Ni kawasan DKG 6. Memang berebut bas kalau di sini. Tip dia. Korg jangan tunggu bas dekat sangat, pegi hujung tp ikut nasib juga lah. Kadang ada driver dia ndak pegi jauh sana pun. Kalau hujan lebar mmg basah habis.
Okay yang ni pintu dia. Ada pintu depan and belakang. Korg jangan berdiri di sini, mmg tersepit kalau nda sempat, jangan juga terlampau berdiri pigi depan sebab tu driver nda berapa nampak side mirror dia. Haha lagi satu jangan kamurg pakai minyak wangi kuat sangat masuk dalam bas sebb dia pakai airkon bebau satu bas. Biasa kalau aku berdiri lah senang mudah kelluar. klau pun kosong ambillah kerusi paling luar senang keluar kecuali bas kelas kamu di perhentian terakhir. Hahaha
Ni time MSK (Minggu Suai Kenal) tp ni batch ntah bila. Masa aku 2013 dulu, mmg best kitorg pakai baju melayu. Masa tu xda Melayu pinjam member lah haha. Time kami tu aku mmg happening gila sebab sound sistem dia punya men kuat pastu airkon lagi pergh mmg sajuk. Biasa balik jam 1 ke 2 pagi. Pastu sambung aktiviti DPP pula. Dalam seminggu juga kami ulang alik dr DPP EON ke DMAS ni. Kenangan aku time ni kasut aku yg jenama crocodile yang 100 lebih habis hancur sebb itu jak kasut aku beli awal2. Mana lah tau asyike kana pakai itu jak. Baru jalan kaki lagi. Mataii haha tapi best lah. Rindu masa tu.
haha yang ni dekat perpustakaan Sultanah Bahiyah ni. Ada 5 tinggat ni. Bawah dekat Foyer Library tu ada studio tau. Pastu dkt SRR bawah yang ada Bank Islam sementara sbb drg bikin yang di Varsity Mall. Rasanya 2022 ni balik sana kali sudah. Huhuhu. Banyak kenangan juga di Library ni. Menangis pun ada. Bikin malu ee tp biasa dating lah. Hahaha
Yang ni jalanmnaik ke foyer. Kalau malam best sini sbb ada air pancut2 ppastu ada lampu2 lagi dia punya bunga sama yang di air tu. yang ni boleh lalu klu dr U-ASSIST, DKG 6, Pusat Konvensyen, dr SAC pun boleh juga. sebelah kanan dia ni ada Canselor. Boleh naik jalan kaki kalau hujan sebb ada laluan beratap di yang bersambung dengan Library.
hmm yang ni laluan pat joging ni, belakang DPP EON. Belakang DPP Maybank. Ada puncak Vista ni juga sebelah kiri dia. Sini lah kami merempit jam 2 3 pagi. Best sejuk pastu ada lampu lagi. Biasa sini lah kalau kami pgi solat di Masjid Badlishah. Dekat jak jalan kaki. Lalu sana Maybank. Maybank tu klu time aku urg dia semua yang sudah berkeluarga.
Haa, nak caka yang bunga2 tu kan hati2 kalau duduk tepi simen tu sebab ada ular kiciltau. Aku pernah dulu tp nasib lah aku nampak duluan haha. Biasa atas ni best angin dia. Sepoi2 gila. Hmm kalau la ada duit, mau juga balik belajar sini UUM. View dan suasana dia mmg nda mengecewakan.
Yang ni gerbang masuk UUM. Ada juga pintu belakang sana dekat DKG 7 . Masuk dia sana dekat laluan DPP TM belakang tapi sana pun ada gate juga ada UK yang jaga. Sini klu student nda pun kana tanya lesen, boleh jak bawa yang teda lesen cuma kenderaan mesti ada stiker. sebb drg tgk stiker jak tu. Kalau yang lelaki tu klu masuk nak pegi solat Jumaat boleh jak nda pakai helmet tp better pakai lah sebb aku pernah kena teriak dulu sebab nda pakai helem, hahaha
Okay gais, yang ni main entrance VMALL tp ni yang bikin baru sbb dulu time 2013 bukan mcm ni , time tu teda Richiamo Coffe tu sama Pizza Hut tu. Tp best sini banyak benda drg jual. Kedai print, bank, restaurant, kedai stationary, kedai baju, kedai buku, laundry pun ada sudah skg ni. dulu time aku mula2 masuk mana ada. hahaha.
Ni lah simpang ke blok G, bangunan yang ada bilik aku tp kan yang tar ni baru tau sbb dulu time aku nda cantik mcm ni. kalau time kemuncak ramai ni student sini tunggu bas sebabb banyak dpp sebelah ni kan. tapi aku sem 1 jak selalu sini pastu aku selalu turun sana DPP Tm sbb member aku ramai sana. Lagipun Cafe sana pekerja dia semua rapat sama aku berbanding cafe Eon. Huh! rindu banar aih sama UUM. Moga nanti dapat aku pg sana lagi. Aminnn. Disclaimer: Gambar diambil daripada Insta #UUMVIEW
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya