SELAMAT DATANG KE BLOG MUTIARA SABAH! I WISH YOU ALL THE BEST AND HAPPY NEW YEAR 2024!

Monday, 30 September 2019

Kutubus Sittah: Biografi ringkas para Imam

Views
810 M – 870 M: Imam Bukhari
            : Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari (13 Syawal 194H – 1 Syawal 256H)
            : Bukhara (Uzbekistan), Iran. Dimakamkan di Samarkand, Uzbekistan.
Karya: Sahih Bukhari, Al Adab Al Mufrad, Al Tarikh Al Kabir, Al Tarikh Al Saghir, Al Tarikh Al Ausat, Al Tafsir Al Kabir, Kitab Al Wahdan, Kitab Al Mabsut, Kitab Al Habah, Kitab Al Kuni, Kitab Al Fawa’id.

817 M – 888 M: Imam Abu Daud
            : Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (202 H – 276 H)
            : Sijistan, Iran.Dimakamkan di Basrah, Iraq.
Karya: Sunan Abu Daud, At Tarikh, Al quran al Qarim

821 M – 875 M: Imam Muslim
            : Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi (206 H – 261 H)
            : Nishapur, Khurasan Iran. Dimakamkan di Nasarabad, Nishapur Iran.
Karya: Sahih Muslim

824 M – 887 M: Imam Ibnu Majah
: Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini (207 H – 275 H)
        : Qazvin, Iran. Dimakamkan di tempat kelahiran Beliau.
Karya: Sunan Ibnu Majah.

829 M – 915 M: Imam Nasaie
            : Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasa'i (215 H – 303 H)
            : Kota Nasa’i, Khurasan Iran. Dimakamkan di Baitulmaqdis, Palestin.
Karya: Sunan Nasa’i, Sunan Al Kubra, Sunan Al Sughra, Al khashais, Fadhail al shahabah, Al Manasik.     

Saturday, 28 September 2019

JAKIM: Semua ajaran syiah di Malaysia adalah menyeleweng

Views
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini. Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

§  Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
§  Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
§  Tidak ada Solat Jumaat.
§  Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
§  Menghalalkan nikah Muta'ah.
§  Menolak Ijmak Ulama.
§  Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.
§  Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan memberi contoh nikah Muta'ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama. Katanya nikah Muta'ah telah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

"Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam," katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

"Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

"Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

"Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta'ah...boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama," katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

"Ini angka kita (JAKIM) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya...saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini. "Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata 'tidak boleh' ubah angka ini, kekal...jadi masih kuat angka kira-kira 2 000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250 000 pengikut Syiah," katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia. "Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan. "Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang," katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal. Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai 'barah' di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

"Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2 000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani...macam barah," katanya. Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

"Kita telah membuat jerayawara...bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan. "Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian," katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini. Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa," katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu. Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

"Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

"Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri," katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke – 12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut. "Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

"Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani," katanya.

Sumber: Berita Nasional Malaysia, Disember 14, 2013.

Friday, 27 September 2019

Tips Temuduga Sektor Kerajaan

Views
1. Penampilan Diri

§  Berpakaian kemas dan rapi juga merupakan satu perkara yang dititikberatkan oleh pihak penemuduga.
§  Bagi lelaki kemeja warna plain, tidak bercorak dan tidak menampakkan warna yang terang, tali leher, seluar slack warna hitam dan kasut bertutup warna hitam.
§  Rambut mesti kemas dan tiada fesyen yang berketerlaluan, trim misai, trim jambang, trim janggut (buang jika perlu).
§  Bagi wanita berbaju kurung warna yang tidak terlalu menonjol, tiada ikut cutting badan, tudung warna tidak menonjol, jangan terlalu banyak sangat manik-manik ke apa ke, jangan mekap yang keterlaluan dan kasut bertutup.
§  Bertudung bagi wanita muslim (kalau boleh pakai tudung jenis bawal je, siakap, jenahak, kerapu tidak sesuai sama sekali)

2. Cara Kendiri
§  Cara masuk setelah nama calon dipanggil. Hendaklah berjalan dengan cara yang sesuai/sopan. Point juga dikira melalui cara kendiri. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk dan beri salam jika panel penguji adalah Muslim.
§  Terus serahkan fail yang mengandungi sijil dan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan kepada panel penguji dan jangan duduk sehingga diberitahu untuk duduk.
§  Duduk dalam keadaan yang sopan dan selesa, jangan menyandar atau membongkak badan. Pastikan eye contact calon dan panel sentiasa bertentangan, jangan jawab sambil tunduk atau malu2. Bukan orang nak meminang kita sampai nak malu-malu nak tunduk-tunduk kita nak mohon kerja.

3. Keyakinan Diri
§  Hendaklah menjawab sesuatu soalan yang diberikan oleh pihak penemuduga dengan tepat dan cekap. Jgn terpinga-pinga sekiranya tak dapat jawab sesuatu soalan yang diberikan. Sebaliknya hendaklah menjawab "Maaf Tuan/Puan/Dato saya tidak dapat menjawab soalan itu" Dan pihak penemuduga akan menukar soalan yang lain sekiranya tidak dapat menjawab juga. Jawapan sama hendaklah diberikan. Penemuduga bukan mahu melihat sangat jawapan yang anda beri tetapi kecekapan menjawab menjadi keutamaan. Jgn pernah sesekali gelabah, seelok-eloknya selawat semasa menunggu giliran untuk ditemuduga (sebagai tambahan bagi calon muslim).

4. Suara
§  Setiap pertanyaan dan jawapan yang diberikan hendaklah bersuara lantang (Bukan menjerit, terpekik terlolong dalam bilik temuduga) tapi bersuara kuat dan jelas.

5. Sebab Ingin Bekerja
§  Hendaklah dijawab dengan jawapan yang sesuai (Jangan pulak cakap sebab nak beli kereta, beli rumah, nak cepat kahwin bagi yang belum berkahwin) dan tentu-tentu kena reject awal.
§  Jawab dengan jawapan-jawapan yang logik dan rasional, itu terpulang kepada daya pemikiran tersendiri.
§  Jangan negatifkan berkaitan isu negara dan jangan sesekali membangkang idea yang diberikan oleh panel sebaiknya fikirkan jalan yang selesaikan masalah itu.
§  Jangan libatkan mana-mana parti politik dalam sesi temuduga.
§  Jika ditanya sama ada sanggup ditempatkan di sabah atau sarawak. Jangan sesekali saya tak nak sabah sarawak sebab jauh dengan family dan bla bla bla. Disitu dah nampak korang tak berminat untuk jawatan tu. Panel cuma nak tgok kesanggupan kita bertugas walaupun di mana kita ditempatkan. Nak selamat jawab je "Ye, Saya sanggup ditugaskan di Sabah mahupun Sarawak" settle masalah. Panel tak tanya banyak dah kalau dia tanya kenapa suka? Pandai-pandai jawab la, dia saja je tu tanya. Jawab je dengan baik.

6. Akhir Temuduga
§  Apabila selesai temuduga yang dijalankan dan telah diberi kebenaran oleh pihak penemuduga untuk keluar, hendaklah berdiri tegak dan mengucapkan terima kasih kepada penemuduga sama ada berpangkat Tuan/Puan atau Dato' dan keluar melalui pintu yang disediakan serta berjalan dengan cara yang sesuai. Jika lelaki dan panel penemuduga itu lelaki disyorkan salam sebelum keluar.nIbarat kita masuk rumah orang dan nak keluar mesti la ada sopannya.


SPA8: Tips lulus syarat kelayakan permohonan

Views
KREDIT: CIK MIE REDZ

NAK TAHU KENAPA ANDA TIDAK MELEPASI SYARAT BILA SEMAK DALAM PERMOHONAN SPA8

Terlintas ingin berkongsi sedikit perkongsiaan yang saya peroleh dari salah seorang pegawai pengambilan penjawatan suruhanjaya perkhidmatan awam bertanyakan perkara tersebut ketika di hubungi.
Me: Tuan, boleh ceritakan sedikit kepada saya kenapa status permohonan tertulis "Tidak melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan. Contoh: Pengkhususan Bidang/CGPA/Lokaliti/Matapelajaran STPM/STAM//SPM/PMR. Ramai juga calon merungut sebab apa tak lepas syarat.

Pegawai Pengambilan: Sistem pengambilan akan dipilih berdasarkan kelayakkan calon dan juga kekosongan iklan yang ditawarkan.Katakan kami iklankan jawatan kosong PEGAWAI BELIA & SUKAN GRED S41 di Kementerian Belia Dan Sukan di portal rasmi kami. Dalam poster iklan kekosongan jawatan tue kami sudah nyatakan berapa kekosongan yang diperlukan dalam kementerian berkenaan, dan katakan kekosongan tersebut hanya ada 58 kekosongan sahaja dan calon yang memohon jawatan berkenaan adalah seramai 40k. Kami akan memilih calon yang memohon jawatan yang sama berdasarkan seperti berikut:

1) Pengkhususan Bidang

Calon A: Graduan Kejuruteraan Dari Universiti Tun Hussein Onn. CGPA Akhir 2.92.
Calon B: Graduan Sains Sukan Dari Universiti Teknologi Mara (UITM). CGPA Akhir 3.82
Calon C: Graduan Pendidikan Dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. CGPA Akhir: 3.74
Calon D: Graduan Ekonomi Dari Universiti Malaysia Sarawak. CGPA Akhir: 3.00

Perkara utama yang kami lihat adalah pengkhususan bidang. Kalau bidang lari jauh dengan syarat kekosongan jawatan kami akan reject walaupun CGPA tinggi. Kedua baru CGPA. Calon B Graduan Sains Sukan tue kami akan nilai ke peringkat seterusnya. Calon A, Calon C, Calon D tue kami akan reject awal-awal. Katakan dari 40K permohonan yang dikemukakan, hanya berapa ribu yang akan dinilai ke peringkat seterusnya.

2) CGPA

Ini perkara kedua kami akan pandang. Jika melepasi pengkhususan bidang, baru kami akan menilai mengikut CGPA. Setiap pusat temuduga SPA ada unjuran tersendiri untuk calon dipanggil temuduga. Katakan selepas tapisan dilakukan dari 40K permohonan dikemukakan hanya 10K yang melepasi tapisan pengkhsusan bidang sebelum penilaian CGPA dilakukan.
Kalau penilaian kedua pun dan terkandas, penilaian ketiga tidak akan dilakukan. Pencapaian orang lain lebih baik daripada kamu walaupun kamu dinilai melalui penilaian ini.

3) Lokaliti (Istilah senang faham, jarak tempat tinggal pemohon)

Lokaliti perkara ketiga kami akan lihat. Kami akan lihat jarak tempat tinggal pemohon dengan iklan kekosongan yang ditawarkan. Dari 10K melepasi tapisan pengkhususan bidang hanya tinggal 6K yang berjaya ditapis selepas penilaian CGPA dilakukan. Jika melepasi penilaian lokaliti barulah kami akan nyatakan di ruangan status permohonan kamu sebegini "Melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan".

Selepas tapisan lokaliti dilakukan hanya 3K sahaja yang berjaya dipanggil untuk temuduga. Itu untuk jawatan yang ditemuduga terus tanpa lalui peperiksaan, ujian fizikal. Kalau ada beberapa jawatan yang memerlukan calon menduduki peperiksaan & ujian fizikal perkara kedua yang dinyatakan tue dan kami akan maklum kepada calon sekiranya melepasi tapisan penilaian kedua sebelum penilaian lokaliti.

Me: Untuk mata pelajaran stpm/stam/spm tue macam mana pulak tuan?

Pegawai pengambilan: Matapelajaran spm, kami hanya tengok perkara kedua.

Me: Macam mana pulak untuk jawatan bertaraf DIPLOMA & STPM & MATRIKULASI & STAM tuan.

Pegawai Pengambilan: Sama juga, akan dinilai mengikut yang dinyatakan kecuali untuk calon lepasan STPM & STAM. Kami akan menilai mengikut kesesuaian matapelajaran yang diambil semasa STPM & STAM berdasarkan kekosongan jawatan berkenaan.

Me: Untuk calon yang hanya mempunyai kelayakkan SPM sahaja macam mana pulak tuan.

Pegawai Pengambilan: Untuk calon yang mempunyai kelayakkan spm sahaja, kami akan menilai berdasarkan pencapaian keputusan yang diperoleh. Katakan Pembantu Belia & Sukan Gred 19 untuk jawatan SPM dan calon yang memohon hanya 15K dan kekosongan diperlukan 2 650 kekosongan. Kami akan menilai berdasarkan pencapaian terbaik sahaja. Kalau tidak melepasi syarat yang ditetapkan, itu bermakna keputusan orang lain yang mohon jawatan sama dengan kamu lebih baik dari keputusan kamu peroleh.

Me: Ok faham tuan. Soalan terakhir macam mana pula untuk calon yang hanya belajar setakat PMR sahaja.
Pegawai Pengambilan: Sama seperti penilaian mengikut kelayakkan spm dilakukan.

Me: Terima kasih tuan amat berguna maklumat ini, barulah saya faham sebenarnya macam mana. Saya bertanya ini cuma ingin tahu punca sebenar kenapa tidak melepasi syarat. Assalamualaikum.

Pegawai Pengambilan; Lagi satu jika tiada kekosongan jawatan dilakukan, kami tidak akan panggil calon untuk ditemuduga. Kalau ingin dipanggil temuduga, nampak sahaja iklan kekosongan jawatan SPA ditawarkan terus isi melalui SPA8i. Insha allah ada rezeki nanti kami akan panggil.

Sama-sama, walaikumusalam.

Semoga berjaya !!


Wednesday, 25 September 2019

New age movement

Views

New Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik eleman-eleman dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Felling are Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen negatif di sekeliling.

Antara ritual dan kaedah agama yang digemari New Age Movement ini dengan memetik amalan keagamaan seperti Yoga, Chakra, Kundalini, Tantra, Reiki, Qigong, Hypnotherapy, Transformational Breathing, Transcedental Meditation, Huna, Fourth Way, Macrobiotic, konsep tenaga positif dan negatif dan seumpamanya telah diadun dengan kaedah sains palsu dan juga diberi istilah yang lain untuk membuktikan ritual itu adalah praktikal dan bukan bersifat doktrin semata.

Yoga dan Chakra adalah antara konsep yang utama yang diperkenalkan di dalam New Age. Cuma yang membezakan adalah mereka memberi istilah ‘islamik’ dari terma agama untuk mengaburi ramai pihak. Yoga sememangnya jelas ia adalah eleman yang diajar di dalam agama Hindu, dan di dalam Hinduisme yoga dikenali sebagai Nadi. Ia adalah amalan yang berasal dari agama Hindu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan umat Islam dari terlibat dengan sebarang unsur melibatkan Yoga.

Dalil tentang konsep yoga dan chakra ini ada disebut di dalam kitab suci Hindu iaitu Upanishad:
“Dalam jantung ada atman ini. Dari sini ada serratus satu nadi. Setiap nadi ini terbahagi dalam seratus saluran yang lebih kecil. Dari setiap saluran kecil ini terbahagi lagi menjadi 72 000 saluran cabang. Di dalam saluran-saluran inilah vyana bergerak. Sekarang bergerak ke atas melalui salah satu saluran ini, nafas ke atas (udana) sebagai akibat dari perbuatan baik akan menuju dunia yang baik, sebagai akibat perbuatan buruk akan menuju ke dunia yang buruk dan sebagai akibat dari kedua-duanya, kepada dunia manusia” (Prasna Upanishad 3: 6-7)

Inilah ayat berkaitan dengan Yoga dan Chakra. Ia adalah jelas merupakan konsep agama Hindu. Amalan ini belum pernah terbukti dari sudut saintifik samada ia memberi kebaikan kecuali hanya melalui testimoni dari orang yang mengamalkannya. Doktrin Yoga dan Chakra ini menjadi penting bagi New Age kerana ia membantu mereka untuk mengaitkan ‘kuasa dalaman’ dan ‘potensi dalam diri’ untuk ‘memotivasikan’ bagi menguatkan diri seseorang.

Apa Masalah New Age & Muslim?

Antara sikap yang terbentuk kepada pengamal ‘Islamik New Age’ ini adalah mereka akan cenderung untuk melogikkan perkara mukjizat dengan amalan yang dibawa oleh New Age. Contoh terdekat adalah, di dalam New Age menekankan bahawa setiap manusia menghasilkan aura positif dan negatif. Untuk mendapat aura positif itu perlu menjalani beberapa syarat antaranya sentiasa berkata perkataan yang positif dan tidak mengucapkan perkataan yang menunjukkan kita lemah.

Lalu New Age akan memberi ‘bukti’ dengan sains palsu tentang kajian Masaru Emoto tentang molekul air akan berubah menjadi cantik apabila diucapkan perkataan positif, manakala molekul air akan berubah menjadi buruk apabila diucapkan perkataan negatif. Walhal kajian ini belum pernah dibuktikan sah! William A. Tiller di dalam What The Bleep Do We Know? mengulas bahawa kajian Emoto itu tidak berasas.[1] Malah ramai ahli sains lain turut mengkritik beliau seperti William Reville, Tyler Volk, Harriet A. Hall, Stephen Kiesling dan ramai lagi.

Lalu dengan ‘bukti saintifik’ dari Emoto ini digunakan mereka untuk mengajar kita bahawa jangan sesekali kita mengucapkan perkataan sesuatu yang negatif dan yang melemahkan. Hasil dari prinsip ini ia membentuk penafian pengikut New Age terhadap doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti doa:

“La Haula wa La Quwwata illa billah”

(Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)

Bagi New Age, perkataan ini adalah termasuk melemahkan diri kerana ia bentuk aura negatif yang perlu dihindari dari diucapkan. Bagi mereka setiap manusia menjadi kuat disebabkan kuasa dalaman dalam diri mereka dan dipengaruhi oleh perkataan dan mind set mereka sendiri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ memperkenalkan Feeling Are Prayer. Mereka akan menetapkan beberapa syarat untuk memprolehi ‘nikmat’ dalam berdoa antaranya jangan sesekali berdoa ketika ada perasaan takut. Ini kerana dengan perasaan takut itu menguasai maka ia akan berlaku seperti apa yang dirasakan. Walhal ini jelas bercanggah dengan doa para nabi di dalam al Quran:

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud:47)

Jika diikuti kaedah Feeling Are Prayer ini, adakah mereka ingin menafikan cara berdoa di dalam al Quran ini? Sebab di dalam doa-doa ini jelas mengandungi kebimbangan dan mengandungi keinsafan diri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ ini mula melogikkan mukjizat nabi dengan konsep Living In Abundance. Lalu dia memetik sirah nabi ketika sebelum perang Khandak, nabi dijemput oleh Jabir untuk makan di rumahnya. Setelah itu nabi menjemput sahabat yang lain dengan ramainya dan akhirnya lauk yang sedikit itu mencukupi semua orang. Lalu ‘Islamik New Age’ mengatakan itu adalah kuasa Living In Abundance seakan-akan menafikan ia adalah salah satu mukjizat nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

Masih banyak lagi kesan yang buruk kepada iman hasil dari dakyah New Age Movement. Ia berdasarkan modul dan kaedah apa yang mereka bawa. Jika kaedah Reiki maka kesannya berlainan dengan contoh-contoh di atas. Bagi orang awam, saya akui mereka sukar untuk mengesan di mana bahaya dan silapnya kaedah New Age tambahan pula apabila ia dibalut dengan terma Islamik. Ia memerlukan orang memahami apa itu dasar esoterik, spiritual, tantra yang ada di dalam eleman agama-agama lain.

Langkah cepat dan mudah pembayaran saman JPJ online

Views

Gambar 1: Logo rasmi Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia.

Bismillah hirrahman nirrahim..

Baiklah. Malam ni aku nak kongsi sedikit pengalaman kemarin bersamaan 24 Muharram 1441. Pagi tu aku, ke Pekan Beaufort untuk membeli barang keperluan dapur sekalian ambil duit bantuan. Time jalan tu kebetulan lah sama-sama dengan member yang pergi kerja, siap hint nak race lagi tu. Dia motor Benelli 150, aku motor Yamaha Lagenda 115ZR, memang tinggal jauh dohhh tapi dia xdalah bagi tinggal terus. Dia tunggu jugak lah aku kan sama-sama jalan. Sampai jak di roundabout Limbawang aku terus belok kiri dan menuju ke Bypass nak pegi Lebuhraya sana. Sekali masuk jak simpang tiga tu. Mak ai! Itu dia! Bang JPJ buskoo!! Ahhh memang kantoi lah ni dalam hati ni sebab lesen dah lah masih L, lepas tu dah tamat tempoh lagi. Motor tak lekat pelekat L memang kaw2 lah kena hari ni. Aku cuba2 jugalah baca apa yang patut, dengan harapan tak kena saman tapi apakan daya aku orang pertama dalam barisan kederaan di belakang. Mau taknya bacaan tu tak lut hahaha.



Gambar 2: Barisan Pegawai Jabatan Pengangkutan 
Jalan cawangan Beaufort yang sangat dedikasi dan mesra.

Masa tu memang aku tau sudah confirm kena punya, walaupun lesen L tu tamat tempoh. Aku wayang juga lah bagi dan pura2 berlakon, kot2 busku tu ada excuse. Tapi aku sudah tau kesudahannya sebab JPJ beb! Mana ada main kesian-kesian kan. Last-last dia keluarkan surat cinta berbayar duit haha. Dan2 lepas kena saman tu, aku direct pergi JPJ bayar tapi malangnya tak boleh sebab xda dalam sistem lagi saman aku tu. So, aku tanya lah nak bayar bila, dia cakap esok lah tapi aku bagitau Pegawai di kaunter tu yang pegawai dok saman aku tadi, dia cakap boleh bayar terus. Then aku balik lah p tanya di kaunter. Rupanya maksud dia, bayaran secara online. Last2, petang jam 4.50 petang juga baru nama aku ada dalam sistem. So, direct jak lah aku bayar. Ala tak banyak mana pun 40 ringgit jak tapi duit juga tu geng.

So, pengalaman pertama kau kena saman, belum ada lesen sah tp dah kena saman. Hahaha memang kenangan manis juga lah. Masa mula2 nampak Bang JPJ tu memang nervous lah tapi aku relax saja sebab dah tau memang kena saman. So, nak buat macam mana lagi kan. Dah salah akui lah kann untuk dijadikan pengajaran. So, di sini aku nak share lah sikit, kaedah nak bayar saman JPJ ni secara online. Check it out!

1)       Pergi ke MyEG Services Berhad


2)       Kemudian register dan login.



3)       Lepas login dah, akan ada paparan menu. So, pilih lah mana satu.



4)       Then, boleh pilih dah Jabatan Pengangkutan Jalan tu.


5)       Last, boleh check status saman dan direct terus pay via online banking or master card.


P/S: Sebenarnya, ada lagi cara pembayaran secara online tapi aku share yang ini saja sebab mudah. Kalau saman tu 40 RM kena bayar 42 lebih sen tau sebab charge pengurusan oleh MYEG kan. Sebelum nak buat pembayaran, pastikan akaun ada online banking dan dalam akaun cukup duit untuk buat pembayaran hehe.

TIDAK DIBENARKAN melakukan apa-apa suntingan kedua tanpa KEBENARAN oleh sabahsentiasadihati.blogspot.com