SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Thursday, 31 December 2020

Bagaimana sikap masyarakat menanggapi norma baharu?

Views

Tahun 2020 menyaksikan sangat banyak benda yang dunia alami. Kesan pandemic Covid 19 ini sememangnya mewujudkan norma baharu dalam interaksi manusia. Banyak sektor yang terjejas, dari ekonominya hinggalah ke aspek sosialnya. Perkara yang penulis ingin kongsikan di sini adalah berkaitan dengan sikap kita dalam menanggapi norma baharu ini khusus dalam sektor pendidikan.

Semua sedia maklum bahwa norma baharu menyebabkan pembelajaran pelajar sepenuhnya dalam talian. Oleh itu, banyak masa mereka diluangkan di rumah. Banyak masa belajar, masa terluang dengan keluar juga banyak sebab boleh berkumpul dengan adik beradik dan sebagainya. Namun apa yang membimbangkan adalah apakah kesan norma baru ini khususnya bagi pelajar terhadap tanggungjawab mereka sebagai anak di rumah? Bukankah masa ini lah mereka sepatutnya belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua?

Apa yang penulis nampak sebaliknya, pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Mengedit gambar, video, menonton tv dan mendengar lagu. Pendek kata, ada pelajar yang memegang smartphone dari pagi hingga ke Magrib. Habis cas, pegang sambil hp mereka bercas. Ini terbukti dengan status story yang dikongsikan di sosmed! Para guru mungkin tidak menyadarinya kerana mereka sudah menyetting kepada private. Ini lah yang sangat membimbangkan. Mana taknya, ibubapa juga terlalu berharap mereka yang memegang hp kononya belajar. Sebaliknya, mereka melayari internet dengan membuka website2 yang tidak senonoh.

Sehubungan dengan itu, penulis juga dapat mengesan ada pelajar yang sepenuh masa belajar dari pagi hingga lah ke petang sampai malam. Hanya sekadar berhenti untuk mandi, makan dan solat tanpa ada interaksi dengan masyarakat. Bukan kah ini melahirkan sikap seperti kera sumbang? Tidak salah belajar tapi biar smart bukan hard! Biasanya pelajar yang dikategori elit yang selalu begini. Belajar dah betul tapi kena lah ada jadual. Orang perempuan, ini lah masa mereka membantu ibu mereka dengan mengemas rumah, membasuh baju, menjemur kain, memasak dan sebagainya. Ambil lah masa bantu orang tua, jangan terlalu bersikap pentingkan diri.

Belajar menjadi pelajar yang boleh bekerja sebagai anak. Ini tidak, asyik belajar dari pagi sampailah ke malam non-stop. Ada pula yang asyik membaca al quran, siap bertaranum lagi dengan suara yang kuat sampai dengar ke jiran sebelah. Mengaji, bertilawah semua itu bagus, baik dapat pahala tapi ingat juga tanggungjawab sebagai anak. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Tidak relevan juga belajar hard kalau kita tidak sadar matlamat sebenar kita belajar. Kalau hajat nak dapat kerja bagus, memang sudah tidak relevan zaman sekarang. Belajarlah sambil-sambil minum air. Meskipun, kita tidak mampu mencapai gred yang terbaik sekurang-kurangnya kita tidak stress, malu atau kecewa pada masa akan datang. Kini, kerjaya tidak sepenuhnya bergantung kepada keputusan semata-mata.

So, penulis berharap para guru dapat memberi nasihat kepada para pelajar agar belajar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua. Pastikan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan hanya fokus belajar! Belajar! Tapi tidak bersukan. Ingat! Kerja dengan Perkhidmatan Awam mereka sangat mementingkan kecergasan bukan semata kecerdasan. Otak pandai pun kalau selau sakit tak juga boleh datang kerja kan. Kalau sakit mesti kerja pun jadi tidak effisien walaupun IQ tinggi!. Oleh itu, anak-anak semua, penulis berharap korang pastikan apa yang korang buat adalah relevan dengan kehidupan masa akan datang. Buang mindset, “nak belajar tinggi supaya kerja bagus”. Pendekatan ini sangat-sangat tidak relevan pada era ini. Sekian terima kasih. Hehe

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com