Tuesday, 20 August 2019
| TIPS LULUS TEMUDUGA SPA |
Petua untuk hadir temuduga.
1. Baca Apa Yg patut dibaca pengetahuan am, Kena tahu bidang tugas dan tanggungjawab jawatan
2. Jaga penampilan bagi lelaki seluar hitam/gelap baju cerah bertali leher dan memakai kot, stokin panjang Jgn pakai stokin Mcm K-pop plak, kasut hitam
Bagi wanita - elakkan pakaian Yg terang, crowded dgn bunga2 atau aksesori yang berlebihan. Elakkan juga memakai baju Yg warna2 kusam
Penampilan memberikan imej Baik dan menarik minat penemuduga
3. Datang lebih awal
4. Jangan sibuk membawang semasa menunggu
5. Jaga pernafasan dan terlalu gopoh menjawap soalan penemuduga
6. Berikan ucapan Salam atau Selamat pagi sewaktu di panggil masuk bilik temuduga
7. Fokus dan beri perhatian kepada perkataan Yang ditanya
8. Kasut bagi wanita hendaklah menutupi keseluruhan Ibu jari dan tumit. Jangan memakai kasut Yg mempunyai tumit terlalu tinggi hingga susah nak berjalan.
9. Dengar dengan teliti dan fokus kepada soalan Yg diberikan
10. Elakkan untuk menyampuk atau menganggu percakapan penemuduga
11. Berikan jawapan ringkas sekiranya soalan-soalan yang bersifat politik dan kepartian. Penemuduga Biasanya akan cenderung untuk memerangkap calon dgn soalan2 bersifat politik
12. Minta penemuduga utk mengulang soalan yang ditanyakan sekiranya calon tidak jelas. Mulakan dgn perkataan “minta maaf Boleh ulang soalan atau “ Maaf saya kurang jelas dengan soalan tuan”
13. Jangan layan provokasi penemuduga
14. Nada suara dan ayat perlu disusun sebaik mungkin
15. Tunjukkan kejujuran calon dan yakinkan penemuduga yang anda sangat memerlukan jawatan Ini.
16. Duduk dengan Betul dan tertib. Jangan silang panggung, duduk terkangkang. Untuk wanita duduk dan silangkan sedikit dibahagian bawah kaki.
17. Selesaikan diri dengan keadaan sendiri
18. Tunjukkan keyakinan diri semasa menjawap soalan. Elakkan menjawap dengan jawapan yang berulang2 dan meleret2/merapu atau di luar ruang litup soalan.
19. Cuba untuk Memandang mata penemuduga dan bertukar2 pandangan Mata sekiranya Ada dua Org penemuduga atau lebih. Jangan pandang kebawah
20. Perkenalkan diri anda selengkapnya dengan penuh yakin.
21. Ucapkan Terima kasih dan ucapkan la Salam diakhir Sesi temuduga
22. Berdoa Semoga anda dipermudahkan dlm urusan temuduga
Itulah saya sedikit perkongsian.
In Sha Allah anda semua Boleh memberikan impression yang baik dan meyakinkan penemudua.
Sekian Terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Hmm, komen yang murni-murni saja ya