ISTANBUL
DAN HAGIA SOPHIA, TURKI
Jika di
Istanbul, Turki saya paling suka ke Buyuk Carsi (Grand Baazar) minum Turkish
coffee yang pekat dalam cawan kecil. Sebab terlalu pekat dan manis kena diikuti
air sejuk satu gelas.
Grand
Baazar di Istanbul adalah merupakan Shopping Mall yang pertama diatas muka bumi
ini.
Hari
ini Turkish Coffee terkenal diseluruh dunia sebagai juga salah satu dari
kategori kopi.
Istanbul
dulu adalah Constantinople, ibu kota kerajaan Rom Timur di tawan oleh Sultan
Mehmed Bin Murad, berumur 21 tahun ketika itu pada 29 Mei 1453.
Constantinople
di kepung selama 53 hari bermula 6 April 1453.
Maharaja
Rom terakhir Emperor Constantine XI Palaiologos terbunuh dalam Peperangan
tersebut didalam “last charge” (kemaraan terakhir). Mayatnya hanya dikenali
dari coat of arm yang dipakainya.
Emperor
Constantine XI terbunuh ketika berusia 48 tahun.
Penawanan
Constantinople menandakan tamatnya Empire Rom (Barat dan Timur) yang telah
berdiri selama 1,480 tahun bermula di Rom 27 tahun sebelum lahirnya Nabi Isa as
atau 698 tahun sebelum lahirnya Nabi Muhammad saw, Nabi dan Rasullulah terakhir
untuk semua umat manusia dan golongan jinn.
Tahun
penawanan ini juga dikira sebagai berakhirnya ZAMAN PERTENGAHAN DUNIA (Middle
Ages atau Medieval Period) yang dikira bermula dengan kejatuhan Empire Rom
Barat pada 4 Sep 476 dibawah pemerintahan Emperornya yang terakhir Flavius
Romulus Augustus.
Pada
malam sebelum jatuhnya Constantinople, orang keristian yang berlindung di
CATHEDRAL Hagia Sophia telah menyaksikan satu lembaga hitam naik kelangit dari
dalam cathedral tersebut. Apakah gerangan lembaga tersebut tidaklah siapa pun
mengetahuinya, namun peristiwa ini telah dilihat oleh ramai orang.
Hagia
Sophia di siapkan pada tahun 360 semasa pemerintahan Emperor Constantius II. Ia
merupakan carthedral terbesar didunia selama 1,168 tahun sehingga siap nya
cathedral Seville diSepanyol pada tahun 1528.
Hagia
Sophia adalah dari bahasa Greek bermakna “Holy Wisdom”- satu konsep dalam agama
keristian boleh dikatakan sebagai hikmah dari Tuhan.
Pada
hari kemenangan Sultan Mehmed, dikenali di Barat sebagai Mehmed The Conqueror
(Turkish: Fatih Sultan Mehmed), Hagia Sophia dijadikan mesjid, dan kekal
demikian sehingga tahun 1931, sehinggalah dijadikan muzium pada tahun 1935.
Kejatuhan
Constantinople pada hari Jumaat, maka solat jumaat pertama di buat disini
dengan di imamkan oleh Sultan Mehmed sendiri.
Pada
hari tersebut juga syahid seorang anak muda yang berumur 25 tahun Ulubatli
Hasan orang pertama yang telah menaikkan benderà Ottoman di puncak kota
pertahanan Constantinople. Beliau meninggal dengan 27 panah di badannya namun
benderà yang dipacaknya diatas kota memarakkan semangat tentera Ottoman dan
melemahkan semangat pasukan Constantinople.
Hagia
Sophia merupakan masjid Utama sehingga pembinaan Masjid Sultan Ahmad (Masjid
Biru) pada tahun 1616.
Hagia
Sophia harini adalah satu satu nya peninggalan senibina BYZANTINE yang
terunggul didunia. Senibina Byzantine dikira bermula pada tahun 330 apabila
Emperor Constantine the Great memindahkan ibukota Rom ke Byzantium yang
kemudian dinamakan CONSTANTINOPLE.
Constantine
the Great adalah Emperor Rom pertama yang memeluk keristian dan meletakkan asas
melalui Edit of Milan pada tahun 315, memberi kebebasan beragama kepada orang
keristian sehingga keristian menjadi agama resmi empayar Rom pada tahun 380
dizaman Emperor Theodosius I.
Melawat
Hagia Sophia anda akan menyaksikan senibina yang berusia 1689 tahun.
Ini
adalah binaan semula pada tahun 537 semasa pemerintahan Emperor Justinian I
setelah terbakar pada tahun 532. Ia direkacipta oleh Anthemius dari Tralles dan
Isidore dari Miletus, kedua-dua mereka sebenarnya bukanlah arkitek, tetapi
adalah mathematician yang terkenal dizaman tersebut.
Ketika
siap pembinaan semula ini Emperor Justinian I berkata; “Sulaiman, aku telah
mengalahkan kamu”, merujuk kepada Hekhal (Masjid) Sulaiman yang di bina oleh
Nabi Sulaiman Bin Nabi Daud as di Baitul Maqdis 950 tahun sebelum lahirnya Nabi
Isa as yang telah dimusnahkan binaan keduanya oleh tentera Rom di bawah
pimpinan Titus pada 8 Sept 70M.
Binaan
asal Hekhal Sulaiman di musnahkan oleh Nebuchadnezzar, raja dari Babylon 587
tahun sebelum lahirnya Nabi Isa as setelah berdiri selama 363 tahun.
Pembinaan
kedua Hekhal Sulaiman siap pada tahun 516 sebelum masihi di zaman Nabi Zekariah
as dan Nabi Haggai as. Nabi Zekariah disini bukanlah Nabi Zakaria as bapa
kepada Nabi Yahya as yang lahirnya pada abad pertama sebelum masihi, yaitu
sekitar enam bulan sebelum lahirnya Nabi Isa as.
Nabi
Yahya as dikenali dikalangan penganut Keristian sebagai John the Baptist.
Baginda mati dibunuh oleh Herod Antipster, pemerintah Galilee dan Perea, kini
di Israel dengan dipancung kepalanya pada tahun 36.
Pembinaan
semula Hekhal Sulaiman dibuat atas perintah serta di biayai oleh Raja Persia
dari empayar pertama (Achaemenid), Cyrus the Great (Raja Kurush) dikenali
sebagai Dzu Al Qarnain dalam surah Al Kahfi ayat 83-101.
Seperti
juga Nabi Dzu Al Kifl, nama Dzu Al Qarnain, bukan seorang nabi tetapi seorang
raja yang beriman kepada Allah swt, tidak disebutkan secara khusus oleh Allah
swt didalam Al Quran.
Lawatilah
tempat bersejarah ini dimana kejatuhan kota ini ketangan Islam disebut dalam
beberapa hadith 820 tahun sebelum peristiwa ini.
Sabda
Nabi saw adalah tetap BENAR kerana tidaklah berkata baginda kecuali semuanya dengan
ilmu dan hikmah daripada Allah swt jua walaupun pada hari ini ramai umat Islam
sendiri tidak meyakini akan kebenaran hadith kerana mereka telah diserang
penyakit AL WAHN, yaitu cintakan dunia dan takut mati (hubbud dunya wa
karohiyatul maut).
Dari Tsauban
ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda:
يُوشِكُ
الْأُمَمُ أَنْ
تَدَاعَى عَلَيْكُمْ
كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ
إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ
قَائِلٌ وَمِنْ
قِلَّةٍ نَحْنُ
يَوْمَئِذٍ قَالَ
بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ
كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ
غُثَاءٌ كَغُثَاءِ
السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ
اللَّهُ مِنْ
صُدُورِ عَدُوِّكُمْ
الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ
وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ
فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ
فَقَالَ قَائِلٌ
يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَمَا الْوَهْنُ قَالَ
حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ
الْمَوْتِ
"Hampir saja para umat (yang kafir dan sesat)
mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul
menghadapi makanan dalam piring. Kemudian seseorang bertanya, 'Katakanlah wahai
Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?' Rasulullah bersabda,
"Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang
dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh
kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian 'Wahn'. Kemudian seseorang
bertanya, 'Apa itu 'Wahn?' Rasulullah berkata, "Cinta dunia dan takut
mati."
Hadith
riwayat Imam Abu Dawud dan Imam Ahmad.
Bahawa
Islamlah yang akhirnya MENJATUHKAN Empire Keristian Rom cuba dipadam dari
sejarah supaya kita tidak merasa bangga dengan kekuatan kita yang hanya dicapai
dengan teguhnya kita berpegang kepada ajaran Islam dan bersatu sebagaimana
digambarkan Rasulullah saw bagaikan satu tubuh. Hadith Rasullulah saw yang
diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir al Ansari ra berbunyi:
مَثَلُ
الْمُؤْمِنِينَ فِي
تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ
وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ
الْجَسَدِ إِذَا
اشْتَكَى مِنْهُ
عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ
سَائِرُ الْجَسَدِ
بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih
sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka
sekujur badan akan merasakan panas dan demam.”
Hadith
riwayat Imam Muslim.
Petikan daripada facebook Johari Salim