SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Friday, 31 January 2020

Pengaruh ibu bapa kepada masa depan pelajar

Views

Ada kewajaran bagi ibubapa yang bergembira dengan bantuan atau dana daripada kerajaan untuk para pelajar. Sebagai contoh biasiswa, wang awal persekolahan dan bantuan dana inspirasiku. Sebenarnya, bukan semua orang ada rezeki untuk mendapat sumber kewangan daripada pihak kerajaan kerana dengan wang tersebutlah dapat meringankan bebanan mereka. Walaubagaimanapun, masa yang terus berlalu memberi pengalaman berkaitan dengan masa depan dan pelajar. Ilmu memang sangat penting kepada manusia tetapi harus selari dengan perancangan masa depan anak-anak. Ketika anak-anak masih bersekolah para ibu bapa dan penjaga sangat sibuk bercerita tentang bantuan kewangan daripada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulis melihat ibu bapa perlu meliha lebih jauh, bukan bantuan semata para penjaga inginkan tetapi ketersediaan peluang pekerjaan kerana ramai pelajar yang cemerlang akhirnya terpaksa menganggur. Ini kerana, syarat utama biasiswa ketika sekolah menengah adalah prestasi pelajaran pelajar, jika keputusan cemerlang maka biasiswa akan diteruskan untuk masa akan datang.

Ini merupakan budaya dan amalan yang agak janggal kerana ketika zaman penulis dulu, syarat biasiswa berdasarkan taraf hidup keluarga pelajar. Manakala prestasi pelajaran anak-anak merupakan syarat yang kedua kerana ia bukan lah tujuan utama pemberian biasiswa tersebut. Jika di peringkat IPT, biasiswa kaedah ini boleh dikatakan relevan kerana mereka ada standard tersendiri sebagai contoh bagi peminjam PTPTN jika graduan mendapat Ijazah kelas pertama maka pinjaman tersebut tidak perlu dibayar. Ini merupakan bukti komitmen pelajar dalam belajar bersungguh-sungguh tapi jika dilihat lebih jauh kaedah ini belum cukup sempurna. Ramai juga graduan kelas pertama belum mendapat pekerjaan kerana keterbatasan pasaran kerja khususnya di Malaysia. Sekarang dunia sudah menuju Revolusi 4.0 di mana semua pekerjaan melibatkan tenaga buruh mahir tidak hanya akademik semata-mata. Berdasarkan pengalaman penulis, kerjaya yang tetap relevan dari segi pasaran kerja hingga kini adalah guru, jururawat, teknologi, engineering dan komunikasi. Namun, penulis bukanlah bermaksud memutuskan bahawa selain profesion di atas tidak ada peluang kerja. Tidak semua orang punya gaji tapi Allah swt sudah tetapkan semua makhluk pasti punya rezeki.

Penulis berharap, ibu bapa lebih bijak ketika berbicara kerana perbandingan ketika zaman remaja mereka dengan anak-anak mereka sangat jauh berbeza. Tidak perlu meremehkan graduan yang bekerja sebagai pelayan restaurant, security dan sebagainya dengan membandingkan diri mereka. Dulu keperluan tidak seperti keperluan sekarang, zaman berubah, dunia berubah semuanya saling memerlukan. Jika dulu air sungai boleh diminum, sekarang tidak. Kenapa? Dulu air sungai jernih sekarang keruh, tak perlu sembang perkara yang sudah tidak relevan ketika ini. Isu sebeginilah yang menunjukkan kebodohan dan ketergesaan para ibu bapa dalam memberi semangat kepada anak-anak mereka. Trend terkini, dilihat ibubapa berpendapat bahawa tiada keperluan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, hanya sekadar SPM sudah mencukupi kerana pasaran kerja di Malaysia sangat terhad. Namun, perlu diingatkan masa hadapan perubahan akan lebih signifikan oleh itu anak-anak perlu pendidikan yang lebih jauh kerana banyak ilmu yang perlu dikuasai. Lebih-lebih lagi zaman ini merupakan dunia akhir zaman. Adalah lebih baik diperkuatkan ilmu akhirat kerana jika dunia yang dicari pasti akhirat amat sukar untuk digapai. Biar rugi di dunia, jangan sampai merana di akhirat destinasi yang terakhir bagi umat manusia. Semoga kita semua berada di landasan yang benar. Wallahu’alam.

HEBAHAN JAWATAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2020

Views

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com