SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Wednesday, 28 August 2019

Sebuah Kritikan terhadap masyarakat Kampung

Views


Zaman remaja adalah hal terindah bagi seorang insan. Hargailah masa remaja dan belia kita, keluar dari zon selesa yang selama ini kita nikmati. Bergerak dan berkenalanlah dengan pelbagai jantina baik lelaki mahupun perempuan. Bermesra dengan alam dan suasana tapi jangan lupa tujuan hidup kita agar lebih baik di sana kelak. Ketika bercakap, gunalah bahasa yang indah, sopan dan beradab. Tunduk ketika bercakap dengan orang tua, gunakan bahasa yang mudah difahami dengan nada yang lemah lembut dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua seperti dalam pesanan Luqmanul Hakim yang diabadikan dalam Surah Luqman, 14:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Maksudnya: “Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua
orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua orang tuamu. Hanya kepadamu Aku kembali”.

Dulu para ulama & daie mengambil masa 40 tahun mengaji tentang adab tetapi hanya mengambil masa 4 tahun mengaji pelbagai disiplin ilmu. Namun, sekarang dunia pendidikan sudah terbalik kerana pantasnya maklumat sampai tanpa ditapis terlebih dahulu.

Di penghujung akhir zaman ini, sistem kemasyarakatan sudah berubah jauh dari landasan yang diajarkan oleh Islam. Tindakan, adab, budi pekerti dan semangat kian suram. Keikhlasan dan ketulusan dalam ibadah umum yang melibatkan fardhu kifayah seakan-akan menjadi mangsa hati dan perasaan masyarakat yang sudah dinormalisasikan oleh sistem 'Dunia Baharu'. Sebagai contoh, ketika musim majlis kahwin nilai kemanusiaan telah dibeli dengan wang malah keikhlasan itu sudah mula diragui oleh majoriti masyarakat. Jika kita tidak hadir ke majlis rewangan atau berintai, kita kononnya akan diabaikan apabila majlis kita diadakan pada masa akan datang. Penulis turut bersedih kerana amalan Hindu seperti berinai masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu muslim. Sebenarnya, ramai yang tahu tradisi ini, mereka 'arif akan sejarahnya tapi hanya sekadar ilmu sedangkan sejarah itu perlu dihayati. Begitulah sesuatu amalan jika sudah menjadi tabu sukar untuk dineutralisasi maka di sini penulis ingin menegaskan bahawa cara terbaik mengatasinya adalah dengan melazimi Sunnah Nabi Muhammad saw.

Bagi penulis, jurang ini bukti bahawa sistem kemasyarakatan pada peringkat kampung ini sudah tercalar dengan perasaan hasad & dengki. Seharusnya, kehadiran seseorang dalam niat untuk membantu itu perlu hadir dengan perasaan rela hati tanpa paksaan. Impak daripada tindakan ini dikhuatiri oleh penulis akan menghancurkan nilai hormat antara satu sama lain. Berdasarkan pemerhatian penulis, majlis perkahwinan atau walimatul urus ini sudah jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Jika dilihat, suasana majlis menjadi fitnah apabila golongan wanita yang tidak menutup aurat bahkan hadir dengan tujuan bersuka-ria. Selain itu, tidak ketinggalan muzik yang menjamukan persembahan tarian, karoake dan sebagainya.

Bagi penulis, kedudukan tempat makan para tetamu itu seharusnya diasingkan kerana ini merupakan anjuran agama Islam bagi mengelakkan fitnah. Sementara itu, dari segi penyediaan makanan juga ada sesetengah majlis itu menyajikan pelbagai jenis masakan. Ini bukanlah aneka melainkan pilihan namun sebagai Muslim, disiplin penyediaan itu seharusnya mengikuti Sunnah Nabi saw. Masak sekadar yang mampu, berdasarkan bilangan jemputan bagi mengelakkan pembaziran. Makanan yang disediakan bukan sahaja baik dan halal tetapi harus memberi manfaat kepada kesihatan. 

Lihat ayat di bawah dalam Surah Al Baqarah, 172: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”.

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini jelas menunjukkan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman agar memakan makanan yang baik (halal) daripada apa yang telah Allah SWT rezekikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut jika benar mereka itu adalah hamba Allah SWT. Tambahan pula, memakan daripada apa yang halal merupakan sebab diterimanya doa dan ibadat sepertimana memakan daripada apa yang haram akan menghalang diterimanya doa dan ibadah. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 480/1]

Penulis menyentuh perihal kepelbagaian jenis makanan ini berikutan kesan yang tidak baik kepada kesihatan jika sesuatu makanan itu dimakan secara serentak. Hal ini demikian kerana, penelitian perubatan membuktikan terdapat makanan yang tidak boleh dimakan secara serentak seperti ikan dan daging. 

Islam tertegak di atas dalil dan hujah. Segala bentuk ibadah yang dilakukan oleh seorang Muslim perlu dibina di atas dalil Al Quran & Sunnah Nabi saw. Walaubagaimanapun, segala yang berkaitan dengan perkara dunia, manusia lebih tahu namun jika bentuknya disandarkan kepada ibadah yang mempunyai fadhilat khusus maka ia merupakan sebuah bid’ah. Sebenarnya, perbahasan tentang bid’ah adalah satu perbincangan yang luas kerana pengertian bid’ah itu sendiri ada hukumnya memandangkan bukan semua bid’ah itu haram tergantung kepada konteksnya. Walaubagaimanapun, malangnya ketika ini masyarakat Islam telah dihanyutkan dengan hujah dangkal yang diutarakan oleh agamawan yang menolak fahaman salaf. Secara jujurnya, penulis berasa berat untuk mengatakan tentang perkara tersebut tetapi terpaksa mengakui bahawa amalan bid’ah itu membunuh Sunnah Nabi saw. Percayalah saudaraku Seiman . . .









No comments:

Post a Comment

Hmm, komen yang murni-murni saja ya

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com