Jangan terlalu bekerja, nanti penat dan rugi.
Asal makan saja, mesti kena baca doa.
Asal pink, mesti perempuan. Kau pink lelaki, pondanlah engko.
Pakaian ketat tak pe, janji pakai tudung.
Perempuan time bujang bijak tp bila dah kahwin, bodoh.
Sesiapa yang sambung belajar, mesti kena cop tak bayar hutang.
Asal barang naik, Chinese juga yang kena.
Belajar. Di mana pun sama saja.
Masuk Universiti mesti hutang tak bayar.
Asal dari Kelantan, mesti hijau & Islamic.
Bila anak balik sekolah, belajar rajin², jaga barang hilang, jangan simpan² di luar. Bila balik kerja, kerja bagus²..
Kau lelaki, takde keja tetap jangan harap nak kahwin.
Bila tegok kawan² yang dah ada ada anak bini. Rasa ada yang tak kena dengan diri ini tapi harus husnuzon kepada Allah Jalla Jalaluhu.
Ada ketika kita perlu sokong & bergembira atas kegembiraan orang lain walaupun terpaksa. Rezeki masing², berbeza.
Apabila telah mengecapi kerjaya, terkadang lupa asal usul.
Kalau kau kerja guru, automatik orang cakap gaji besar.
Kawasan lain kena bala, tempat sendiri sebagai alasan.
Saat kau susah kemudian kau husnuzon & berdzikir maka kau untung.
Di sekolah, belajar dulu baru test. Real life, diuji dulu baru belajar.
Asal ada kenderaan baru jak, mesti jiran membawang.
Mengapa harus mengeluh atas alasan yang kita tidak pasti.
Apabila kawan² bercerita tentang kesenangan & kegembiraan terhadap kerjaya mereka aku diam dan mengajak dia beristigfar.
Secara tidak sedar kita melakukan kesilapan maka jangan pernah merasa diri lebih baik daripada orang lain.
Sebagai perempuan, malulah sikit sana sini jaja nama bf dekat media sosial. Jangan tunjuk sangat terhegeh-hegeh kepada jantan. Malu anak cucu baca nanti bila dah kahwin.
Bercakap dengan orang yang lebih tua bukan sejauhmana mereka faham apa yang kita sampaikan tapi sejauhmana mereka dihargai sebagai orang tua. Beradablah apabila bercakap.
Akan tiba ke satu tahap di mana pendidikan menjadi mainan.
Tujuan makan untuk hidup. Hidup untuk makan.
Tatkala kau bekerjaya, jurang sudah wujud antara diri kita. Maka dengan itu, selalu beristigfar.
Asal janggut panjang, dahi hitam, baju Islamik confirm kena cop Ustaz.
Makan malam awal sebab takut nanti lapar takde orang masak.
Apa guna solat kalau ko masih mengumpat, tayang aurat sana sini.
Sekolah tinggi² pun, masih juga kerja susah mau dapat.
Jangan sesekali mengatakan perkataan yang boleh mengguris hati jika kita tidak pernah kenal secara mendalam.
Kegembiraaan & Kebahagiaan bukan syarat harus dikongsi.
Belajar bagus², masuk Universiti dapat kerja bagus.
Bukan mengumpat tapi bercerita.
Mereka yang ada sedikit ilmu ni apabila menegur bukan sombong tetapi itu amanah ilmu yang harus mereka sampaikan.
Puasa wajib. Solat nda APA. Solat Jumaat lebih utama daripada solat 5.
Perempuan. Belajar tara mana pun, dapur berpisah tiada.
Kau educated macam manapun sekali pun, selagi mana kau jobless. You're nothing.
Bahana tidak bersuara apabila Ibu² merasa ilmu keibuan mereka tinggi.
Semakin banyak orang memberi kita wang semakin tinggi bebanan. Asal Biru jak mesti kena cop Najib nda pun Barisan National.
Nak senyum takut dibilang gatay, tak senyum dikata sombong. Serba salah.
Asal tak sokong itu, dicop Wahhabi.
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya