SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Saturday, 20 June 2020

Sifat 20 dari Yunani?

Views

Ustaz Hafiz Za’farani

DAKWAAN sifat 20 dari falsafah Yunani adalah dakwaan palsu dan jahat daripada golongan penentang manhaj pengajian sifat 20. Dakwaan ini dapat dibantahkan dengan hujah berikut:

Pertama: Sesiapa saja yang mempelajari sifat 20 pasti mengetahui setiap sifat bersandarkan kepada dalil naqli (al-Quran dan Hadis). Tiada suatu sifat direka-reka berasaskan fikiran semata-mata. Sebagai contoh, sifat Mukhalafatuhu taala lilhawadith (bersalahan Allah taala dengan segala yang makhluk), sifat ini bersandarkan kepada dalil surah Asy-Syura ayat 11 yang bermaksud "Tiada seperti-Nya sesuatu pun." Begitu juga sifat Wahdaniah yang bersumberkan firman Allah pada surah Al-Ikhlas ayat 1. Semua sifat 20 mempunyai sandaran daripada dalil naqli yang jelas dan terang.

Kedua: Tiada satu sifat pun dihuraikan berlandaskan kaedah dan penghujahan daripada ahli falsafah Yunani. Bahkan ahli falsafah Yunani sebahagiannya cenderung kepada penafian agama dan melepaskan diri daripada terikat dengan mana-mana agama seperti Eficure dan pengikutnya. Sedangkan perbincangan sifat 20 memberi penekanan kepada kesempurnaan sifat Tuhan sekalian alam.

Ketiga: Tokoh falsafah Islam bukan terdiri daripada ulama Asyairah yang menyusun sifat 20. Antara ahli falsafah Islam ialah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Tokoh ini banyak membahas, menterjemah dan menerapkan falsafah Yunani kuno dalam kitab-kitab mereka. Mereka mempunyai asas perbincangan tersendiri yang berbeza dengan penghujjahan sifat 20. Mereka juga tidak membahaskan sifat 20 dalam kitab mereka atau memasukkan anasir falsafah Yunani kuno dalam sifat 20.

Ini menunjukkan golongan ahli falsafah Islam yang terkesan dengan falsafah Yunani adalah berbeza dengan golongan ulama akidah yang membahaskan sifat 20. Bahkan tidak sedikit pandangan ahli falsafah Islam dikritik oleh ulama Asyairah seperti Imam Al-Ghazali yang mengkritik keras ahli falsafah dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah.

Keempat: Dalil naqli yang menjadi sumber kepada Asyairah ialah al-Quran dan Sunah. Bahkan As-Sunah yang menjadi dalil juga mempunyai syarat yang ketat seperti hadis yang qat'ie thubut (diyakini penyabitannya) dan qat'ie dilalah (diyakini kefahamannya).

Oleh itu, hadis Ahad (tidak mencapai qat'ie thubut) tidak diterima sebagai sumber kepada pokok akidah. Ini menunjukkan pengajian sifat 20 amat menekankan aspek ketelusan dalil yang diguna pakai. Berbeza dengan golongan penentang sifat 20 yang menjadikan hadis ahad, hadis mudhtarib, hadis dhaif dan qaul dhaif sebagai asas akidah mereka.

Kelima: Ulama Asyairah ramai daripada kalangan ahli hadis besar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Jauzi, Imam As-Sanusi, Imam Asy-Suyuthi, Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan lain-lain. Jika benar dakwaan sifat 20 daripada falsafah Yunani maka sudah tentu ahli hadis ini tidak akan menerimanya sebagai pegangan akidah mereka.

Keenam: Jika ada sedikit persamaan antara sifat 20 dan falsafah Yunani maka ia tidak menggambarkan sifat 20 diasaskan daripada falsafah Yunani. Hal ini kerana akidah dan falsafah berkongsi sifat sama iaitu membentuk kepercayaan dan keyakinan. Bahkan kita akan dapati pengajian akidah di sesetengah universiti dinamakan dengan Ijazah Usuluddin dan Falsafah. Atas dasar ini persamaan yang ada tidak menunjukkan sifat 20 dicedok daripada falsafah Yunani. Bahkan sifat 20 mempunyai asas dan kaedah yang jauh berbeza dengan falsafah Yunani.

Ketujuh: Pengajian sifat 20 memperjuangkan monoteisme (kepercayaan Tuhan tunggal). Hal ini berbeza dengan agama di Yunani yang berasaskan politeisme (kepercayaan banyak tuhan) iaitu dikenali sebagai 12 Dewa Olympus seperti Zeus, Poseidon, Apollo dan lain-lain. Bagaimana orang yang mempunyai akal sihat boleh mendakwa sifat 20 diambil daripada falsafah Yunani?

Berdasarkan keseluruhan hujah, kita akan dapati dakwaan sifat 20 diambil daripada falsafah Yunani Greek adalah tidak benar. Tuduhan ini muncul sekadar memburukkan silibus pengajian sifat 20 di mata orang awam. Sedangkan tuduhan mereka tidak berasas sama sekali. Semoga kita dilindungi daripada tuduhan sedemikian.

Penulis Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 9:48 AM


Tuesday, 16 June 2020

Ajaran Batiniyyah ala moden: Sebuah kemusnahan halus

Views
Saya pasti ada di kalangan kita yang pernah bertemu atau berbual dengan kaum batiniyyah. Antara modus operandi bagi mempromosikan dakyah atau ideologi mereka ialah taktik pentakwilan kepada setiap perkara. Biarpun mereka tidak akan pernah menyebut sumber metodologi yang digunapakai, itu tidak bermakna ia boleh disembunyikan buat selama-lamanya. Penganut batiniyyah di masa kini lebih rumit dari dahulu. Ini kerana ada di kalangan mereka yang langsung tidak tahu menahu apakah itu batiniyyah sedangkan ucapan & tindakan mereka tepat & selari dengan ideologi batiniyyah. Mudah kata, mereka sendiri jahil bahawa mereka itu batiniyyah kerana bertaklid buta kepada pengamal-pengamal batiniyyah tanpa ilmu & pedoman yang sahih.

Antara kemusykilan yang sering kali ditimbulkan kaum ini tatkala berbicara ialah persoalan-persoalan pelik seperti "mengapa bayi menangis sewaktu keluar dari rahim", "berapakah bahagian yang terdapat dalam kalimah syahadah", "apakah rahsia wudhu’", "apakah rahsia solat" & pelbagai lagi kemusykilan yang bersangkutan dengan perkara rahsia, batin & hakikat.

Seseorang itu tidak akan menjadi batiniyyah melainkan telah sebati di dalam jiwanya kepercayaan bahawa bagi setiap perkara atau persoalan yang zahir itu pasti ada batinnya. Perkara batin itu bagi mereka adalah kebenaran yang mutlak serta hakikat yang benar. Mereka meletakkan perkara batin itu di tempat isi, manakala yang zahir itu di tempat kulit. Kefahaman tersebut mereka umumkan terhadap setiap perkara termasuk semua bentuk jisim & semua jenis ucapan.

Mereka tidak akan sesekali mengiktiraf adanya persamaan antara zahir & batin bahkan mereka akan mentakwilkan sesuatu perkara hinggalah ia menyalahi perkara yang zahir, walaupun pentakwilan itu salah & memesongkan pada nisbah hakikat & majaz!

Contoh penyelewengan mereka ke atas kalimah syahadah adalah seperti yang termaktub di dalam karya batiniyyah yang berjudul تأويل الشريعة yang ditulis oleh seorang yang digelar Mu'izz al Dīn. Mereka berkata bahawa syahadah itu ada 2 bahagian, 4 kalimah, 7 fasal & 12 huruf. Maka ditakwilnya dengan mengatakan bahawa insan itu 2, pertamanya jisim & keduanya ruh, ada 4 tabiat, ada 7 anggota badan & 12 tulang sendi (entah betul atau tidak).

Begitu juga mereka takwilkan untuk dunia & sistem cakerawala. Katanya dunia ada 2, yang makmur & yang hancur. Ada 4 arah, timur, barat, utara & selatan. Ada 7 iklim & 12 semenanjung. Manakala cakerawala ada 2, yang membujur & yang melintang. Ada 4 titik. Dari situ terbitnya 7 falak & 7 bintang dan ada 12 buruj. Kesemua ini selari dengan kalimah syahadah mengikut perkiraan mereka.
Selain itu, rujukan utama kaum yang dilaknat ini adalah kitab yang berjudul الرضاع في الباطن. Pengarangnya, Ja'far bin Mansūr al Yameni ialah seorang pemimpin kaum batiniyyah. Dia menyatakan bahawa makna لا اله الا الله diasaskan atas 4 kalimah, 2 nama halus yang khas iaitu ILĀH dan ALLĀH. Kalimah لا dan إلاّ ialah dua lafaz yang selalu ditutur oleh manusia. لا ialah penafian dan إلاّ ialah pengisbatan. Yang demikian itu adalah dalil kepada "ma'rifah yang masyhūd" melalui 4 dimensi, dua yang halus & dua yang kasar. Dua nama yang halus itu diwakili oleh akal & nafsu pada alam 'ulwi. Dua yang kasar itu diwakili di alam sufli oleh al Nātiq & al Asās iaitu Nabi & al Wāsi. Kedua-duanya merupakan keterangan untuk alam sufli ini.

Karya & penulisan umpama Hakikat Insan, Tāj al Muluk & yang semanhaj dengannya mengambil pedoman dari karya-karya induk seperti Manbā' al 'Ulūm, al Radhā', Syams al Ma'ārif & karangan-karangan ibn 'Arabi al Hatimi.

Takwilan-takwilan pelik seperti ini memang menjadi suatu yang menarik kepada orang awam khususnya mereka yang jahil dalam aspek akidah & ilmu tauhid. Menjadi lumrah manusia untuk tertarik dengan perkara yang ganjil. Tetapi kebanyakan kita hanya tertarik tanpa mempersoalkan dasar atau sumber mereka. Akhirnya kalam-kalam seperti ini menjadi ungkapan penuh kewahaman yang dijaja oleh seorang si jahil kepada si jahil yang seterusnya. Lebih parah lagi bila mereka menyangka ia adalah ilmu para wali.

أخوكم في الله محمد إزوان

#repost
#refresh

Wednesday, 10 June 2020

Versi Microsoft Windows terbaru: Sebuah konsep!

Views

Microsoft Windows 10 merupakan Operating System (OS) dilancarkan pada tahun 2015. Sekali lagi Microsoft ingin mengubah wajah Operating Systemnya kepada sistem yang baru iaitu Polaris. Polaris system lebih advanced berbanding Windows. Selain itu, dikhabarkan juga Microsoft juga akan menggantikan Android Version dalam telefon kepada versi yang terbaru iaitu Andromeda OS sementara Windows Polaris akan digunakan untuk running desktop ataupun laptop.

Unsur utama yang akan digunakan untuk mencipta Windows Polaris ini adalah Windows Core Os. Ini berdasarkan khabar angin yang dimuatkan dalam report  tahun 2017. Khabar bahawasanya Microsoft ingin mencipta Operating system yang baru kerana, OEMs sedang mencipta peranti yang baru yang lebih mantap dan dijangka mendapat pasaran yang lebih luas.

Kelebihan Windows Polaris?

= Operasi dalaman lebih pantas

= Security juga lebih selamat

= Bateri tahan lama

Walaubagaimanapun, Windows Polaris ini akan menyebabkan semua fungsi dan ciri-ciri Windows yang lama. Pelbagai aplikasi dan fail juga tidak akan dapat berfungsi contohnya Microsoft’s Paint dan Notepad. Sekali lagi, ini merupakan hint daripada Microsoft. Mungkin saja baru idea atau strategi.

WIFSlax Evil Twin Attack


Tuesday, 9 June 2020

Lagu-lagu berunsur kerohanian

Views

  1. Asli - Nash
  2. Asyik - Damasutra
  3. Bayangan Baiduri - Search & Awie
  4. Cahaya Kekasih - Mega
  5. Cinta Bawah Sedar - Rahim Maarof
  6. Cinta Tujuh Keramat - Data
  7. Dalam Kehadiran Kekasih - Putra
  8. Dalam Kehadiran Sofiah - Wings
  9. Di Balik Cermin Mimpi - M Nasir
  10. Di Balik Keghaiban Kasihmu - Yantzen
  11. Di Hari Mindaku Terbuka - FRU & Hattan
  12. Di Pintu Mahligai - Iklim
  13. Dialah Segalanya - Iklim
  14. Geliga Insani - Damasutra
  15. Hanya Setitik Kasih - Rahmat
  16. Ke Dasar Cintamu - Razzi Rahman
  17. Ke Pangkal Impian - SOS (Nobat)
  18. Kehendaknya - Terra Rossa
  19. Kekasih Awal dan Akhir - Jamal Abdillah
  20. Khilaf - Okid
  21. Kurnia - Slam
  22. Laungan Suci - Teja
  23. Melintasi Batas - Search
  24. Menanti Kasih Di Hujung Hari - Rahmat
  25. Musafir - Search
  26. Nirmala - Search
  27. Pengabdian Ku Kekasih - Wings
  28. Pengertian Cinta - Skala
  29. Penghujung Rindu - Jamal Abdillah
  30. Sayap Ilusi - Wings
  31. Selamat Tinggal Penderitaan - Iklim
  32. Seribu Bayangan - Damasutra
  33. Setitis Hujan Dalam Lautan - Spring
  34. Suci Dalam Debu - Iklim
  35. Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Damasutra


Bedah lirik lagu SAYAP ILUSI (Wings)

Views
Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

“Penulis menjelaskan bahawasanya kita akan semakin dekat kepada Sang Pencipta yakni Allah swt apabila kita selalu bermuhasabah diri akan kesilapan yang dilakukan”

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu

"Penulis tidak rela jika Dia (Allah swt) disekutukan dan demi mempertahankan keesaan Allah beliau rela mati dan hancur seperti debu yang berterbangan"

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

"Tatkala kita sudah kenal akan cinta yang hakiki, tidak perlu kita ambil tahu akan kepalsuan cinta di dunia yang fana ini. Kerana itu, Penulis dihukum dengan kedustaan kerana perhitungannya adalah berdasarkan dunia semata”.

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

"Kita akan dianggap gila, asing, aneh dan pelik kerana cinta yang murni suci kepada Sang Pencipta oleh masyarakat. Biarkanlah kerana yang menenangkan jiwa insan itu adalah keikhlasan hati yang telah berpaut kepada Allah swt".

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya

"Seandainya kita sudah mengenali cinta yang sebenar, jangan diragukan lagi dan ditanyakan lagi. Sebaliknya, perbaiki amalan kita kerana itulah bekal apabila kita pulang nanti".

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

Lagu: Awie & Lirik: S. Amin Shahab -Sayap Ilusi-

The Asian Tiger: Tun Dr Mahathir Mohamad

Views
  • The Malay Dilemma (1970) ISBN 981-204-355-1
  • The Challenge, (1986) ISBN 967-978-091-0
  • Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the 21st century (1989) ISBN 981-3035-49-8
  • The Pacific Rim in the 21st century,(1995)
  • The Challenges of Turmoil, (1998) ISBN 967-978-652-8
  • The Way Forward, (1998) ISBN 0-297-84229-3
  • A New Deal for Asia, (1999)
  • Islam & The Muslim Ummah, (2001) ISBN 967-978-738-9
  • Globalisation and the New Realities (2002)
  • Reflections on Asia, (2002) ISBN 967-978-813-X
  • The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened, (2003) ISBN 967-978-756-7
  • Achieving True Globalization, (2004) ISBN 967-978-904-7
  • Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006) ISBN 983-3698-03-4
  • Principles of Public Administration: An Introduction, (2007) ISBN 978-983-195-253-5
  • Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008) ISBN 967-969-589-1
  • A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011) ISBN 978-967-599-722

Durian runtuh: Pusat Latihan Memandu Pedalaman Bawah Sdn Bhd

Views

Hi guys!

Apa khabar? Hari ni nak cerita pasal nak ambil lesen. Kepada korg semua bahagian Pedalaman Bawah Sabah yang nak ambil lesen bolehlah pegi dekat Pusat Latihan Memandu Pedalaman Bawah Sdn Bhd. Staffnya kebanyakkan cewek guys! Tapi sayang masa aku pegi tu time Si Kobit so kena pakai mask la jawabnya. Yang bestnya, sampai-sampai jak sana terus disapa oleh staffnya suruh masuk. Siap bawa jalan pegi main office. Sungguh tinggi hospitality drg tau. Dari awal jak dah tau servicenya memang baik. Begitulah hidup. Adab kita dengan tetamu tu lebih aula (utama). So, sini aku share lah sikitnya kos/harga keseluruhan terkini dari 15 April 2019 untuk beberapa jenis lesen utama. 

Gambar 1: Senarai harga terkini Pusat Latihan Memandu Pedalaman Bawah Sdn Bhd

Sori ya guys! Ni aku snap jak, xda softcopy. Kalau ada boleh korang download untuk lebih mudah kan? Sampai-sampai sana bagi jak terus. Lebih-lebih lagi time Covid-19 ni. Bayaran tu boleh bayar masa antar borang pendaftaran tu atau masa ceramah nanti. Dia bagi pilihan. Main office drg yang bangunan awal tu ya. Yang warna kelabu kalau tak silap. Tadi nda sempat snap. Nanti lah aku update post ni, aku upload okay .. 

Gambar 2: Borang Permohonan Pendaftaran Untuk Mengikuti Kursus Kelas KPP01

So, untuk korang yang sekitar Beaufort, Menumbok, Kuala Penyu, Lumadan. Boleh lah daftar kat sini. Kalau di Sipitang ada juga tu tapi lupa pula aku namanya. Alahhh! Korang gugel jak bah hehe. BTW, latest yang aku tau untuk ambik ujian computer masih di Sipitang ya guys! Insyaallah akan datang adalah di P.L.M.P.B Sdn Bhd.

Latihan Ujian Komputer Online

Untuk Maklumat lanjut:

No. Tel: 087 881 939 / 881 929 / 221 540 Email: plmpb_beaufort@yahoo.com

Gambar-gambar sekitar P.L.M.P.B Sdn Bhd daripada pelbagai sumber di Internet.


Hi guys, tanggal ni aku sudah masuk KPP01 iaitu Ceramah selama 6 jam. Lama juga ya guys! Huhu Penceramah dia lelaki masa aku tu, biasa jak santai bah. Dalam bilik tu kami dalam 15 orang saja sebab social distancing kan. Seingat aku, cewek ada 2 orang jak dalam group aku tu. BTW, kalau korang masuk bilik kuliah PLMB tu jangan lupa buka kasut tau sebab ada carpet sana. Kami semua silap, semua kena suruh buka letak dekat luar. Hehe. Kami mula jam 10 am, kalau ikut jam 9. Lama juga lah menunggu sebab penceramah tu ada hal yang tak dapat dielakkan sebab tu dia datang lambat. Kalau ikutkan, ada 2 orang penceramah untuk KPP01 tapi masa tu dia seorang saja untuk sesi Pagi dan Petang. Makan minum tidak disediakan ya guys! Hehe tapi sebelah bangunan tu ada jak cafe boleh makan sana. Murah, makanan pun biasa saja.

So, sekarang aku tengah tunggu booking Ujian Komputer pulak tapi ujiannya dibuat di RileksCom Sipitang ya, penceramah tu cakap, drg dah minta supaya pihak Rilek buat di Daerah Beaufort tapi sampai sekarang masih tanda tanya. Walaubagaimanapun, mereka tetap berusaha mohon juga. Tapi tak apalah, Sipitang ndak jauh sangat pun daripada KK. Hahaha. Okay guys, doakan aku lulus ar. Nanti dah lepas ujian, aku share ya. Aku harap korang semua pun akan lulus juga lah ya.


Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Sebuah laporan

Views











Sumber: Facebook JAKIM

Sunday, 7 June 2020

Bytes Measurement

Views







Sejarah dan kronologi COVID19 di Malaysia

Views

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh

1.       Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
2.       PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
3.       Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
4.       Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
5.       Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
6.       Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
7.       Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
8.       Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
9.       Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
10.    Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
11.    Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
12.    Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
13.    Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
14.    Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
15.    Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
16.    Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
17.    Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
18.    Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
19.    Taman permainan kanak-kanak ditutup.
20.    Kekurangan stok penutup muka, gaun,
21.    dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
22.    Kekurangan alat bantuan pernafasan
23.    bagi pesakit kritikal.
24.    Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
25.    Rak-rak di kedai menjadi kosong.
26.    Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
27.    Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
28.    Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
29.    Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
30.    Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
31.    Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
32.    Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
33.    Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
34.    Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 Kenapa saya copy paste status ini? Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain Kita semua adalah satu ! akan jd kenangan abadi selamanya...
CNP






















TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com