1. Yang faham kuasa Tuhan melalui akalnya. Dia faham lalu dia kagum dengan kuasa Tuhan.
2. Yang tak faham kuasa Tuhan. Dia tak faham, lalu dia kagum kerana hal itu di luar logik akalnya (sedangkan tidak).
Kedua-duanya tak ada masalah kerana membawa kepada Tuhan jua. Tetapi yang membezakan manusia dan haiwan adalah akal. Manusia ada akal, haiwan tiada akal. Paling tidak, manusia menggunakan akal, haiwan tidak menggunakan akal.
Akal adalah sebuah keajaiban dan antara ciptaan Tuhan paling agung. Dapat menjelaskan sesuatu menggunakan akal adalah sesuatu yang menakjubkan kerana kita dapat menggunakan akal dengan baik.
Setiap penemuan saintifik adalah penemuan yang menakjubkan kerana betapa ajaibnya manusia dengan akalnya. Keajaiban ini tetap membawa kepada Tuhan jua.
Kalau sejak zaman Yunani kuno manusia tidak menggunakan akalnya dan bergantung pada 'semuanya adalah kuasa dewa-dewa, tak perlu pertikai', sampai ke hari ini kita tidak akan mempunyai teknologi.
Kita sendiri adalah ciptaan Tuhan yang ajaib.
Oleh: Zamir Mohyedin
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya