SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Wednesday, 29 July 2020

Jahseh Dwayne Ricardo Onfroy

Views

Penulisan ini bukan bertujuan untuk mempromosi, menyanjungi ‘Western People’ atau budaya barat melainkan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan mengambil iktibar untuk kehidupan yang mendatang.

Dalam dunia muzik, genre Rock, Balada, Pop mahupun Rap bukan suatu yang asing lagi. Biasanya, genre berbentuk Rap atau Hip-Hop digilai oleh golongan berkulit hitam. Begitu juga artis yang akan dibincangkan dalam artikel kali ini.

Jahseh Dwayne Ricardo Onfroy atau ‘XXXtentacion’ merupakan seorang penyanyi Rap yang memang terkenal di United States of America sekitar tahun 2013 hingga 2017. Rapper ini lahir pada 27 Januari 1998 dan berasal dari Plantation Florida, United States. Mula dikenali melalui Soundcloud pada tahun 2013 menerusi muzik yang dicipta berunsurkan Rap, Rock, Emo dan Grunge yang sangat dekat dengan anak muda ketika itu. Berikutan daripada kejayaannya sebagai rapper, penyanyi dan penulis lirik, akhirnya rapper ini menerbitkan beberapa buah album seperti ‘Look At me’ dan ‘Sad!’. Di juga turut mendapat beberapa buah anugerah seperti American Music Awards, BET Hip-Hop Awards dan Billboard Music Awards. 

Rajah 1: Penerimaan anugerah X

Penyanyi ini pernah dimasukkan ke penjara Juvana Houstan, Texas kerana beberapa kesalahan bawah umur. Setelah rapper ini keluar, barulah dia memulakan careernya sebagai dalam industri kerana bakatnya yang menyerlah. Tapi malangya, dia dikaitkan dengan bermacam-macam masalah sosial seperti merompak, ugutan bunuh dan mendera teman wanitanya malah melakukan ‘sexually abuse’ sehingga mengandung. Kesannya, dia mati dalam sebuah tragedi ‘fatally shot’ pada 18 June 2018 dalam satu rompakan kedai motorsikal Deerfield Beach, Florida.

Apa yang menarik sepanjang penglibatan rapper ini dalam dunia muzik, kebanyakkan lirik lagu yang diciptanya berkisarkan tentang kehidupan dan realiti hidupnya yang sebenar khususnya golongan kulit hitam. Dia memperjuangkan konsep keadilan disebabkan golongan kulit hitam sering didiskriminasi di United States of America dan ianya terbukti di seluruh dunia. Bahkan baru-baru ini, seorang lelaki berkulit hitam George Floyd dibunuh oleh pegawai polis Amerika walaupun beliau telah mengatakan ‘I cannot breath’ dalam sebuah peristiwa di mana mangsa dikatakan membeli menggunakan duit palsu. Banyak lagi scene-scene yang menunjukkan memang wujud penindasan terhadap kaum berkulit hitam di seantero dunia.


Rajah 2: Dreadlock hairstyle

‘Black Live Matter’ menjadi isu yang trending di seluruh dia pada masa itu sehingga kematian rapper ini turut menjadi isu yang sedikit hangat. Hanya mungkin kerana dia merupakan bekas pesalah maka kes ini kurang mendapat liputan media, mungkin juga kerana dia seorang yang berkulit hitam. Diskriminasi ini lah yang menyempitkan fikiran manusia, jangan lah sesekali kita menggunakan alasan apa yang buruk di mata itu lah yang buruk. Yang baik di mata sudah pasti baik. BELUM TENTU gais! Oleh itu, berhati-hati lah dalam melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk perbuatan, lisan hatta dalam hati sekalipun. Penulis sangat minat dengan lagunya yang bertajuk ‘NUMB’ XXXTentacion-Numb tapi bukan yang versi Linkin Park ya 


Retrieved from: https://detroit.cbslocal.com/2018/06/19/no-motive-arrests-in-fatal-shooting-of-rapper-xxxtentacion/

Retrieved from: https://www.reddit.com/r/LetsTalkMusic/comments/hyrsro/neoliberalism_and_stagnation_in_music/

Retrieved from: https://kcou.fm/xxxtentacion-and-rappers-like-him-are-hip-hops-largest-obstacle/

Retrieved from: https://en.wikipedia.org/wiki/XXXTentacion


Friday, 24 July 2020

Ada apa dengan Faroe island?

Views
Keluasan Faroe island lebih kurang 1 400 km persegi dengan populasi penduduk sebanyak 52 110 orang sehingga Januari 2020. Pulau ini terletak 320 km dari barat laut Scotland dan di tengah-tengah antara Norway dan Iceland. Faroe island ini merupakan sebahagian daripada milik ‘Kingdom of Denmark’ (Perlu perincian). Purata suhu di kawasan ini sangat sejuk sekitar 5 darjah Celsius sementara ketika musim panas hanya mencapai sekitar 12 darjah celsius. Faroe island ini di kelilingi oleh 18 gugusan pulau-pulau kecil yang terbentuk hasil daripada ‘volcanic activities’ suatu ketika dahulu. Pulau-pulau kecil ini diklasifikasi berdasarkan kecuraman tebing, ketinggian gunung dan ‘narrow fjord’. Beberapa nama pulau-pulau tersebut ialah Suðuroy dan Litla Dimun (tidak dihuni), Sandoy, Skuvoy, Stora Dimun, Vagoy, Mykines, Southern Streymoy, Northern Streymoy, Eysturoy and Northern Islands (Borðoy, Kunoy, Kalsoy, Viðoy, Svínoy and Fugloy).Untuk sampai ke Pulau ini, pelancong boleh menggunakan Kapal terbang dan bot, sementara boleh bersiar-siar dengan kereta, bas, helikopter.


Gambar 1: Kawasan Pulau Faeroe

Faroe island merupakan sebuah kepulauan yang mempunyai tasik yang unik disebabkan kedudukannya yang jarang ditemui. Tasik ini seakan-akan berada di atas lautan ‘above the Ocean’ dan landskap yang sangat dramatik. Ketinggian tasik ini dari permukaan lautan di bawahnya lebih kurang 30 meter. Walaubagaimanapun, keunikan tasik ini adalah disebabkan kedudukannya yang strategik, walaupun ketinggiannya hanya 30 meter namun tebing tasik ini seakan-akan ratusan meter ketinggiannya. Hal ini terbukti foto yang diambil dari sudut yang terbaik seakan-akan tasik ini berada pada kedudukan yang tinggi. Pada zaman Viking, tebing tasik ini dikenali sebagai ‘Slave Cliff’ sebab mana-mana hamba yang ingkar akan ditolak jatuh dari tebing ini.


Gambar 2: Salah sebuah tarikan pelancong di Faeroe Island

p/s: Tasik ini pernah dijadikan lokasi shooting video clip lagu ‘My Love’ oleh Westlife’.

Yang PERLU anda tahu:
1)       Jangan sesekali mengatakan anda berada di Denmark.
2)       Stereotaip yang menebal dalam antara Danish dan Faroeese people.
3)       Faroeese people sangat menjunjung tradisi mereka.
4)       Jangan tanya kalau ingin menggunakan tandas, just follow the flow.
5)       Jaga adab, bahasa dan perilaku.

Rujukan


Wednesday, 22 July 2020

Perang Manzikert - Perang Salib

Views
1 071 M: Perang Manzikert (Alp Arslan)
1 095 M – 1 291 M: Perang Salib (+-200 tahun)
          1 095 M – 1 099 M: Perang Salib I
                                1 144 M: Sheikh Imanuddin Zanki
                                1 149 M: Syeikh Nuruddin Zanki
                                1 151 M: Seluruh Edessa dikuasai
          1 145 M – 1 149 M: Perang Salib II
1 175 M: Salahuddin Al Ayubi (Bani Abbasiyah)
          1 189 M – 1 192 M: Perang Salib III (Shul al Ramlah)
          1 219 M – 1 291 M: Perang Salib IV

Friday, 17 July 2020

Bahagia melihat mereka

Views
Bismillah hirrahman nirrahim..
Segala puji dan puja hanya kepada Allah Jalla Jalaluh dan selawat serta salam kepada Baginda Nabi Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat baginda.

Malam ni, aku senang dan lapang dada untuk menulis entry yang bagi sesetengah orang boleh memotivasikan diri mereka agar mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Esok tanggal 15 Julai 2020, kebanyakkan sekolah sudah beroperasi sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Seminggu bahkan lebih, para guru dan kakitangan sekolah sudah bersiap sedia melakukan dan melaksanakan semua bentuk SOP yang diperlukan. Tidak lupa juga simulasi SOP yang bakal dilalui oleh para pelajar. Ibu bapa turut diberi taklimat berkaitan dengan tindakan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan bagi kedua-dua belah pihak.

Sekilas terlihat para guru melakukan tunjuk cara SOP di sekolah lama ku, aku terlihat guru-guru baru, muda yang aku kira sebaya dengan aku. Aku senyum melihat mereka kerana mereka guru, mereka umuranku, mereka pernah belajar seperti ku dan pernah berharap untuk mendapatkan kerja yang bagus setelah keluar dari Universiti kelak. Namun, Allah itu maha adil. Ramai kawan-kawan ku yang sudah bekerjaya, berkereta sendiri, berumah tangga dan mempunya perniagaan sendiri. Semua itu rezeki. Aku? Aku masih di sini, dengan tidak bekerja, jomblo, hutang masih. Namun, aku tetap berusaha mencari kerja. Cara orang mencari kerja berbeza, ada yang secara walk in dan ada yang menggunakan sosmed sepenuhnya. Masing-masing ada sebab tersendiri dan aku memilih untuk mencari kerja sepenuhnya menggunakan medsos. Itu lah pilihan ku, namun majority belum faham akan hakikat sebenar. Aku nasihatkan kepada haters supaya memahami keadaan seorang dengan meletakkan situasi sendiri sebagai lapangan adalah salah dan tidak jelas.

Bahagianya melihat mereka senyum, bergurau senda gelak ketawa susah senang bersama mengharungi profesien yang diidamkan dari dulu. Penampilan yang menarik, keselesaan yang sederhana dengan ilmu yang berpanjangan malah pahala yang sentiada mengalir. Insyaallah. Tapi itulah mereka, bukan AKU. Aku gembira, apalagi mereka yang dulu lama menanti keputusan temuduga dan akhirnya esok merupakan detik bersejarah bagi mereka. Sungguh itu merupakan sebuah nikmat yang tidak dapat didustakan oleh seorang insan. Suka aku nasihatkan kepada anak-anak buahku, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang akan menuju kepada makna yang sama seperti tujuan aku menulis nukilan ini. Ibu-bapa jangan terlalu berharap, mentaliti ‘belajar sungguh-sungguh supaya dapat kerja bagus nanti’ sudah tidak relevan lagi sekarang. Biarlah belajar kerana Allah Ta’ala.

Dunia sudah berubah, kalaupun ingin melanjutkan pengajian kelak biarlah memilih program atau kos yang pasarannya luas namun jangan sesekali mengatakan kepada sesiapa sahaja bahawa kos itu ini tidak ada peluang kerjaya. Rezeki Allah dah tentukan, rezeki bukan saja berbentuk pekerjaan yang baik (kerajaan). Sentiasa lah berusaha dan bersyukur dengan apa yang dikecapi. Insyaallah, semuanya tidak akan sia-sia pasti ada ganjaran daripada Allah di atas usaha yang kita lakukan. Saya doakan semoga mereka yang akan melanjutkan pengajian walau di mana saja akan mendapat kerja tetap pada masa akan datang. Allah murahkan rezeki, ingat Allah, ingat orang tua. Hargai segala pengorbanan mereka. Insyaallah.

Thursday, 9 July 2020

Siapa Wahabiyy?

Views

27 SYAWAL 1441 HIJRAH / 20:25

Bismillah hirrahman nirrahim .. Segala puji bagi Allah Jalla Jalaluhu dan selawat serta salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga serta kibaru sahabah Baginda.

Entry kali ini, aku kisahkan perjalanan hidupku mengenal siapa mereka sebenarnya. Siapa mereka yang aku maksudkan adalah mereka yang so called dengan Pak Wahab, Salafi, Jihadiy. Al kisahnya bermula ketika aku di tahun 2 semasa mengaji di Sintok. Biasanya, aku akan pergi ke cafe pada waktu petang seusai kelas dan selalunya aku lepak dengan akak yang jual kuih di cafeteria tuh. Tapi pada ketika itu, aku bertabiat makan sorang di meja. Time aku makan tu, aku terlihat pula ada budak baru, muka baru yang makan di cafe tu. Macam biasa, aku kalau nampak orang baru sana memang aku tegur lah selama aku yakin dia pelajar. Hehehe. Lama juga aku dok perhati sebab orangnya berjanggut agak tebal dan rambut tebal huhu

Habis aku makan, aku pergi lah di meja dia. Sambil bawa pinggan aku, aku tak bagi tinggal ya bekas aku makan guys! Haha. Kalau di cafe tu memang yang kenal muka aku, nama mungkin bukan semua student tp kalau muka memang semua kenal, apa taknya kalau tiap hari ada di cafe tu. Semua biasa dengan aku, macamla drg panggil aku, Man laksa, Mat Sabah dan Malim. Yang mailm tu sebab gempa bumi di Ranau dulu tu. Berabis aku kana tanya semua pasal bencana tu sampai aku pun kena panggil Malim, yela kan masa tu viral pasal sorang Malim gunung yang terkorban sebab selamatkan pendaki tu. Huhhhu. Oppss! Sorii, panjang pula melalutnya haha. Okay, balik p cerita asalnya yaa.. Sampai aku di meja student tu, aku sapa la, first salam, tanya nama, asal mana, ambik kos apa dan stay di mana. Maksudnya DPP (Dewan Penginapan Pelajar), macam asramalah gitu. Nama dia aku tak ingat sudah, tapi rasanya aku friend dengan dia di facebook tapi nantilah aku cari huhu. Kalau mukanya memang aku ingat. Dia sebenarnya orang Indonesia tapi membesar di Saudi Arabia kemudian sambung study di Malaysia. Dri muka pun memang muka Melayu, aku ndak hairan juga masa tu.

Sembang punya sembang, sampailah ke isu Sambutan Maulid Nabi. Kebetulan masa tu ada sambutan Maulid Nabi, ala biasalah kita orang Melayu kan mesti ada perarakan bawa sepanduk sambil berselawat, berdzikir dan berzanji di jalanan. Sudah menjadi kebiasan Nusantara buat macam tu bukan Malaysia saja. Aku tanya lah dia, dia tak join ka pegi berarak sama. Sekali dia cakap, sambutan Maulid Nabi tu tiada dalam Islam, dan bukan budaya Islam. Itu budaya orang Nasrani. Aku pun terkedu dan terkesima. Apa taknya, aku pun baru lagi di Kedah dah dilemparkan dengan satu pandangan yang janggal aku dengar huhu. Masa tu, aku pikir, budak ni ada masalah kot. Fikiran sempit. Tapi tak cukup dengan tu, dia bagi dalil Hadith Nabi Saw. Baca pun mcm air saja, aku masih ingat hadith tu pasal bidd’ah tapi yela masa tu aku bukan tahu sangat pun dan tak ambil tahu sangat. Ya Allah! Jahilnya aku. Ampuni lah dosa-dosaku ya Allah.

Sempat juga masa tu aku berdebat dengan dia, aku cakap Maulid Nabi tu bid’ah hasanah. Aku mati-mati pertahankan bida’ah hasanah tu tapi dia pertahankan dengan dalil dan nas al Quran. Memang serius masa tu, last-last aku mengalah sebab dia tetamu sedang aku warganegara Malaysia, aku kena lah raih tetamu mmg dah’uruf begitu kan.Sakit juga lah hati masa tu tapi apakan dia, dia lama hidup di Negara Arab, cakap Arab pun macam air. Aku apa ada. Aduhaiii .. akan bersambunggg

 


Surat cinta

Views

::: SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT ::::

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

 Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita..

Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menyebarkannya kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...


TASKI dan PASTI

Views

SEJARAH PENUBUHAN TASKI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PASTI
Oleh: Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali (Bekas Timbalan Presiden ABIM)

Penubuhan Tadika Islam ABIM bermula sejak tahun 1975. Laporan Muktamar kelima menyatakan pentingnya penubuhan kelas-kelas Tadika bercorak Islam. Selepas itu beberapa seminar, bengkel dan diskusi diadakan untuk membincangkan penubuhan TASKI sehinggalah ia menjadi realiti.

Memorandum Pelajaran 1974 yang dikemukakan oleh ABIM kepada kementerian Pelajaran antara lain memohon pihak kementerian supaya mengawasi perjalanan tadika-tadika yang dianjurkan oleh badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan asing negara ini, untuk mengelakkan kanak-kanak Malaysia terpengaruh dengan kefahaman dan kebudayaan asing.

Pihak kementerian perlu menyelaras sukatan pelajaran yang diberikan kepada tadika di seluruh negara, bagi menjamin perkembangan sihat tadika-tadika berkenaan, selarasdengan matlamat pendidikan negara (25 Tahun ABIM, 1996).

Kebimbangan ini berasas terutama dari masyarakat cina dan India yang tinggal di bandar manakala ibubapa tidak berniat menghantar anak mereka ke kelas prasekolah dikelolakan oleh pihak kristian (kirdergarten). Dengan perkembangan ini timbul kesedaran di kalangan masyarakat Islam tentang perlunya pendidikan Islam kepada kanak-kanak terutama ibu bapa yang bekerja.

Kesan daripada meningkatnya kesedaran mengenai kepentingan pendidikan Islam kepada kanak-kanak, ABIM negeri Kedah mengambil inisiatif menganjurkan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI), yang mula diperkenalkan di beberapa kawasan di Kedah pada tahun 1975, mengikut kurikulum percubaan yang berasaskan falsafah pendidikan Islam.

Idea ini dicetuskan oleh Ustaz Niamat (Allahyarham), Yang Dipertua ABIM negeri Kedah tahun 1972 -1977 dan tahun 1979-1982. Beliau telah meminta Ustaz Ghazali Abdullah untuk merangka silibus bagi TASKI. Pendidikan prasekolah merupakan peringkat yang paling sesuai untuk menanam nilai-nilai murni Islam secara formal, kanak-kanak memerlukan rangsangan dan bimbingan untuk melengkapkan diri sebagai anggota masyarakat yang islami (Mahyuddin, 2004:11).

Menurut Wan Jefree, Ustaz Ni’mat bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain seperti Ustaz Ghazali Abdullah mula merangka kurikulum kursus perguruan TASKI sejak tahun 1978 lagi. Kempen untuk mendapatkan calon-calon guru TASKI untuk diberi latihan, telah dijalankan oleh ABIM, khususnya Ustaz Ni’amat sendiri dengan kerjasama dan sokongan kuat daripada PPINK.

Pada tahun 1979, kursus perguruan TASKI yang pertama telah diadakan di Madrasah Makarimul Akhlaq, Langgar, Kedah selama lapan bulan. Jumlah peserta ialah seramai enam belas orang. Hampir keseluruhan peserta kursus terdiri daripada Ahli Helwa (Hal Ehwal Wanita) PPINK.

Di antara para peserta itu ialah Anisah Bt Abdul Abdul Samad, Mariam Bt Yaacob, Fatimah Bt Yahya, Siti Aisyah Bt Adam, Munirah Bt Saad, Zaleha Bt Dahaman dan lain-lain lagi. Tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini ialah:

1. Ustaz Ni’amat Bin Yusoff.
2. Ustaz Abu Bakar Bin Awang.
3. Ustaz Ghazali Bin Abdullah.
4. Cikgu Haji Ibrahim Bin Haji Yaacob
5. Ustazah Sabariah
6. Cikgu Harun Bin Haji Zakaria.
7. Syeikh Azmi Bin Ahmad
8. Ustaz Muhammad Bin Abdullah (Pak Long)
Tenaga lain yang terlibat dalam pengurusan kursus ini ialah:
1. Wan Jaffree Bin Wan Sulaiman (Kebajikan).
2. Fuad Bin Jahi Zakaria (Penyelenggaraan).
3. Abdul Razak Bin Haji Hashim (Setiausaha).
4. Wan Norzalelawati Bt Wan Yaacob (Perhubungan).
Pada tahun 1980, beberapa buah TASKI perintis telah dibuka di tempat-tempat berikut :
1. Madrasah Makarimul Akhlaq, Langgar, Kedah.
2. Masjid Batu Hampar, Pendang, Kedah.
3. Masjid Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah.
4. Masjid Kedawang, Langkawi, Kedah.
5. Madrasah Alor Melong, Lorong Seri, Alor Setar, Kedah.
6. Masjid Bukit Aping, Serdang, Kedah.

Di antara guru-guru yang terlibat dalam TASKI-TASKI perintis ini ialah Anisah Abdul Samad, Siti Aishah Adam, Adawiyah Othman, Zaleha Dahaman, Mariam Yaacob, Munirah Saad dan beberapa orang lagi. Kurikulum TASKI Kedah dirangka secara rasmi pada tahun 1982. Ustaz Ghazali Abdullah telah diberi tanggungjawab memantau perjalanan TASKI-TASKI ini (Wan Jefree, 2004)

Pada tahun 1981 sebuah jawatankuasa Tetap kurikulum TASKI ditubuhkan oleh Biro Pendidikan yang diketuai okeh Dr Mohd Nur Manuty (1981-1983), untuk menggubal dan menyusun kurikulum TASKI. Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Haji Muhammad bin Kasim, ahli-ahlinya adalah Dr Sidek bin Baba, Wan A. Hamid Wan Teh, Ustaz Ni’amat Yusuf, Dr Ghazali Basri, Ustaz Ghazali Abdullah, Dr Khalijah bt. Salleh, Dr. Hasbullah bin Hussein, Dr Musa bin Matrak dan dr Abd Halim Muhammadi. Jawatankuasa ini mendapat khidmat nasihat daripada Dr Tajul Ariffin bin Nordin dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Haji Ahmad bin Mohammad Said dari Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (Mahyuddin, 2004:11)
Draf pertama kurikulum TASKI dilancarkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Pusat pada tahun 1982 di Kolej Islam Kelang, Selangor. Kurikulum ini mengandungi tujuan dan objektif pendidikan TASKI, sukatan pelajaran, kaedah pelaksaan, penilaian dan pengukuran dan lain-lain. Antara TASKI terawal ditubuhkan pada peringkat ini ialah TASKI al-Huda, Peringgit, Melaka ditubuhkan pada Januari 1979, TASKI Teras Jernang, Bangi, Selangor dan TASKI Masjid Batu Hampar, Pendang, Kedah (Abdul Rahman, 1996,97).

Pada tahun 1983 TASKI mula ditubuhkan di negeri-negeri seluruh negara dan bilangannya meningkat kepada 69 buah di Malaysia. Bilangan TASKI terus meningkat setiap tahun sehingga mencapai jumlah 358 buah taski pada tahun 2002. Guru-guru ini mendapat latihan intensif daripada Institut Latihan Perguruan ABIM (ILPA), Pusat Latihan ABIM, (kini Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang. Sekarang kursus ini dikendalikan oleh Yayasan Takmir Pendidikan.

Kursus ini meningkatkan kemahiran mengajar dalam bidang tertentu juga diadakan di negeri-negeri yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan ABIM negeri dengan YTP negeri. Mulai tahun 2001, kursus perguruan TASKI dikendalikan oleh Yayasan Takmir dengan kerjasama Kolej Dar al-Hikmah, Kajang (Mahyuddin, 2004).

Menurut Ustaz Mahyuddin Ashaari, TASKI ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli ABIM dan masyarakat terutama di kawasan bandar. Hal ini kerana ia berteraskan kurikulum yang bersepadu dan menyemaikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kanak-kanak. Namun, TASKI tidak dapat berkembang di kawasan kampung dan pedalaman kerana kekurangan guru terlatih dan kewangan (Mahyuddin, 2004).

Kini TASKI dipantau oleh Yayasan Takmir Pendidikan di bawah unit TASKI bagi memastikan mutu dan kualiti terpelihara. Pihak YTP mengadakan bengkel secara berkala untuk melatih guru-guru agar memahami falsafah dan konsep pendidikan TASKI.

Di samping itu, terdapat TASKI yang didirikan oleh ahli ABIM yang dikategorikan sebagai Rakan TASKI dengan menggunakan kurikulum sepenuh dari TASKI ABIM. Kini terdapat 250 buah TASKI di seluruh negara dengan jumlah murid sebanyak 8720 orang, 555 guru dan 76 staf.

Dipetik daripada: Pendidikan Islam Dari Tradisional ke moden, terbitan ABIMPRESS, 2019.
#ABIMdiHatiku

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com