulaiman, aku telah mengalahkan kamu”, merujuk kepada Hekhal (Masjid) Sulaiman yang di bina oleh Nabi Sulaiman Bin Nabi Daud as di Baitul Maqdis 950 tahun sebelum lahirnya Nabi Isa as yang telah dimusnahkan binaan keduanya oleh tentera Rom di bawah pimpinan Titus pada 8 Sept 70M.

Binaan asal Hekhal Sulaiman di musnahkan oleh Nebuchadnezzar, raja dari Babylon 587 tahun sebelum lahirnya Nabi Isa as setelah berdiri selama 363 tahun.

Pembinaan kedua Hekhal Sulaiman siap pada tahun 516 sebelum masihi di zaman Nabi Zekariah as dan Nabi Haggai as. Nabi Zekariah disini bukanlah Nabi Zakaria as bapa kepada Nabi Yahya as yang lahirnya pada abad pertama sebelum masihi, yaitu sekitar enam bulan sebelum lahirnya Nabi Isa as.

Nabi Yahya as dikenali dikalangan penganut Keristian sebagai John the Baptist. Baginda mati dibunuh oleh Herod Antipster, pemerintah Galilee dan Perea, kini di Israel dengan dipancung kepalanya pada tahun 36.
Pembinaan semula Hekhal Sulaiman dibuat atas perintah serta di biayai oleh Raja Persia dari empayar pertama (Achaemenid), Cyrus the Great (Raja Kurush) dikenali sebagai Dzu Al Qarnain dalam surah Al Kahfi ayat 83-101.

Seperti juga Nabi Dzu Al Kifl, nama Dzu Al Qarnain, bukan seorang nabi tetapi seorang raja yang beriman kepada Allah swt, tidak disebutkan secara khusus oleh Allah swt didalam Al Quran.
Lawatilah tempat bersejarah ini dimana kejatuhan kota ini ketangan Islam disebut dalam beberapa hadith 820 tahun sebelum peristiwa ini.

Sabda Nabi saw adalah tetap BENAR kerana tidaklah berkata baginda kecuali semuanya dengan ilmu dan hikmah daripada Allah swt jua walaupun pada hari ini ramai umat Islam sendiri tidak meyakini akan kebenaran hadith kerana mereka telah diserang penyakit AL WAHN, yaitu cintakan dunia dan takut mati (hubbud dunya wa karohiyatul maut).

Dari Tsauban ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

"Hampir saja para umat (yang kafir dan sesat) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring. Kemudian seseorang bertanya, 'Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?' Rasulullah bersabda, "Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian 'Wahn'. Kemudian seseorang bertanya, 'Apa itu 'Wahn?' Rasulullah berkata, "Cinta dunia dan takut mati."

Hadith riwayat Imam Abu Dawud dan Imam Ahmad.

Bahawa Islamlah yang akhirnya MENJATUHKAN Empire Keristian Rom cuba dipadam dari sejarah supaya kita tidak merasa bangga dengan kekuatan kita yang hanya dicapai dengan teguhnya kita berpegang kepada ajaran Islam dan bersatu sebagaimana digambarkan Rasulullah saw bagaikan satu tubuh. Hadith Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir al Ansari ra berbunyi:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam.”

Hadith riwayat Imam Muslim.

Petikan daripada facebook Johari Salim

No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com